Bukan calang-calang ibu yang dapat membesarkan anak yang autsme. Mereka ini mempunyai aura dan semangat yang kuat untuk membesarkan anak. Biarpun dalam suasana ada segelintir masyarakat yang tidak memahami autisme, ibu ni tetap memberi harapan untuk memberikan yang terbaik buat anaknya. Perkongsian puan Yusni Mintol sungguh bermanfaat dan moga menjadi inspirasi buat ibu yanig mempunyai anak istimewa.
Assalamualaikum
Saya emak kepada anak yang mempunyai autisme yg telah di diagnosed autisme sejak umurnya 2 1/2 tahun. Sekarang umur dia 23 tahun 2 bulan. Untuk pengetahuan anak saya juga menghidap epilipsi/sawan sejak umur 6 bulan sehingga sekarang dan masih dalam perubatan . Saya juga telah mendaftarkan dia di JKM untuk mendapatkan kad OKu seawal juga setelah Dr mengesahkan. Pada masa anak saya untuk membuat kad perlu dokumen yang amat tebal dan perlu pergi ke pakar pakar hospital kerajaan mendapat pengesahan setiap jabatan. Dari Seremban sampailah ke HKL juga. Setiap pengesahan perlu untuk mendapatkan kad. Perlu berbulan juga sebab setiap jabatan perlu ambil tarikh temujanji.
Kenapa anak saya perlukan kad OKU? Saya pun tidak pasti. Saya sayang anak saya sebab dalam masa yang sama saya juga telah mendaftar anak saya ke SJKC semasa mendaftar abangnya. Jadi harapan saya untuk dia amat tinggi juga.
Harapan buat anak
Adakah saya tidak mempunyai harapan untuk anak saya, walaupun tipis?
Saya masih berharap selepas anak saya disahkan autisme, anak saya akan mendapat intervensi awal untuknya walaupun tiada perkhidmatan google, tiada sek khas yg sesuai, tiada penempatan untuk anak saya dan yang paling sedih pegawai perubatan juga kurang tahu tentang autisme. Perlukah saya berdiam diri? Jawapan adalah perlu. Berdiam dan mencari jalan. Ok pertamanya saya perlu menghabiskan urusan mengenai kad OKU itu yang terlintas. setelah siap dengan anak saya yang selalu keluar masuk hospital sebab sawan membuat saya lagi rasa peluang untuk dia ke sekolah memang tipis. Dengan masalah tingkahlaku yang belum satu pun selesai dengan masalah pertuturan juga ke laut. Yang selesai seawalnya bagi anak saya adalah toilet training. Itu yang saya dapat buat untuk dia.
Habis bab untuk kad oku.
Saya pun tidak tahu kenapa anak saya perlu ada kad OKU, pegawai beri senarai kebaikan memiliki kad OKU bukan sebab untuk mendapat elaun bulanan yang membuat saya apply kad itu. Pertama anak saya perlu rawatan setiap masa, kad ini amat saya perlukan dengan masalah kami masa itu adalah kewangan. Saya sudah berjanji jika anak saya ok di aliran perdana dan boleh mengikuti setiap kelas saya akan simpan kad itu.
Semalam anak saya keluar hospital untuk rawatan gigi di Hospital Serdang jika saya tidak ada kad OKU segala urusan memang lambat perlu ikut no giliran tapi ada kad dapat sahaja di kaunter ekspress. Sehinggalah discharge semalam mudah sahaja saya lihat bayaran yang perlu dibayar jika tiada kad OKU adalah mencecah RM 4k. Saya lihat rounding adalah RM 0.00 Alhamdulillah
Jadi pada yang ragu ragu untuk mengisi borang OKU boleh lah fikir secara positive. Jika anak anda sendiri ok dan boleh bersama kanak kanak sebaya dengan nya di sekolah boleh lah ‘apply’ kad OKU dan bila dah dapat simpan ketat ketat dalam peti besi. Jangan dibuka buka ok. Tapi jika anda memerlukan buka lah dengan berlapang dada yang luas. Sebab kad itu tidak memberi kesan jika anak kita ok. ?
Jangan melambatkan proses intervensi anak hanya sebab sifat menidakkan kita terlalu tinggi. Jadilah ibubapa yang positive demi kebaikan anak kita. In shaa Allah.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita
Saya jua manusia biasa dan apa yang anda rasa sekarang saya lalui semua. Beza masa anak saya kecil semua orang tidak tahu autisme. Masyarakat kurang pengetahuan. Bersyukur pada yang berada pada masa sekarang sebab sebut sahaja nak buat apa semua ada. Jadi jangan abaikan setiap yang ada sekarang. Bertindak segera.
Anak saya sudah hampir 24tahun tapi saya masih berharap untuk anak saya. Berusaha untuk dia selagi ada hayat saya. Walau tidak pernah jejak kaki ke aliran perdana saya masih menyimpan harap untuk dia. Saya tahu tahap dia di mana. Saya berusaha in shaa Allah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” ?
Sekian terima kasih.