Sebut sahaja namanya, pasti semua golongan usia mengenali Johan Raja Lawak. Tak kurang isterinya, Ozlyn yang sering memuat naik kisah kehidupan mereka sekeluarga.
Baik video mahupun gambar yang disertakan bersama caption yang cukup melucukan mencuit hati netizen membaca.
Terbaru, Ozlyn berkongsi gambar Johan yang tidur bersama anak-anaknya. Namun yang mencuit hati adalah gambar si kecil, moleiqhanania yang tidur jauh dari tilam yang dikongsikan anak-beranak ini.
Ads
Menurut Ozlyn, dia meminta suaminya menjaga anak-anak buat sementara kerana ingin menyiapkan urusan dapur.
Namun, apa yang berlaku selepas itu, Ozlyn melihat anaknya, Moleiq berada jauh dari tilam manakala Johan yang tidur dengan nyenyak di atas tilam tersebut.
Ads
“Kasihnya isteri taat pada suami, kasihnya ibu membesarkan anak, kasihnya ayah… haaaaaa tu diaaaaaa…. dia sedap membutaaaa atas tilam sampai tak sedar anak kecik terpelanting jaaaaaoooooooooohhh dari tilam…. mangkaqqqqqqq!!
“La nih terus rasa kasihnya isteri elok pelangkong suami?… hareyyyyyy tol.. aku ilang kejapppp jek… mintak tolong jaga dan tidurkan anak2… aku nak kemas dapor.. dan nih hasilnya..???♀️..
Ads
“Sape penah kena mcm nih?? Laki yang kita harapkan rupanya takleh harap??♀️? tak tau la nak libas dulu ke nak gelak ke nak nangis,” tulis Ozlyn dikapsyennya membuatkan netizen terhibur.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab (الصلوات), diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita perlu menjadikan amalan selawat ini sebagai sebahagian dalam kehidupan kita.
Kehebatan kesan selawat ini telah dialami sendiri oleh wanita ini. Sempena Maulidur Rasul, kita ikuti perkongsian wanita ini kebaikkan selawat dari kaca matanya.
Hebatnya kesan salawat
1. Sebelum tidur
Membaca salawat sebelum tidur, menyelesaikan banyak masalah kehidupan kita pada hari itu. Bangkit esok harinya dengan fikiran yang tenang, dada yang lapang, hati yang bersih.
Pernah terjadi satu peristiwa, saya dibelenggu dengan masalah yang agak berat. Malam dah larut tapi mata terkebil-kebil memikirkannya. Dada terasa sesak, kepala pula terasa berat dan tepu.
Allahu..
Tiba-tiba teringat Pesan Almarhum Ayah, jika tiada jalan penyelesaian pada sesuatu perkara, bersalawatlah..Pasti Allah melapangkan segala yang sempit, memudahkan apa yang susah, melancarkan apa yang tertangguh.
Yang penting salawat itu mesti ikhlas, jika tidak dapat perasaan ikhlas itu ulanglah sehingga kita mendapatkannya.
Betul bagai dikata, satu persatu Allah bagi penyelesaian . Masalah yang sebesar gunung seolah hilang dalam sekelip mata.
Subhanallah..Beban yang menyesakkan dada akhirnya terbang entah kemana.
Terima Kasih ya Allah.
2. Sebelum membuat pilihan
Dalam hidup ni terlalu banyak pilihan yang kita kena buat. Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar urusan.
Memilih pasangan, memilih kerjaya, memilih course pengajian, memilih rumah, memilih kenderaan sehinggalah memilih makanan, pakaian dan barangan keperluan.
Islam mengajar kita tentang istikharah, meminta petunjuk Allah dalam membuat pilihan, salawat salah satu cara kita bergantung harap kepada Allah. Sangat mudah, ringan pada sebutan dan boleh kita lakukan walau dimanapun berada.
Sabtu lepas saya ke pasar senggarang untuk membeli keperluan. Takdir Allah, ada satu gerai menjual nenas, semuanya sudah siap dilonggokkan. Satu longgok 5 biji. Memang susah nak pilih sebab saiznya berbeza.
Sambil memilih saya bersalawat mudahan dapat buah yang elok dan manis.
Apa yang mengejutkan, saya bukan sahaja dapat buah yang baik tapi Mak cik yang jual tu bagi extra lagi satu biji. Subhanallah.. Pasti dan pasti jika dimulai dengan perkataan yang baik, hasilnya juga terbaik.
Cuba bayangkan sebelum memilih pasangan, memilih kerjaya, membuat keputusan yang besar dalam kehidupan, kita dahulukan dengan salawat, berharap sepenuhnya pada Allah SWT, tentu kita tidak akan kecewa dengan pilihan yang dilakukan.
3. Ingat kembali apa yang terlupa
Seringkali juga mendengar pensyarah saya bersalawat apabila terlupa sesuatu perkara.
Elok diamalkan apabila berada dalam dewan peperiksaan, mungkin dengan asbab ikhlas kita mengingati Rasulullah bersalawat kepada Baginda, Allah memudahkan segala urusan kita menjawab soalan.
4. Sebelum dan selepas doa.
Memang biasa kita amalkan, membaca salawat sebelum dan selepas doa.
5. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
Alangkah berkatnya setiap langkah, pekerjaan yang kita laksanakan setiap hari jika dimulai dengan salawat.
Kelebihan salawat ini adalah hak dan kurniaan Allah.
Selagi masih bernafas, lazimilah dengan salawat, jangan sekali-kali mengharapkan balasan dan kelebihannya semata-mata. Lakukan kerana kita sangat sayang pada Nabi Muhammad SAW juga mengharapkan redha Allah dan kasih dariNYA.
اللهُمَّ صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا.
Kala ini, bukan sahaja dunia malah sudah pastinya seluruh warga Malaysia dalam kebimbangan mengenai penularan jangkitan coronavirus atau dikenali juga Covid-19.
Anak-anak kecil pun tahu sebut Covid -19. Betapa bahawa wabak ini menjadi isu hangat kini.
Pastinya kita berdoa semoga ahli keluarga dan saudara mara kita dijauhkan wabak ini. Namun, dalam tempoh kita berhati-hati, siapa sangka ada jika ada ahli keluarga yang terkena jangkitan. Pasti sedih dan terkejut.
Begitulah situasi yang dialami oleh lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hassan. Ikuti perkongsiannya.
Sedih, sebak.
Abang saya disahkan Positif covid-19 namun stabil dan semakin sihat. Sudah beberapa hari dikuarantin dan mungkin dilanjutkan beberapa minggu lagi. Sebak sangat terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun demi kebaikan perlu akur dengan arahan.
Sekarang anak isteri juga dikuarantin. Kami hanya mampu bertanya khabar melalui whatsapp sahaja. Jika nak hantar keperluan mereka kena letak diluar pagar rumah dan beredar. Allahu… Sedih sangat sangat.
Tolonglah kepada rakyat malaysia semua. Tolonglah akur dengan arahan. Duduk di rumah diam diam. Lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja.
Inilah masanya kita perlu kerjasama. Untuk jatuhkan sesebuah kerajaan kita berganding bahu,inikan pula makhluk halus. Cara nak hentikan wabak ini kita kena elak segala jenis aktiviti berkumpulan. Jika kita sama sama patuh insyaallah wabak ini akan reda.
Tolong hentikan wabak,kita mampu.
INI SIMPTOM SEBELUM ABANG KANDUNG DISAHKAN POSITIF COVID 19
Gambar Hiasan
Ada yang tanya apa simptom abang saya sebelum di sahkan Postitif Covid-19.
Mungkin agak mengejutkan kalian. Beliau langsung tiada simptom(asymptomatic). Tetapi kenapa postitif? Antara sebabnya Covid-19 akan mudah menyerang mereka yang ada penyakit terutama darah tinggi,kencing manis atau warga emas yang lemah imuniti.
Yang biasa kita tahu simptom Covid-19 apabila seseorang demam,suhu tinggi,batuk dan sesak nafas. Namun berbeza dengan pesakit yang melalui tempoh ikubasi atau incubation period iaitu dari tempoh terkena virus sehingga mengalami simptom teruk.
Macam mana beliau tergerak hati nak pergi buat saringan? Dalam beberapa kerja,driver abang saya ini mengalami batuk,dan demam teruk. Namun masih juga bertugas bawa abang saya outstation.
Oleh kerana demam terus dibawa ke hospital . Rupanya staff dia positive Covid-19. Korang bayangkan dia bersama dalam kereta berjam jam(close contact) Selepas beberapa hari baru dapat kesan Covid-19. Dah berapa orang driver dia dah jumpa orang,duduk dengan keluarga. Allahu..
Sekarang semua yang terlibat kena kuarantin dan buat ujian saringan. Kalian tahu tak,sekarang beratus mungkin beribu sample sedang berada di makmal. Tempat saringan pula Que.
Macam abang saya,sekarang dia sihat 100%,tapi tetap kena kuarantin disebabkan positif. Duduk dalam bilik kuanranti bukan dirawat pun,cuma untuk dipantau sehingga benar benar sihat.
Sekarang pun tempat hospital abang saya dikuaranti juga penuh dengan pesakit yang suspected.
Sekarang apa perlu kita semua lakukan?
1. Ikut segala arahan yang dikeluarkan oleh KKM. Sekarang kita duduk rumah diam diam. Buat aktiviti dirumah sahaja. Nak pergi rumah jiran pun tak usah.
2. Pastikan rumah kita tidak menerima mana mana tetamu hatta jiran sebelah rumah sekali pun. Jika datang juga cakap kita sembang dalam group WhatsApp.
3. Buat pembersihan dalam dan luar rumah. Bersihkan tombol pintu,remote tv,permainan anak anak. Mop lantai,bersih singkit,bersih tandas setiap hari. Ya setiap hari macam kat klinik.
4. Tinggikatkan imuniti badan dengan mengambil makanan sihat. Yang korang pergi stock up makanan segera,makanan dalam tin,magi tu semua tak membantu tingkatkan imuniti badan. Makanan itu semua makan sekiranya benar benar darurat.
5. Makanan yang patut korang amalkan.
a) Makan madu awal pagi.
b)Amalkan habbatusauda(drop dalam air suam).
c) Amalkan buahan tinggi vitamin C
seperti nanas atau amalkan supplement vitamin C. Saya amalkan vitamin c 1000mg,garlic oil,minyak kelapa dara,minyak zaiton.
d)Berjemur dibawah cahaya matahari jam8am-10am untuk dapatkan vitamin D. Boleh juga sambil berjemur tu lakukan senaman. Saya biasanya akan buat High Intensity Intervel Training(HIIT)*TONTON di youtube. Atau dengan erti kata mudah buat larian setempat sepantas mungkin selama 30 saat.
e) Pastikan dalam setiap menu ada sayuran. Lagi bagus dimusim panas terik ini masak menu mudah tapi berkhasiat seperti singgang,sup tulang,sup sayur.
f) Pastikan minum air masak sekerap yang mungkin. Air yang cukup dalam badan bantu tinggkatkan imuniti badan.
g) elakkan makanan makanan tinggi gula atau minuman tinggi gula. Duduk dirumah biasanya tiada aktiviti. Selama 14 hari ini jika ambil tinggi gula berat badan boleh naik berkilo kilo,imuniti akan lemah,badan akan jadi lemau.
6. Solat awal waktu. Amalkan zikir 300 pagi dan 300 petang. Pastikan dapat baca Al Quran 5 halaman atau 1 juzuk sehari.
7. Tidur awal waktu supaya badan kita dapatkan hasilkan hormon melatonin dengan baik. Hormon ini penting untuk TINGKATKAN imuniti badan kita. Dan bangun awal waktu solat tahajjud subuh.
Bercerita tentang hidangan daging korban, jika dimasak sup alangkah sedap rasanya. Olahan rempah ratus terpilih pelengkap rasa, dan disempurnakan bersama hirisan daun sup menyempurnakan rasa.
Namun andai tersalah masuk bahan, terbeli daun ketumbar umpamanya pasti lainlain pula jadinya.
Untuk tidak terjadi perkara sedemikian, ayuh kenali perbezaan antara keduannya sebagaimana yang dikongsikan ini.
kanapa bau lain macam je sup aku ni? Alahai, terbeli daun ketumbar rupanya. Tapi memang dua-dua nampak sama je, tak perasan langsung!”
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Jadi kalau nak elak tersalah beli, jom kita sama-sama ketahui apa ciri yang dapat membezakan kedua-dua jenis daun ini.
5 PERBEZAAN ANTARA DAUN SUP DENGAN DAUN KETUMBAR
1. NAMA / LABEL DI PASAR RAYA
Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery
Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
2. AKAR
Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.
Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.
3. BATANG & DAUN
Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.
Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.
4. BAU
Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.
Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang.
5. KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.
MACAM MANA, DAH DAPAT BEZAKAN SEKARANG?
Memang keliru kalau kita jarang membelek dan menggunakan kedua-dua jenis bahan ini dalam masakan. Mungkin dengan info ini lain kali anda dah mampu membezakan antara daun sup dan daun ketumbar. Jadi, taklah tersilap beli kan?
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.