Orang nampak yang indah-indah dan memuji dek kehebatan mereka menerajui bisnes hingga berjaya seperti sekarang. Namun, di sebaliknya hanya Dyana Roslan, 32 dan suami Shah Hafiz Borhanuddin, 32 yang tahu pahit maung dan keperitan untuk mencipta nama sekali gus memperkenal label DYXY di mata pengguna. Yang penting hati kena cekal, jiwa kental dan usaha gigih tanpa ada istilah putus asa.
“Sebelum ini sudah banyak bisnes yang saya ceburi namun tidak berhasil. Jatuh bangun itu ibarat perkara biasa. Merata tempat termasuklah pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang saya pergi semata-mata untuk menjual barang.
“Daripada barang biasa hinggalah kepada bisnes import eksport, namun masih tidak ada rezeki. Sehinggalah suatu hari saya mengikut isteri (Dyana) turun padang berniaga di tapak perniagaan. Saya cuba-cuba menjual produk kepada orang yang singgah di booth memandangkan isteri sibuk mengadakan demo mekap.
“Tidak sangka ramai yang tertarik dan faham penerangan yang saya berikan. Jadi, daripada situ saya terfikir apa salahnya kalau keluarkan produk jenama sendiri. Waktu keluarkan produk DYXY, kami baru dikurniakan dua orang cahaya mata. Walaupun terpaksa mengusung mereka ke sana ke mari, namun demi kehidupan yang lebih baik dan masa depan anak-anak kami nekad.
“Alhamdulillah, Tuhan membantu dan sedikit demi sedikit orang mula kenal dan jatuh hati dengan jenama DYXY. Waktu itu, kami hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja, tetapi kini kami sudah punya beberapa produk termasuklah DYXY Green Tea Mineral Face Mist, DYXY Face Brush, Curve Fibre Mascara dan DYXY Matte Lipstick,”ujar Shah Hafiz mengakui pernah jatuh terduduk dalam bisnes dan diistiharkan muflis hingga segala kebebasannya tersekat untuk bergerak ke mana-mana.
Kahwin dalam usia muda
Syukur, dia punya isteri yang cukup setia, prihatin dan tidak putus asa. Biarpun berkahwin dalam usia yang masih muda, 21 tahun dan masih mentah, namun pasangan ini sangat cekal dan tabah mengharungi segala dugaan.
“Kami kenal di usia 18 tahun dan keputusan untuk berkahwin mendapat restu daripada keluarga. Cuma, rezeki untuk dikurniakan anak sedikit lambat. Selepas 4 tahun baru kami bergelar ibu dan ayah. Mungkin Dia mahu melihat kami mencipta kejayaan dalam dunia bisnes terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, selepas kelahiran anak pertama dan kedua, rezeki mencurah-curah. Walaupun anak masih kecil namun kami gigih berniaga dan jenama DYXY muncul tatkala bidang kosmetik berkembang maju.
“Tidak dinafikan, kami perlu berhadapan dengan pesaing yang hebat-hebat namun saya dan Shah percaya, rezeki masing-masing. Alhamdullilah sejak ditubuhkan pada penghujung 2016, penerimaan masyarakat pada setiap produk keluaran DYXY cukup menggalakkan.
Usahawan zero kepada hero
Ads
Jujur mengakui kejayaan yang mereka kecapi bukan semata-mata usaha berdua sahaja, sebaliknya ada team yang turut membantu dan menyokong kuat dari belakang.
“Sokongan dan doa famili juga Antara pencetus kejayaan. Disebabkan itulah sudah pernah melalui jatuh bangun dalam dunia bisnes, kami terfikir apa salahnya jika membantu usahawan lain yang berminat dalam bidang ini tetapi tiada pengalaman dan modal. Setakat ini, hampir 50 hingga 60 orang usahawan yang berjaya telah dilahirkan dalam masa kurang dari setahun.
“Kami juga sentiasa membuka peluang dan memberi hak kepada setiap orang yang begitu obses dengan bidang ini untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Oleh itu, saya dan suami memilih untuk membuka Akademi DYXY sebagai salah satu strategi untuk membina jaringan agar produk lebih pantas dikenali di seluruh negara seterusnya ke luar negara. Akademi ini juga bertanggungjawab melahirkan usahawan yang zero kepada hero,” ujar Dyana sambil memberitahu, produk Dyxy mengaplikasikan teknologi hebat daripada Korea.
Sukakan kecantikan
Berganding bahu berdua dalam menaikkan nama produk Dyxy, akui Dyana baik dia mahupun suami mempunyai tanggung jawab masing-masing. Suaminya merancang dan menguruskan tentang strategi pemasaran dan sebagainya, manakala Dyana pula lebih kepada hal-hal berkaitan produk.
“Kelebihan memiliki kemahiran dalam bidang kecantikan satu bonus buat saya. Sementelah saya sendiri memang sangat sukakan kecantikan. Jadi, ini membolehkan saya memahami selok belok dalam bidang ini.
Ads
“Pada saya bekerja dengan ahli keluarga sendiri lebih mudah. Mungkin ada yang beranggapan suami isteri tidak boleh bekerjasama nanti akan bermasam nmuka. Tetapi kami sebaliknya. Bukan sahaja saling bertukar pendapat, malah kami akan mengingatkan satu sama lain andai ada hal yang terlepas pandang.
“Selain itu, memudahkan kami untuk berurusan dengan orang luar. Tidaklah perlu tinggalkan anak atau suami di rumah. Sebaliknya ke mana saja kaki melangkah, kami bersama-sama satu keluarga. Ini juga membolehkan hubungan kekeluargaan lebih erat dan rapat,”ungkap Dyana sambil memberitahu Shah yang memilih DYXY, simbolik nama Dyana sendiri iaitu DY, manakala XY adalah jenama kegemaran Dyana sejak zaman remaja lagi.
Sehingga kini, produk DYXY bukan sekadar ‘meletup’ di pasaran Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei. Terbaru, produk DYXY mula memasuki pasaran di Indonesia. Justeru, pasangan sama cantik sama padan ini gigih merencanakan pelbagai strategi selain turut menggunakan pendekatan yang sama untuk memastikan produk ini diterima baik masyarakat di sana.
Angkut anak
Kesibukan ke sana ke mari atas urusan kerja bagaimana pun tidak menyebabkan mereka mengabaikan anak-anak. Sementelah ketiga-tiganya masih kecil. Shah Farrel Islam, enam tahun, Shah Dazrin Islam, empat tahun dan Shah Andrez Islam, empat bulan juga tidak banyak karenah dan seolah-olah faham akan situasi kerja ibu bapa mereka.
“Rutin harian kami sebelum keluar adalah menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Jika ada masa terluang kami akan bawa mereka bercui dan jalan-jalan. Malah, ada ketikanya jika perlu kami angkut sekali anak-anak untuk turut serta.
“Walaupun masih kecil, mereka tak banyak songeh dan faham, Tapi biasalah budak-budak ada masanya buat perangai juga, meragam dan merajuk jika ditinggalkan. Tetapi apabila cakap baik-baik, mereka boleh terima,” ulas Dyana yang turut membela kucing dan mereka satu keluarga sangat memanjakan kucing sehingga sanggup menyediakan bilik khas untuk kucing-kucing ini tinggal.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Beruntung dapat majikan pemurah. Begitulah rata-rata pengikut pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman meninggalkan komen positif pada video yang dikongsi di laman Instagram peribadinya.
Dalam video tersebut menunjukkan bagaimana Eina Azman meraikan hari jadi bibiknya, Mega yang genap berusia 25 tahun.
Selain memberikan kek, ibu kepada sepasang anak kembar ini turut menghadiahkan Mega seutas gelang emas. Mega yang terharu dengan sikap pemurah majikannya terus memeluk kegembiraan dan keduanya saling mengalirkan air mata kegembiraan.
Selamat Ulang Tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke 25 tahun. Terima kasih atas segala apa yang kamu berikan untuk keluarga saya🥺🙏🏻 Saya sedih sebab ni birthday mega yang terakhir sebelum mega balik ke acheh selepas 5 tahun berkerja dengan saya😭😭😭 mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh… Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu🥺 Post ni special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu❤️ Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel @eina_azman
Dalam posting tersebut, pelakon filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ini turut mendedikasikan ucapan untuk Mega yang bakal meninggalkan keluarga Eina untuk pulang ke kampung halamannya di Acheh.
Ternyata Eina begitu menghargai jasa baik bibik paling disayangi yang sudah lima tahun berkhidmat dengannya dan menganggap Mega sebagai pekerja serba boleh.
Netizen suka tengok bonding Eina & bibik
Rata-rata pengikut Eina Azman memberikan komen positif dan turut rasa terharu melihat hubungan rapat majikan dan pekerja. Mereka memuji Eina yang bukan sahaja hebat memasak bahkan sangat baik hati dan pemurah.
Dalam video tersebut turut melihat anak perempuan Eina, Arianna Aubrey turut bersama ibunya memeluk dan memegang muka Mega yang sedang menangis kesedihan kerana akan berpisah dengan keluarga majikannya.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah ini agak mencuit hati bila mana sang suami dikatakan ‘kantoi’ dengan isterinya yang terjumpa kasut wanita lain di dalam kereta.
Insiden yang berlaku pada Fairuz Fawzi ini membuatkan dia ‘kecut perut kerana dia tidak tahu milik siapa kasut berkenaan yang tertinggal di dalam keretanya.
Ini mencetuskan situasi kelam kabut tapi kelakar bila mana ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapanya turut memberi respond.
Awalnya tiada yang mengakui sehinggalah akhirnya adik perempuan Fairuz yang baru terbaca perbualan di dalam grup keluarga mengaku kasut itu miliknya.
Kasut ni punca aku tak cukup nafas pagi tadi. Bini tanya kasut siapa aku pun ingat kasut dia. Menggelabah tanya mak tanya semua orang siapa punya kasut. Tenang tenang je adik pompuan aku sorang lagi baru bangun cakap ini kasut dia. Bini gua muka dah tak macam orang dah.
Ingat adik adik perempuan jangan buat abang korang macamni. Silap silap abang korang ke mahkamah pakai songkok dgn spek mata hitam karang.
Kalau tinggal kasut,tudung waima pin tudung sekalipun tolong bagitau!!!!! Fitnah akhir zaman ni seram.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.