“Kerja Rumah Ini Kerja Suami, Bukan Kerja Isteri.” Ceramah Ustaz Tak ‘Real’ Dalam Rumah Tangga Undang Kemarahan.

Share

“Kerja Rumah Ini Kerja Suami, Bukan Kerja Isteri.” Ceramah Ustaz Tak ‘Real’ Dalam Rumah Tangga Undang Kemarahan.

Semua pasangan yang berkahwin tentunya inginkan bahagian hingga till jannah. Namun untuk harmonikan perhubungan suami isteri perlu ada sikap tolak ansur ketika menguruskan rumah tangga trmasuk hal menguruskan kerja rumah.

Amalan sikap tidak berkira dan toleransi yang tinggi dalam rumah tangga akan menjadikan segala kerja rumah menjadi mudah. Suami isteri saling membantu, ini yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain.

Bagaimanapun kadang kala, baru-baru ini tular mengenai salah faham mengenai peranan suami dan isteri dalam rumah tangga.

Ini diluahkan oleh seorang warganet, menerusi facebook miliknya, Su Han Wen Shu meluahkan rasa tidak puas hati apabila seorang penceramah agama yang bergelar ustaz menjelaskan bahawa kerja rumah adalah tanggungjawab lelaki bukannya wanita (isteri).

Rentetan daripada luahan itu telah tular sehingga menerima 3 ribu tanda suka dan diulang kongsi lebih seribu kali!

Malah kenyataan ustaz itu yang dianggap tidak ‘real’ dan menimbulkan kekeliruan peranan suami isteri dalam rumah tangga turut mendapat komen-komen daripada warganet lain.

Seterusnya ikuti perkongsiannya. Moga kita muhasabah diri untuk memastikan rumah tangga bahagia mengikut lunas Islam.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Ustaz-ustaz:

Pagi ceramah kat Kodiang, petang ceramah kat Kluang, esok ceramah kat Sabak Bernam, minggu depan naik kapal terbang, pergi ceramah kat Kundasang;

Ustaz-ustaz sama:

“Kerja rumah ini kerja suami, bukan kerja isteri.”

Dah ustaz-ustaz ini pun sentiasa sibuk outstation, bila masanya mereka buat kerja rumah?

Cakap tak serupa bikin.

Lepas itu bila ceramah ini dikongsi di Facebook, berlambaklah isteri-isteri tak bersyukur tag suami masing-masing.

 

Kalau suami kau kerja ofis 9 – 6, Isnin sampai Jumaat, cuti Sabtu Ahad, aku fahamlah kalau kau minta suami tolong buat kerja rumah;

Dah ni suami kau kerja kelindan lori, kerja gudang, kerja pemandu lori, kerja construction, kerja angkat buah sawit kat ladang, balik rumah punyalah barai, pun kau nak tag dia kat Facebook, suruh dia buat kerja rumah?

Itu belum lagi suami yang siang kerja ofis, malam meniaga pasar malam; sebelum subuh jual kuih, pukul 9 pagi masuk ofis dan seumpamanya;

Ustaz-ustaz yang ceramah benda macam ini seronoklah, sebab ramai penonton mereka wanita;

Tapi mereka tak fikir kesan pada keluarga dan suami kepada golongan wanita ini yang bekerja keras di luar sana; mereka tak sedar ceramah mereka ini melahirkan golongan isteri yang tak bersyukur dengan pengorbanan suami untuk mencari nafkah.

Ironis juga ustaz-ustaz jenis ini selalu orang puji faqih, tapi tak pernah fikir kesan jangka panjang ceramah-ceramah mengarut mereka. Faqih apa bendanya camtu?

*Aku bukan anti kerja rumah; kat rumah aku jugalah yang jaga anak sakit, cuci pinggan, basuh, jemur lipat baju dan seumpamanya; cuma aku tak suka trend ustaz-ustaz buat ceramah macam ini; ustaz-ustaz ini lupa, bukan semua pekerjaan di luar sana semudah ustaz-ustaz ini yang sekadar berceloteh di Masjid.

Sekian.

Sumber: Su Han Wen Shu

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club