Andai melalui pengalaman kereta rosak di tengah lebuhraya dengan keadaan berseorangan tentu sahaja boleh hilang akal kita dibuatnya. Apatah lagi dalam cuaca hujan ketika malam hari. Hendak meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain, tiada seorang pun yang lalu lalang. Jika hendak minta bantuan pada ahli keluarga, mungkin kedudukan kita pada masa itu terlalu jauh pula jaraknya.
Oleh sebab itu ada peribahasa Melayu menyebut sediakan payung sebelum hujan, kita bersiap sedia sebelum datangnya musibah. Paling tidak, sekurang-kurangnya dalam hal ini kita menyimpan nombor Plus di dalam telefon sepertimana yang disarankan oleh saudara Zulkamal Azizi di dalam facebooknya agar tidak melalui pengalaman sukar seperti seorang pakcik yang terpaksa menunggu hingga satu jam untuk mendapatkan bantuan apabila keretanya kemalangan di lebuhraya.
Kebetulan Lalu
“Kesian uncle ni dah sejam accident tahan orang tak berenti… Kebetulan aku lalu dia lambai-lambai tahan aku…Aku tanya tak call plus ke? Dia kata tak tau nombor….
Sebab tu abam setiap kali kalau nampak accident kat highway abam akan call plus .. sebab apa? Takut yang accident ni macam uncle ni la…tak tau apa…
Simpan Nombor 1800-88-0000
Ni aku pesan korang, nombor plus kat bawah ni save in case ada emergency apa-apa dekat highway… sekarang mungkin korang rasa tak penting. Bila sudah kena, baru tahu betapa pentingnya plus line ni…(mintak dijauhkan la) Berguna untuk korang one day…
No plus ni dalam otak aku je. OK lah… abam dah lencun niii.
1800-88-0000
Meninjau di ruangan komen yang dikongsikan di facebook Kisah Dunia, netizen mengakui ada baiknya melakukan apa yang dinasihatkan oleh oleh Zulkamal Azizi itu.
“Terima kasih. Sy terus simpan kat tpon. Penah tayar kereta pecah, kelepek kelepek getah taya tu bpusing. Dah la malam buta. Benti kan kereta, blur taktau nak call sape. Nampak tpon sos tepi jalan tu. Tapi kena jalan kaki ke depan sikit. Bdebo rase. Mase call terasa macam kat public phone zaman 90an. Bergayut dengan buah hati. Alah tiber mengarut. Lepas setel, bgtau kat kilometer berapa tersadai. Abiang plus sampai. Alhamdulillah, selamat didunia masa tu. Terima kasih abiang plus.
“-Ayu Ismahani“Call Plus siap free tow smp tol. Pernah merasa naik kereta tow plus dgn ank2 semasa kereta rosak di ats lebuhraya dr SP menghala ke Alor Star. Masa tu sgt teruja bersama anak2 sebab 1st time merasa naik kereta tow. Dah rasa canggih sgt kereta tu sbb ada aircon & bila duk dlm tu rasa nak mcm naik kereta bomba”-Rafidah Haji Yusof
“Saya pun save no plus hotline ni.. arituh ada tayar lori dekat tengah jalan.. bahaya kot.. teruih call plus hotline.. awk bgtau lokasi km berapa n mengahal ke utara atau selatan.”.-Shima Clara
“Saya pernah kereta rosak jalan kaki dalam 100 meter utk sampai ke telefon kecemasan ada no utk dihubungi di situ. Tengah call ada orang hon dari tempat kereta rosak, rupanya peronda LPT sampai tanpa dipanggil. Mulai hari itu sy tak komplen bayar tol.”-Azlan Selamat
“Saya pernah 1st time balik dari kl, atas haiway dekat bemban kereta tengah jalan ni, tiba2 pedal bahagian minyak tekan, meter tak naik, cepat2 masuk line kiri pergi berhenti ke tepi. Mati sendiri sistem terus down. Tak boleh start terus, Saya pulak haihh, call parents, parents callkan plus. Pakcik plus datang check timing belt putus. So balik la naik towing. Serius kena save no Plus, penting”
.-Pqa FiqaSumber : Zulkamal Azizi Bin Ramlan & Kisah Dunia
ARTIKEL MENARIK: Buat Aiskrim Guna Susu, Rasa Sedapnya Memang Sampai Ke Tekak. Begini Cara Buatnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club