Kehamilan

“Kerja Pertama Setelah Tiga Bulan” Belum Habis Pantang, Shila Amzah Kembali Ke Pentas!

Share

Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah sudah pun kembali beraksi di atas pentas nyanyian.

Menerusi perkongsian di TikTok, ibu kepada bayi comel Rhea Akira ini dilihat sedang melakukan persiapan untuk mengadakan persembahan untuk sebuah majlis.

Menurut perkongsiannya, Shila membuat persembahan untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.

“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang. Bismillah, ayuh kita kayuh.

“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal la.

“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya,” tulis Shila menerusi kapsyennya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal penyanyi berusia 33 tahun itu yang kelihatan kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak.

Biarpun belum habis pantang, Shila dilihat cukup cergas dan sihat untuk Kembali ke pentas nyanyian.

Terdahulu, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

 

@shilaamzahofficial Kerja pertama setelah 3 bulan ❤️ Dari hujung trimester, bersalin dan pantang. Bismillah, ayuh kita kayuhhhh💪🏼 🇨🇳🇲🇾 #fyp
#work ♬ 음악시간 – BGM President

Menarik:  Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my