
Kadang kala gelagat anak-anak ini akan membuatkan ibu bapa tak kering gusi. Ada sahaja yang mencuit hati. Terbaru, anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid yang merupakan anak sulungnya yang berusia tujuh tahun.
Gelagatnya yang menulis nama Tomok pada kertas ujian telah dikongsi diinstagramnya telah mendapat perhatian peminatnya. Bukan untuk memaparkan keputusan peperiksaan tetapi cara Arrian menulis nama Tomok pada kertas berkenaan. Kertas peperiksaan Arrian ini merupakan salah satu keputusan cemerlangnya yang kini sedang belajar di tahun satu.
Menjengah diruang komen, gelagat anak Tomok telah mencuit hati.
Ustazah minta kertas, cepat je tulis Tomok
Mungkin ingat Ustazah sejuk hati nak bagi markah lebih
Betulkah Anak Saya Degil Dan Nakal? Doktor Ini Jelaskan Caranya. Ibu Ayah Kena Alert!

Boleh dapat ‘darah tinggi’ rasanya jika tiap-tiap hari kena jerit pada anak supaya berkelakuan elok. Bagi anak yang sedang membesar khasnya di peringkat pra sekolah akan bersikap sedemikian. Ikuti lebih lanjut penjelasan pakar motivasi kekeluargaan, Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad perihal anak yang bersikap nakal, degil dan tidak mendengar kata ibu bapa.
Ibu bapa seringkali salah faham dan mudah melabel anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil, maka pada anggapan ibu bapa ia adalah tingkah laku yang negatif. Sebenarnya, setiap tingkahlaku anak-anak berbeza sebab mereka akan membesar sebagai individu yang berbeza dari segi watak dan peribadinya.
Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini. Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang.
Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu bezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.
Karektor anak degil
Anak yang degil biasanya menunjukkan tingkah laku seperti berikut:
– Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
– Tidak mendengar arahan atau nasihat
– Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai
– Menunjukkan sikap kepimpinan dan adakalanya macam bos
– Tidak bergantung pada orang lain
– Suka lakukan apa yang dilarang
Cara pengendalian
Setiap kali anak menunjukkan sifat degil, anda boleh melakukan langkah-langkah berikut:
– Hargai sifat semulajadinya yang degil itu.
– Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai.
– Beritahu padanya, pastinya anak gembira jika boleh lakukan sesuatu yang juga
membuatkan anda sebagai ibu bapa gembira.
– Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak
Berbahaya.
– Puji apabila anak mula mendengar nasihat atau cakap anda.
Berikut adalah contoh perbualan positif seorang ibu kepada anaknya.
Situasi: Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.
Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menunjukan bahawa Imran seorang yang berani dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat?
Imran : Tak tahu.
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan?
Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka
memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada
tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati,
tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil
peluk atau usap kepalanya)
Contoh perbualan di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk menerukan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.
Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Bila Anak Dapat Buku Teks Koyak Atau Rosak, Apa Ibu Ayah Perlu Buat? Ni Ada Cara Paling Win!

Sebelum berakhirnya sesi persekolahan guru-guru di setiap sekolah akan mematikan setiap anak muridnya dibekalkan dengan buku-buku teks untuk kegunaan di tahun hadapan. Kebiasaannya juga, buku-buku tersebut diberikan kepada anak-anak kita terikat kemas dalam satu ‘bundle’. Ada yang masih elok balutannya dan ada pula sesetengah buku ‘togel tanpa berbaju. Lebih menyedihkan jika buku yang diperoleh uzur keadaannya; terkoyak, hilang muka surat, bercontengan dan sebagainya.
” Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula. Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.
Jika anak dapat buku teks sebegini, anda perlu tahu sebabnya.
- Murid tahun lepas hantar buku satu ‘bundle’. Dah ikat siap-siap.
- Cikgu kira dari tepi sahaja. Tanpa buka ikatan. Bila bilangan buku cukup dan nampak dari sisi elok, maka dianggap semua elok. Maka diserahkan pada murid untuk kegunaan tahun depan.
- Kalau buka setiap ‘bundle’, anda bayangkan nak kira dan ‘check’ satu-satu dan ikat semula. Kalau murid 2000 orang, dan setiap murid terima 20 buah buku, cikgu tu kena kira 40,000 buah buku, kepenatan cikgu tu nanti.
- Itu kecuaian murid tahun lepas sebenarnya. Murid itu tak jujur waktu serahan buku teks. Dan guru terlepas pandang hal ini.
- Buku percuma ni ramai sangat orang tak hargai. Sebab bukan beli guna duit mak ayah dia. Murid tak jaga, ibu ayah pun jarang bagi ingatan pada anak supaya jaga buku tu elok-elok.
- Sampai satu masa, buku rosak lebih banyak dari murid yang memerlukan. Nak tunggu stok buku baru, mungkin sampai lewat. Maka, solusinya bagi jelah buku walau rosak sedikit asal murid boleh belajar.
Apa perlu buat bila buku anak begini?
- Hubungi guru, bagitahu dia elok-elok. Jangan marah-marah, jangan bernada sinis.
- Tanya jika masih ada buku elok, jika ada tukarlah. Jika tiada, anda balut buku elok-elok dan bagi tahu guru yang itu bukan silap anak kau. Jadi akhir tahun nanti dia tak perlu ganti.
Cara penyelesaian PALING AGUNG.
Anda pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,
” Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”
Kan hebat tu. Guru pun pandang anda dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Anda pun dapat saham akhirat. Lengkap!
Daripada anda pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok:-
– Kerana sebuah buku koyak martabat anda sebagai ibu bapa hebat jatuh.
– Kerana menggantikan sebuah buku, anda dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.
Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama. Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita. Ingat tu.
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Pecah Rekod! Bayi 4.8kg Raih Tumpuan

Seorang bayi yang sihat telah dilahirkan dengan berat 4.8 kg, menarik perhatian ramai kerana kelahirannya dianggap luar biasa.
Hal ini meraih perhatian ramai memandangkan berat bayi sedemikian jarang ditemui dalam kalangan kelahiran biasa, menjadikan kejadian ini sebagai sesuatu yang istimewa dan luar daripada kebiasaan.
Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang wanita berkongsi berita gembira melahirkan bayi seberat 4.8 kilogram (kg) melalui kaedah caesarean (czer) menerusi laman sosial, TikTok @sueracun99.
Wan Nur Jahidah Wan Muim berkata, dia tidak menyangka perkongsian di media sosial itu mendapat perhatian daripada ramai pihak sehingga jumlah tonton melebih 3.3 juta dalam tempoh dua hari.
Lebih menarik, bayi bertuah ini dengan seberat 4.8kg antara bayi paling besar yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak!
MENGIDAM NAK MINUM AIS
Ramai kagum melihat kelahiran bayi berkenaan, ada netizen bertanya mengenai ‘rahsia’ bayi seberat 4.8kg, ibu ini menjelaskan tidak mengamalkan sebarang pemakanan sebaliknya keinginan minum minuman koko setiap malam.
“Tiap malam milo ais…”
Dalam pada itu, menurutnya lagi, kelahiran anak keempat merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.
KOMEN NETIZEN
Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah atas kelahiran anak yang ke empat dan menyifatkan ia sebuah rezeki buat keluarga itu. Serta ada juga yang menyifatkan bayi ini seakan bayi yang sudah ‘siap sedia ke sekolah’. Antara komen adalah seperti berikut
“Tak payah daftar tadika la kak , ini dah bole masuk darjah satu ni ajar dia abc cepatt”
“Esok dah boleh daftar sekolah ni dik”
“Lahir2 dh masok tadika”
@sueracun99 #babygemoy #babytadika ♬ original sound – gitzkyyy
Sumber: @sueracun99