Berita

Kesan Minum Teh Ketika Haid

Share

Ramai wanita tertanya-tanya, betul ke tak boleh minum teh masa haid?

Ada yang kata boleh, ada yang kata tak elok. Jadi, jom kita dengar penjelasan daripada Dr. Zubaidi teh mana yang baik, teh mana yang patut dielakkan ketika datang bulan!

Kesan Minum Teh Ketika Haid

Sebenarnya tidak  ada larangan untuk minum teh semasa haid, tetapi ia bergantung kepada jenis teh dan kesan individu terhadap tubuh.

Contoh teh herba (seperti chamomile, peppermint, atau ginger tea) membantu melegakan kekejangan, kembung, dan rasa tidak selesa.

Chamomile tea, khususnya, mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Teh hijau pula kaya dengan antioksidan dan boleh membantu mengurangkan kelesuan atau keletihan.

Namun cuba elakkan teh berkafein tinggi (seperti teh hitam atau teh oolong) ketika haid.

Ini kerana kafein boleh meningkatkan dehidrasi dan menyebabkan kekejangan lebih teruk pada sesetengah individu.

Kafein juga boleh meningkatkan kegelisahan atau perubahan mood.

Elakkan juga teh yang terlalu manis. Gula tambahan boleh menyebabkan kembung atau membuat simptom haid lebih ketara.

Jadi secara umumnya, teh herba adalah pilihan terbaik semasa haid kerana sifat menenangkannya.

Namun, teh berkafein tinggi mungkin tidak sesuai jika puan sensitif terhadap kafein.

TAMBAHAN INFO:
MAKANAN UNTUK HAID YANG BAIK UNTUK DIMAKAN

1. AIR MASAK

Minum banyak air masak semasa datang haid amatlah penting. Kekal terhidrat boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapat sakit kepala dan dehidrasi yang merupakan gejala normal ketika haid.

2. BUAH-BUAHAN

Buah-buahan yang kaya dengan air seperti tembikai dan timun adalah bagus untuk kekal terhidrat. Buah-buahan manis boleh membantu mengekang keinginan gula dalam badan. Tanpa perlu makan banyak gula halus yang boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dan menurun.

3. SAYURAN BERDAUN HIJAU

Merupakan perkara normal apabila mengalami penurunan tahap zat besi semasa haid, terutamanya jika aliran haid anda banyak. Ini boleh menyebabkan badan keletihan, sakit badan dan pening.

Sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam boleh meningkatkan tahap zat besi dalam badan kerana kaya dengan magnesium.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad