Kalau sebelum ini jangkitan COVID-19 kebanyakannya dalam kalangan orang dewasa. Tetapi baru-baru ini lebih terdedah pada kanak-kanak. Hal ini sangat membimbangkan orang ramai.
Disebabkan kegusaran itu, laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan beberapa info yang boleh ibu ayah ambil perhatian mengenai komplikasi serius COVID-19 terhadap anak-anak.
Salah satunya Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).
Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.
Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.
1) Gejala umum
-Demam melebihi 4 hari
-Kelemahan fizikal yang tidak normal atau kekurangan tenaga (Asthenia)
2) Mata
-Mata merah/Konjuktivitis
3) Bibir
-Bibir merah dan mereka
4) Kelenjar (nodus limfa)
-Kelenjar membengkak
-Sakit leher
5) Kulit
-Ruam
6) Gejala neurologi
– Hilang deria bau/rasa
-Berasa sangat panas
7) Pernafasan
-Sukar bernafas
-Batuk
8) Jantung
-Sindrom kejutan (shock)
-Memerlukan veno-artial pengoksigenan membran ekstrakorporeum (VA-EMCO)
-Dilatasi koronari
-Perikarditis
Tambahan, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera.
Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!