Naluri keibuan membuatkan selebriti ini tidak mampu menahan perasaan sedih lalu terpanggil memberi bantuan kepada si kecil ini.
Demikian yang berlaku pada Datin Paduka Eina Azman. Sebelum ini, dia dan suami menghulurkan bantuan kepada dua kanak-kanak yang menderita penyakit kulit.
Kini, beliau lagi sekali tampil menghulurkan bantuan kepada seorang bayi yang juga mempunyai masalah penyakit kulit.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Eina Azman memberitahu yang dia dimaklumkan tentang adik Thaqif Arjuna oleh mereka yang hanya dikenali dengan Hamba Allah melalui DM.
“Pertama skli eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba2 allah yang banyak dm eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal thaqif sakit masa eina d langkawi. So daripada langkawi 26 nov 2018 baru2 ni eina dan suami decide untuk pergi melawat baby thaqif dan ibu nya @atieatyra di Penang.
“So selepas melawat n berbincang kami decide nak bawa thaqif dtg ke kl untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit. Alhamdullilah hari ni thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal.
Akui Eina lagi, pertemuan dengan adik Tahqif membuatkan dia tidak dapat menahan rasa sayu. Apaath lagi melihat kanak-kanak tersebut tidak berhenti menggaru badan sehingga berdarah.
“To be honest kes kali eina rasa lagi teruk??? thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah? Sayunya hati tengok thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya allah ringan kan lah segala sakit yang thaqif rasai.
“insyallah saya n suami akan tanggung perubatan thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringan kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in d number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga allah permudahkan segala urusan kita semua,” tulis Eina di kapsyennya.
Pelbagai pihak menyambut baik dan memuji akan keprihatinan Eina Azman terhadap si kecil ini.
Malah ada juga yang berkongsi petua dan pengalaman yang sama di alami anak mereka sebelum ini.
Sumber: ig eina_azman