Bukan mudah nak jadi ibu bapa yang hebat dan cemerlang dalam mendidik anak-anak. Lagi tercabar jika ada ramai anak dan pastinya pelbagai perangai yang perlu ditangani dengan sempurna.

Namun, kadang kala, anak-anak ini pasti membuat kerenah yang membuat ibu ayah hilang sabar. Malah ada kes sehingga memukul anak sehingga mengakibatkan penderaan dan juga akan memberik kesan psikologi negatif kepada anak-anak.

Perkongsian Taufiq Razif ini bagaimana cara mendidik anak-anak cara yang salah akan memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak. Moga kita muhasabah diri dengan perkongsian ini.

Kesilapan Ibu Bapa Menghukum Anak Akibatkan Penderaan Emosi. Luahan Bapa Ini Ada Benarnya!

5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu!

1. Pukul Muka

– Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.

Ads

2. Menampakkan kemarahan secara melampau

– Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.

Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.

3. Memukul sampai cedera atau luka

Ads

– Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.

4. Hypercritical dengan anak sendiri

– Anak tertumpah air sikit kita bebel.
Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah.
Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting.
Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.

Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya.

Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).

Ads

5. Memaki dan mengherdik tak berhenti

– Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.

Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!

#JomKawalEmosi

p/s : Saya ada kongsi Formula Kawal Emosi dalam Ebook saya ni. Klik je link ni ye Kesilapan Ibu Bapa Menghukum Anak Akibatkan Penderaan Emosi. Luahan Bapa Ini Ada Benarnya!?
www.kawalemosi-ibuanak.com

p/s : Tolong ingatkan pasangan masing-masing ye. Jangan sampai anak dah besar baru nak ubah cara didikan. Parut di kulit mungkin boleh hilang tapi parut kecederaan emosi dan psikologi akan efek si anak sampai la ke tua nanti.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI