
Bagi orang yang kreatif, memang ada saja idea untuk hasilkan sesuatu. Kadang-kadang bila tengok kerusi terbuang pun sudah boleh mendatangkan sesuatu idea yang hebat. Macam wanita ini, hasilkan sofa kayu dengan menggunakan kerusi makan yang dibuang orang. Ikuti perkongsiannya.
“Saya jumpa 2 biji kerusi meja makan yang orang sudah buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
Beli kain, spray clear dan span (span tu saya guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping), stepler, kayu, paku, tukul besi dan gergaji.
Cara Buat:
Langkah 1 :Ambil kerusi yang rosak dan buangkan spannya.
Langkah 2 : Potong bahagian tempat duduk seperti di dalam gambar.
Langkah 3 : Buat untuk 2 kerusi dan letakkan pada kedudukan seperti di dalam gambar.
Langkah 4:
Langkah 5:
Langkah 6:
Langkah 7 :
Langkah 8:
Langkah 9 :
Langkah 10 & 11 :
Langkah 12:
Siap!
Ekstra Info
Menarik idea ini bukan? Oleh itu, kalau ada kerusi makan yang sudah patah atau rosak, jangan terus dibuang tapi boleh praktik idea ini. Super kreatif dan jimat!
Sumber : Mastura Mohd Yusoff
Anak Shuib Mahu Luang Waktu Berdua Ketika Birthday, Ramai Puji Watie.

Anak perempuan Shuib yang baru menyambut hari lahirnya yang ke 11 tahun hanya mahu meluangkan masa berdua bersama ibunya, Watie.
Hal itu sudah semestinya membuatkan Watie terharu biarpun dia bukanlah ibu kandung kanak-kanak tersebut.
Menerusi hantaran yang dibuatnya di Instagram, Watie memuat naik momen ketika memberi kejutan kepada Talita.
Bagi meraikan hari istimewa anak kecil itu, Watie juga telah menghadiahkan Ipad buat Talita.
“Dari sebulan yang lepas tiap-tiap hari dia kira & akan remind Mummy berapa hari lagi nak sampai ke birthday dia.
“Bila Mummy tanya nak hadiah apa…dia akan cakap nak spend time dating berdua dengan Mummy. Tapi Mummy mana boleh tinggal Daddy & Matin kan,” tulisnya.
Jadi, dia telah membuat permainan dengan memberi pilihan kepada Talita hadiah yang akan diberi kepada kanak-kanak berkenaan.
Jelas terlihat anak kedua Shuib dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu terharu dengan pemberian ibu tirinya itu sehingga menitiskan air mata.
Perkongsian yang dibuat Watie menyentuh hati ramai malah keikhlasan dan keakraban serta cara Watie melayan anak-anak Shuib sudah semestinya dipuji wargamaya.
Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Talita serta memuji kanak-kanak tersebut yang sangat rendah hati serta mendoakan agar dia mendapat kebahagian di dunia dan juga di akhirat.
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Pokok Bunga Ros Berbunga Lebat, Ini Petua Paling Berkesan, Mesti Cuba!

Pokok bunga ros berbunga lebat, ini petua paling berkesan, mesti cuba! Ramai yang teruja menanam bunga ros kerana suka akan kecantikan dan baunya. Tapi masalahnya waktu beli di nurseri bukan main sihat dan berbunga tapi bila bawa balik dan dijaga di rumah pokok yang mekar jadi sebaliknya.
Pokok Bunga Ros Berbunga Lebat, Ini Petua Paling Berkesan, Mesti Cuba!
Bagi yang mengalami masalah sama mungkin boleh ikut tip dari Azni A R Azizan yang berkongsi pengalaman menghasilkan bunga ros yang merimbun. Menjadi-jadi bunganya.
Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu sahaja dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan saya cuba praktikkan memang menjadi-jadi pokok ros saya ini. Tak berhenti-henti berbunga. Siap dapat buat anak pokok lagi.
1. Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
2. Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potongan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahagian bawah bunga.
3. Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar.
4. Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas.
Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok.
5. Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara telus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
6. Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Lee Chong Wei Kongsi Kisah Masyarakat Bila Berlaku ‘Panic Buying’. Deep!

Setelah kerajaan Malaysia mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan melaksanakan semalam sehingga 31 Mac 2020 ekoran membendung penularan wabak COVID-19, segelintir rakyat Malaysia, mula memenuhi pasar raya untuk membeli barangan keperluan mereka.
Moga perkongsian beliau mengenai sikap segelintir rakyat Malaysia menjadi iktibar buat kita semua.
Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.
Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khalid Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur dekat rumah.
Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah.
Stay home jangan cemas
Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang.
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME
TARIK PERHATIAN NETIZEN
‘Ayat paling win’
Kredit: Leechongweiofficial