Bila cakap pasal kejadian benjol atau lebam, biasa kita membayangkan anak-anak lagi terdedah untuk mendapatkan kesan tersebut bila jatuh atau sebagainya. Pun begitu, kita sebagai orang dewasa pun tidak terlepas daripada berlakukanya kejadian terjatuh, tergelincir atau sebagainya yang boleh menyebabkan benjol atau lebam terjadi.
Jadi tidak salah kiranya kita ketahui beberapa petua orang lama untuk surutkan kesan lebam dan benjol pada tubuh untuk manfaat bersama.
Asam jawa + garam
Ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol.
Telur rebus
Rebus hingga masak dan kemudian balut dengan tuala kecil sebelum dituam pada bahagian yang benjol. Lakukan berkali-kali.
Air suam
Cepat-cepat tuam dengan sapu tangan yang direndam dengan air suam untuk meredakan benjolan yang timbul.
Daun sirih dan minyak masak
Ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Kemudiannya layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang berbenjol.
Ais batu
Ini antara petua yang paling mudah dan popular. Ambil ketulan ais dan letakkan di dalam balutan tuala kecil sebelum ditekap pada tempat yang benjol.
Namun jika setelah melakukan petua-petua ini tidak juga rasa selesa, ada baiknya bertemu doktor untuk dapatkan nasihat dari yang lebih pakar.