Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencoretkan pelbagai kenangan pahit manis. Setiap orang punya cerita yang berbeza. Bukan hanya orang biasa, golongan artis dan selebriti juga antara yang merasai pengalaman tersebut.
Pemenang Artis Paling Popular suatu ketika dahulu yang cukup dikenali dengan penampilan yang manis dan sopan berhijab. Bercerita tentang PKP ini, Wany Hasrita
berkongsi perasaan gembiranya berada dalam tempoh tersebut.
“Jom nak share rasa happy! Apa perkara terbaik yg berlaku dlm hidup awak semua waktu PKP ni?
“Kalau saya, saya baru sedar best nya dapat bagi masa pada ibu saya, kemas rumah sama-sama, masak sama-sama, scroll shopping online sama-sama, tengok tv cerita Korea sama-sama, lagi-lagi cerita The World Of The Married sambil geram sama-sama,” tulis Wany pada satu entri di Instagram miliknya.
Menurut Wany, ketika ini dia mula sedar betapa sunyi ibunya apabila dia sentiasa sibuk bekerja sehingga balik lewat malam.
“Kesian dia mesti dia sunyi waktu saya sibuk kerja balik sampai tengah malam, dia duduk sorang kat rumah.
“Okay, nak nangis. Selagi ada masa ni, gunakan sebaik mungkin tau. Stay safe everyone,” tulis Wany yang gembira dapat meluangkan waktu bersama ibu tercinta.