“Kesetiaan Wanita Diuji Saat Lelaki Tidak Punya Apa & Kesetiaan Lelaki Diuji Saat Dia Memiliki Segalanya”. Hadam Perkongsian Ni Agar En Suami Lebih Setia!

Share

Kejujuran dan kesetiaan antara suami isteri itu penting dalam memastikan hubungan suami isteri yang terjalin terus kekal bahagia selamanya. Namun, dalam mengenal erti setia antara pasangan suami isteri,  sering kita dengar ungkapan ini; ‘Wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya’.

Menyedari hal itu, seorang suami ini telah berkongsi kisahnya bagi ‘menjentik’ hati dan memberi peringatan buat lelaki lain yang juga bergelar suami agar lebih memahami erti kesetiaan dan kejujuran kepada pasangan masing-masing.

Ini perkongsiannya.

Teringat masa mula-mula kawin dulu, kami suami isteri masing-masing gaji kecil, tak sampai 2k tapi macam-macam nak kena bayar…sewa rumah, ansuran kereta, duit minyak, duit belanja dapur, bil utiliti, duit untuk orang tua lagi dan lain-lain…

Time ni jugak, tengah plan dengan wife untuk nak beli rumah, maka prepare la sikit-sikit downpayment dalam 10%, lawyer fee, barang-barang kelengkapan rumah yang tak ada lagi, perabot-perabot dan segala bagai….

Wife pun bawak keluar akaun 2 kwsp dia, saving TH dia, dia bagi semua untuk setelkan apa yang patut…then, terminate loan asb dia untuk lapangkan komitmen bulanan sebab pasni nak bayar rumah…2,3 tahun struggle to cope dengan financial planning sebab dapat anak awal…dapat masuk rumah baru dan dalam masa yang sama wife pun bersalin…anak sulung dan tahun berikutnya, anak no 2…

Time perut memboyot tu la dia ikut sama-sama p cat rumah…siang kami berdua kerja, balik kerja, lepas maghrib, trus p umah baru, cat rumah sampai la kul 11, 12 malam…esok kerja pula…

Sekarang after 8 years, kehidupan dah stabil, dah ada harta, dah ada macam-macam, gaji dah tinggi, kewangan dah ok, wife dah jadi surirumah…hmm, mula rasa mewah dan rasa ada duit lebih dah…

Pastu apa yang kita nak buat? Ingat tak time susah dulu, apa yang isteri dah tolong kita? Tak ingat…ingat tak awal-awal kawin dulu, apa yang isteri baig kat kita? Tak ingat…Ingat tak apa yang isteri dah buat untuk kita sampai kita boleh ada serba serbi hari ni? Tak ingat…

Apa yang kita ingat?

Kita rasa diri dah mampu…rasa nak tambah lagi, nak buka cawangan baru…? Mostly ramai suami yang gagal saat ini sebab nawaitu dia dah berubah, dah lain…dulu susah sama-sama dengan isteri, sekarang dah senang, nak senang sorang-sorang…mula terfikir nak tambah isteri, duakan, tigakan, empatkan isteri, curang dengan isteri, atau tinggalkan isteri untuk dapatkan yang lebih baik lagi…

Dia plan masa depan dia sorang-sorang…

Maka asbab apa yang selalu berlaku itulah keluarnya quotes kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…sebab memang kehidupan hari ni sama macam ayat tu…

Kita suami mudah lupa dengan siapa yang bersama kita waktu kita tidak punya apa-apa dulu, kita suami mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan kita sehingga kita dapat apa yang kita ada hari ini…dan bila kita dah ada segalanya, kita anggap semua tu sebab usaha kita, datang dari kita, hasil penat lelah kita…just semata-mata diri kita…

Kita lupa apa yang isteri korbankan untuk kita, kita lupa…useless and not grateful kan kita ni..

sumber : Firdaus Shakirin