Kes Siakap Lagi! Wanita Ini Dedah Pengalaman Kena Bayar RM1660 Bikin Netizen Terkejut.

Share

Siapa sangka kes ikan siakap berharga mahal rupanya telah membongkar beberapa kisah lain.

Begitu juga dengan perkongsian wanita ini. Beliau juga turut menceritakan pengalaman apabila memilih hidangan berkenaan.

Moga kisah ini menjadi ikhtibar.

___________________

Ikan Siakap Viral Langkawi…

Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi..

Untuk Kes Kak Ani, di restoran yang sama…

Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu….udang masak pedas.. etc…

Dan Kak Ani tidak diberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan…

Kak Ani sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal… dalam kiraan kak ani, mungkin lebih kurang RM600 – RM700 untuk kak ani dan anak-anak …

Tapi, kami diberikan ikan siakap 4.98kg… 🥶 dan total bill RM1660…

Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak2 kak ani yang masih kecil….

Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya…

Ramai yang terkena sebab Peniaga tidak inform dan tunjukkan dulu ikan…

Kongsi duit bayar bil mahal

Ada sebuah keluarga di belakang kak ani waktu tu, kumpul2 duit dari mak dan adik beradik… kesian…  nampak sedih dan terkejut..

Semoga peniaga lebih telus selepas ini…inform customer kemungkinan harga…

dan Kak Ani pun ambil pengajaran, selepas ni, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata….

Sumber: Rohani Osman