TAHUKAH anda, kajian mendapati manusia menghabiskan masa sekurang-kurangnya 90,000 jam di tempat kerja.
Persoalannya, adakah pejabat merupakan lokasi ideal untuk membantu kita menjadi individu lebih sihat dan ceria?
Jawapannya, ya sekiranya wanita dan lelaki bijak melakukan perubahan dan keseimbangan gaya hidup yang positif walaupun di pejabat.
Tip ringkas untuk kekal aktif dan bertenaga ketika bekerja.
1 Aplikasi gaya hidup
Enam tahun lalu, kira-kira 13 juta peranti yang dikeluarkan turut dilengkapi pelan yang membantu membimbing individu untuk mengamalkan gaya hidup sama ada di rumah, pejabat ataupun beriadah.
Antaranya ialah aplikasi kiraan langkah yang mengalakkan masyarakat berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari.
Ini termasuklah, aplikasi peringatan masa untuk minum air putih, kiraan kalori dan corak senaman ideal.
2 Makanan sihat
Lazimnya, lelaki tidak begitu menitikberatkan aspek pemakanan khususnya sarapan pagi. Tabiat tersebut harus diubah dengan segera.
Jangan terlalu kerap menikmati kopi panas dan kuih-muih yang dipelawa rakan sepejabat sebaliknya, bawalah bekal makanan sihat bebas garam dan perasa.
Kajian menunjukkan sebanyak 28 peratus individu yang memasak hidangan sihat di rumah kurang mengalami masalah bacaan indeks jisim tubuh tahap obesiti.
Pada masa sama membantu menjimatkan perbelanjaan makan di restoran.
Selain itu, simpan stok kekacang atau buah-buahan kering di meja pejabat berbanding makanan ringan yang akan menjejaskan produktiviti kerja.
3 Jus tanpa gula
Selain pengambilan air putih sebanyak tiga liter pastikan korang menikmati jus buah tanpa gula untuk kesihatan diri.
Elak minuman berkafein terutamanya pada waktu tengah hari. Ini disebabkan ia akan mengambil 10 jam untuk memproses 75 peratus kafein dalam badan.
Sumber: Forbes via sinarplus