Tidak dinafikan ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dengan kenyataan yang dilsiarkan menerusi facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lantaran Kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun boleh mengambil dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNtech/Comirnaty bermula Februari ini.
Hati mana yang tidak resah apabila lihat dengan suasana pandemik yang dilihat tiada penghujungnya, begitu juga kesan vaksin ke atas anak-anak.
Apa yang pasti, pihak kerajaan inginkan yang terbaik buat rakyatnya agar sentiasa selamat.
Semoga kita menjaga keluarga daripada wabak ini dengan sebaiknya.
Ikuti penjelasan KKM mengenai vaksin untuk kanak-kanak umur 5 hingga 12 tahun ini.
Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.
Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan. Sejauh mana keselamaran dan keberkesanan vaksin covid-19 kepada kanak-kanak?
Kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun boleh mengambil dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNtech/Comirnaty.
1.Kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.
2.Ujian klinikal” menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala dikalangan kanak-kanak yang telah divaksin.
3.Kesan sampingan yang biasa secara amnya, adalah ringan dan sederhana. Kesan buruk daripada vaksin COVID-19 jarang berlaku.
4. Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka panjang akibat jangkitan covVID-19
*Kajian fasa 1 di Amerika Syarikat
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club