
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), bukan sahaja orang dewasa, bahkan anak-anak juga tidak dapat keluar ke mana-mana.
Hanya duduk di rumah dan minggu ini juga bermulanya pembelajaran di rumah. Bagi menghilangkan kebosanan, macam-macam aktiviti dilakukan oleh ibu bapa untuk anak-anak. Tak kurang juga anak-anak sendiri yang mencari inisiatif untuk mengisi masa.
Pelakon Nad Zainal, dalam satu perkongsian di laman instagramnya mendedahkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim kini memiliki hobi baru iaitu menangkap serangga di dalam rumah. Antaranya semut dan juga labah-labah. Kedengaran lucu kan!
Menerusi perkongsian tersebut, Nad memuat naik satu video yang menunjukkan gelagat anak sulungnya itu.
“BERTUAH PUNYA SPIDER!!”
Hahahahahahahah!!!!!!!!
kesian.. tak dapat keluar rumah, hobi baru dia tangkap semut and spider
Perkongsian tersebut ternyata menghiburkan ramai yang menonton. Pelbagai komen dimuat naik menerusi status berkenaan.
Sumber: nad.zainal

Supaya Ibu Ayah Tidak Stres Bila Anak Tak Dengar Kata. Ustaz Ini Ada 9 Petua Islamik Ini Yang Kena Alert!

“Anak nakal tu,mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.
Ikuti petua daripada perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…” Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya.
Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya.
Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.
Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah.
Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
“Harap Anak Mommy Pandai Menabung, Sikit Takpe Janji Ada Hasil.” Wanita Ni Kongsi Rahsia Berjaya Simpan RM13,000 Lepas Hamil!

Menabung sangat penting baik yang bujang mahupun sudah berkeluarga. Sebaiknya kena mulakan dari awal memandangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan menabung kita ada simpanan untuk masa depan. Bagi wanita yang bakal melahirkan anak, pasti sedia maklum banyak duit yang kena guna termasuklah membeli keperluan bayi, membantu suami untuk membayar bil rawatan hospital dan sebagainya.
Perkongsian ibu bernama Wany Zabry ini cukup bermanfaat untuk kita semua. Beliau memulakan simpanan sebanyak RM50 sehari!
Walaupun Wany kini sudah bersalin, namun perkongsian yang dimuat naik menerusi laman instagramnya boleh dijadikan panduan oleh bakal ibu dan wanita lain bagaimana untuk memastikan diri istiqamah dalam menabung.
MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN
Yes yes! Menabung! I orang paling gila menabung dari kecik lagi rasanya tak duit syiling 20 sen duit syiling 50 sen! For those nak tahu apa Wany aim semua Wany buat tabung, contoh:
- bayar muka kereta
- down payment rumah
- buka kedai pagi daisy
- travel
- shopping (barang-barang branded sikit) (Apa yang Wany aim dah cukup barulah Wany realisasikan so that tak payah semua benda hentam loan or kita akan rasa tak terbeban dengan banyak benda)
Since sedar diri business ada up and down, so kena ada perasaan boleh ke tak ke boleh ?? YES!!! BOLEH! (Ikut kemampuan)
And now for my baby day 1 Wany tahu Wany preggy, Wany buat tabung RM 50 per day, tak campur dengan duit tabung business. Kadang-kadang daddy masukkan tapi dalam hati berkobar-kobar jangan skip menabung sebab nak tengok result! Alhamdulillah hari ni keluarkan dari vase pineapple kecil comel tu tak sangka banyak juga! Sumbat-sumbat sampai padat sebab kalau bekas besar dan nampak mesti sibuk nak gunakan untuk banyak benda!
Before dapat baby pun dah simpan sikit-sikit tapi we all decided guna untuk beli barang baby and untuk bersalin di hospital swasta (mudah mudahan ada rezeki kalau gov pun tak kisah janji selamat). Menabung pun ajar diri jadi disiplin and sabar, harap anak mommy nanti pandai menabung, sikit-sikit pun takpe. Janji ada nampak hasil. Agak-agak berapa total menabung selama almost 6-7 bulan ni?
TOTAL MENABUNG 6BULAN (RM13,600) omg mommy you did it! Boleh masukkan dalam buku baby.
View this post on InstagramA post shared by No Titles, Just Vibes. (@wanyzabry) on
Sumber : IG Wany Zabry
“Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur.

Sejak pandemik, sekolah melakukan pembelajaran secara tidak bersemuka. Walaupun agak kekok pada mulanya sesi pembelajaran ini, namun sejak setahun lebih mengunakan pendekatan ini, ramai yang sudah menerima norma baharu ini.
Biarpun tidak ke sekolah, anak-anak tetap mengikuti pembelajaran di rumah. Apa yang menarik dengan perkongsian puan Syarifah Norini bt Syed Ali adalah mengenai surat rasmi yang dibuat oleh anaknya mengenai aduan bilik yang berhabuk.
Biarpun isi kandungan surat berkenaan agak lucu, secara tersiratnya guru yang mengajar anaknya telah berjaya melatih anaknya memahami format surat rasmi.
“Memang betul sebarang aduan akan dilayan jika bersurat..tapi kalau gini nak buat surat maklumbalas ke acaner ni,” luahnya menerusi perkongsian di facebook di sebuah group.
Menerusi perbualan dengan Majalah Keluarga Online, Puan Syarifah memaklumkan bahawa anaknya Darwisyah bt Anuar Kamarudin yang merupakan murid darjah empat telah menulis surat kepadanya apabila biliknya berhabuk.
Tak sangka dapat surat aduan
“Bukan home work tapi surat ni dia tulis kepada saya kerana komplain bulu kucing banyak dibiliknya,” jelas ibu kepada tiga rang anak ini.
“Sebelum ni memang dia asyik merungut dia tak larat nak lap hari-hari ada habuk dan bulu ningking. Tak sangka pulak dia buat surat.”
“Darwisyah memang tak tahan habuk tapi disebabkan rumah kami ada seekor kucing dan bulunya merata-rata dia tak larat nak lap.
“Sebab tu lah dia minta saya dapatkan pembantu rumah. Saya nak tergelak dia buat surat komplain tu. Saya pun kongsikan di facebook,” jelas wanita ini yang juga merupakan seorang guru sains sukan di sebuah sekolah menengah di Perak.
Tambahnya lagi, anak bongsunya ini merupakan seorang yang mempunyai cerewet mengenai persekitaran rumah dan diri.
“Dia paling banyak cakap dirumah ni dan banyak komplain. Semua dia nak komplain, meja senget,baju kecik dan kasut tak cantik. Ikut suka dia je,” jelasnya mengenai keletah anaknya itu.
Puji guru BM
Dalam pada itu, puan Syarifah memuji cara gurunya anaknya mengajar sehingga tahu menulis format surat rasmi.
“Suka saya tengok surat tu. Terharu saya hasil pdpr anak saya mampu menulis surat sehebat itu pada usia 10 tahun.
“Hasil gurunya mengajar. Anak saya pandai buat surat rasmi..tahniah pada cikgunya!
Ada peraturan tambahan dah
Ekoran telah menerima surat aduan berkenaan, Puan Syarifah memberitahu bahawa telah menetapkan beberapa peraturan tambahan di rumahnya.
“Saya hanya buat peraturan tambahan iaitu setipa hari pada waktu pagi kita mesti bersihkan bilik masing-masing dari habuk.antaranya lap meja study dan mop lantai.
Biasanya saya dan anak-anak gotong royong bersihkan dalam dan luar rumah secara besar-besaran hari jumaat pagi.”
Berkesan cikgu BM ajar
Netizen siap bagi jawapan untuk surat rasmi aduan berkenaan. Bikin lucu!
Sumber: Cikgu Sherry