“Kerja Ni Bagi Kami Makan & Tempat Tinggal” Anak Berkeras Pakai ‘Uniform’ Ayah Ke Sekolah

Share

Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bulan lalu, banyak sekolah yang meraikan hari istimewa ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuklah tema kerjaya.

Pada hari tersebut, anak-anak bebas untuk memilih kerjaya yang mereka sukai dan harus memakai pakaian mengikut tema tersebut. Ada yang memilih kerjaya sendiri, malah ada yang menjadikan kerjaya ibu ayah mereka sebagai inspirasi.

Sama seperti anak ini yang memilih untuk menjadikan kerjaya ayahnya sebagai tema kerjaya pilihannya.

Perkara ini dikongsikan oleh ayahnya sendiri, Mohd Anuar di laman Tiktok miliknya yang dari awal menyuruh si anak untuk memilih pakaian seragam atau kerjaya lain, tetapi anaknya tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan.

“Hari kanak-kanak sedunia. Tema kerjaya.

“Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,” tulisnya di ruanga kapsyen perkongsian tersebut.

Jika diteliti pada ‘kostum kerjaya’ yang dipakai, bapanya merupakan kakitangan di sebuah majlis perbandaran di Perak.

Malah, anaknya juga turut mengatakan bahawa kerjaya ayahnya ini sumber kepada rezeki mereka sekarang.

“Alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….” tambahnya yang memuat naik beberapa foto anaknya yang lengkap berpakaian sama seperti dirinya ketika bertugas.

@md_anuar Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

Meninjau di ruangan komen, ramai memuji cara didikan si ayah yang berjaya mendidik anak yang baik pekerti seperti ini. Tak kurang juga pujian yang diberikan kepada si anak kerana tidak memandang kerjaya.

Sumber: @md_anuar