Kesalahan Menggoreng Bihun, Ramai Mak-mak Buat Tanpa Sedar, Jangan Langgar Pantang Larang

Share

Kesalahan Menggoreng Bihun, Ramai Mak-mak Buat Tanpa Sedar, Jangan Langgar Pantang Larang

Bihun goreng memang enak dinikmati ketika masih panas. Namun tidak semua mak-mak mahir menggoreng bihun. Masalah yang kerap dihadapi ialah apabila setiap kali menggoreng, bihun akan jadi hancur.

Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini, memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.

Apabila sudah salah masak bihun, inilah yang akan jadi:

*Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
*Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah.
*Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
*Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.

PANTANG LARANG KETIKA MENGGORENG BIHUN

1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok pada bungkusan bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.

2. Tidak Perasan Bihun Tersebut Rupa Sahaja Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.

3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan itu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam itu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari boleh ke tidak. Kalau senang, itu sudah cukup lembut.

4. Tak Ambil Pusing Semasa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun itu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun itu sudah menjadi lembut.

5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai sudah terlalu lembik baru hendak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air, barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa perlu lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun itu tidaklah melekat sangat bila sudah siap digoreng.

6. Tak Campur Air Masa Menumis, Goreng Bihun
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut. Jika guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit sudah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.

7. Tak Gunakan Dua Tangan
Memasak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.

8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.

Moga selepas ini mak-mak tidak lagi melakukan kesalahan seperti yang disenaraikan ini ketika memasak bihun.

Artikel ini diolah dari RASA