Kesihatan Keluarga Yang Baik Bermula Dari Jantung Yang Berfungsi Dengan Sihat
Siapa sahaja yang tidak sayangkan keluarga? Bahkan ramai yang mengaku keluarga merupakan harta yang paling berharga di dunia ini, tiada galang gantinya. Jadi, sudah menjadi kewajipan untuk setiap orang mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga bagi menjamin kehidupan yang lebih bahagia dan sihat sentiasa.
Sedar ataupun tidak, ada antara kita yang mengabaikan perkara-perkara yang menjejaskan kesihatan seperti penyakit darah tinggi yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok juga. Umum mengetahui penyakit jantung ini kekal menjadi penyebab utama kematian di negara kita. Ini kerana ia boleh ‘menyerang’ sesiapa sahaja tanpa mengira waktu, tua ataupun muda.
Jantung merupakan otot yang paling penting dalam tubuh badan dan ia merupakan salah satu kunci kepada kesihatan kita sekeluarga.
Tanpa jantung, darah tidak akan sampai ke otak. Tanpa jantung, bahan buangan sel-sel tidak boleh dipam kepada buah pinggang untuk dikeluarkan daripada badan kita. Bahkan tanpa fungsi jantung yang sentiasa mengepam, oksigen tidak dapat dihantar kepada organ lain termasuk paru-paru.
Jelas sekali, betapa pentingnya jantung kekal sihat untuk memastikan tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.
2023 Utamakan Kesihatan Jantung Keluarga
Seiring dengan pertambahan usia di tahun 2023 ini, mungkin ada yang sedar dari awal dan telah menetapkan matlamat dan berazam untuk pastikan keluarga menjalani hidup yang lebih selesa berbanding tahun 2022.
Namun jangan lupa, semua itu mana mungkin dapat dinikmati andai kesihatan keluarga anda tidak berada pada tahap yang optimum. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan masalah jantung, sedangkan kita tahu kesihatan yang baik bermula dari jantung yang sihat!
Oleh itu, jom kita ketahui tips penjagaan jantung agar keluarga kita kekal sihat:
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman selama 30 minit setiap sesi akan dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan dapat menstabilkan tekanan darah seseorang.
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Jika makan daging, pilih bahagian daging yang kurang berlemak dan kurangkan makanan bergoreng. Pastikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana keduanya merupakan sumber serat, vitamin dan mineral yang baik untuk jantung. Di samping itu, amat digalakkan untuk kurangkan pengambilan garam dan gula.
Tangani stress dengan baik kerana ia akan mengurangkan hormon stress dan radikal bebas dalam diri, sekali gus menyeimbangkan tekanan darah dan risiko strok serta kardiovaskular.
Kekalkan berat badan yang ideal di dalam julat 18.5 – 24.9 kg/m2 bagi mengurangkan risiko serangan penyakit.
Tahukah anda dengan berhenti merokok akan mengurangkan kepekatan darah dan penghasilan radikal bebas di dalam darah. Ini bermakna jantung dapat melakukan ‘tugas’nya dengan lebih mudah dan kekal sihat.
Disebabkan penyakit tekanan darah tinggi ini tidak mempunyai simptom, cara terbaik mengesan tekanan darah tinggi adalah dengan mengawasi bacaan tekanan darah. Ini sangat penting untuk kita pastikan tekanan darah kita berada pada tahap normal.
Oleh itu, bagi memantau bacaan tekanan darah adalah disyorkan memeriksa tekanan darah dengan lebih kerap. Bahkan sangat digalakkan agar anda mempunyai mesin pemantau tekanan darah sendiri di rumah.
Pun begitu terdapat banyak pilihan alat untuk mengukur tekanan darah ada di pasaran, namun mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare dari Jepun ini boleh dijadikan pilihan terbaik.
Istimewanya Mesin Pemantau OMRON Healthcare
Penggunaan mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare dapat memudahkan untuk anda mendapat bacaan tekanan jantung yang lebih tepat. Ini memandangkan produk OMRON Healthcare disahkan secara klinikal dan dilengkapi dengan Teknologi Intellisense™ yang membolehkan cuff peranti mengembang dan mengempis pada tahap optimum untuk setiap pengguna. Monitor HEM-7156 turut dilengkapi dengan 360° Accuracy IntelliWrap™ Cuff yang membolehkan anda mendapatkan bacaan yang tepat dan betul seperti di hospital atau klinik dan mudah dipakai dengan hanya menggunakan satu tangan.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang rangkaian mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare boleh klik di sini (www.omronhealthcare-ap.com/my/ )
Produk ini didaftarkan di bawah Akta 737 dengan nombor pendaftaran peranti perubatan: HEM-7156 (GB8793220-41739)
Nombor Kelulusan iklan: MDAMD 0006/2022