“Kerja Sakit 3 Serangkai. Tak Letih Tapi Mencabar.” Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Ambil Alih Tugas Isteri Di Rumah!

Share

Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai oleh setiap suami. Walaupun mungkin mereka cuma seorang suri rumah, tetapi besar pengorbanannya terhadap keluarga.

Dalam satu perkongsian, saudara Helmi Abu Bakar

berkongsi pengalaman mengambil alih tugas menguruskan anak dan rumah selepas isterinya dimasukkan ke hospital kerana bersalin. Akuinya, dua hari menggalas tugas dan tanggung jawab tersebut, barulah dia tahu betapa susahnya dan mengakui tak mudah melaksanakannya.

 

Salam dan hello

#stayathome

Dah 2 hari isteri aku kat hospital angkara bersalin.

Sedih nya lagi aku xbole jaga dia dan x dibenarkan melawat untuk kurangkan pergerakan.

Ini kisah nya.
2 hari juga aku mengambil alih tugas isteri.
Anak sulung aku 4 tahun usianya wanita.
Segala tugas sebelum di pikul isteri aku galas.

Ini rutin aku.
Dari basuh pinggan, terlungkup pinggan (yg ni aku paling tension).
Basuh kain, jemur kain, lipat kain. Ini aku panggil kerja sakit 3 serangkai. Ianya sngat menguji minda. X letih tp mencabar.

Dulu isteri aku pernah ajar bila nak basuh kene check poket dan sbgai nya takut kalau ada objek, lepas tu kene asing kan pakaian aku dan anak berbeza basuhan. Dan paling tricky kene tahu jenis sabun dan pewangi berbeza setiap basuhan. Arghhh mencabar nya.
Ini bab kain.

Belum sebut pasal masak lagi.
Hari pertama aku masak nasi goreng, rujuk YouTube dan acah2 buat live kat Fb nak canang kita power pada kenalan.
Niat dah riak nasi goreng hangus hasil nya.

Perangai Anak.
Bukak je mata anak aku dah buat hal. Kencing atas tilam. Aduh. Suruh mandi dia bergolek tunjuk perasaan, nak ummi mandikan. Aku punya radang rasa nak gugur jantung.
Breakfast aku masak fries dia nak soup.


Buat susu dia nak milo, dah siap milo minum depan TV layan upin ipin. Ckp minum kat meja takut tumpah. Belum habis cakap milo tersiram atas karpet.. Arghhh stress nye.
Mainan berselerak mcm perang dunia tambah lagi yg terpijak sakit mcm kene periuk api.(Rujuk gambar)

Baru 2 hari guyss.
Aku tertekan, rambut makin gugur.
Selama ni aku rasa mudah tugasan isteri aku di rumah. Pernah dulu aku terkasar bahasa kat dia ” kau buat apa satu hari kat rumah! “
Bentak aku pada isteri bila aku tengok sepah kat rumah dan hidangan belum sedia.
Aku menyesal.

Betapa hebat isteri yg jadi suri rumah ni.
Kerja mereka tiada skop. Selagi terbuka mata selagi itu ada saja kerja yg perlu diselesaikan.

Baru aku tahu betapa besar pengorbanan isteri aku. Dia nak makan luar aku tegah, dia nak ” me time” aku sekat nak hooray dgn rakan sebaya aku larang!

Nak bagi wang saku berkira, dia ajak bercuti aku culas, nak bayar dia insurans aku lewat,


Apatah lagi nak letak nama dia sbgai penerima hibah jauh skali.

Kalau ada di antara korang perangai mcm aku mari kita sama-sama perbaiki diri. Ni cara tegur diri aku jgk.

Kalau bini korang x sedap dah. Keluar sedikit wang bagi dia gi spa ke.
Jgn keluar cari perempuan lain. Hihi
Isteri yg jadi suri rumah adalah mulia.
Aku rasa kalau maid bole demand gaji pasti dia x bersetuju dgn gaji minima.
Kerja kat rumah ni bole tahan banyak nya.
Isteri kita je tabah.

Ya Allah adakah aku ketua keluarga yg x bertanggungjawab dan leka. Ampuni aku🙏.