Lama tidak melihat susuk tubuh ini muncul di kaca televisyen. Kalau dulu, lakonannya cukup dinantikan sementelah apa jua watak yang diberikan dibawanya dengan cukup baik sekali. Tidak hairanlah apabila dia menjulang anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 menerusi filem Janin.
Namun dunia glamor dan lakonan sudah ditinggalkan sejak enam tahun lepas. Kini, pelakon Eja atau nama penuhnya, Siti Sharizah Saifuddin lebih selesa menumpukan perhatian pada rumahtangga lebih-lebih lagi anaknya.
“Kalau diikutkan ini tahun ke 6 kak Eja meninggalkan dunia seni. Tumpu kepada keluarga, buat masa sekarang, rasa rindu nak kembali berlakon itu belum ada. Kak Eja sekarang gembira menjadi ibu rumahtangga sepenuh masa. Di rumah Kak Eja pun sudah tiada pembantu. Jadi Kak Eja yang menguruskan semua. SUPERMOM!
‘Membesarkan anak dengan tangan sendiri dan di depan mata, memberi kepuasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata – kata. Kerana Nur Eishal, kerana anak, Kak Eja rela jadi ibu rumahtangga sepenuh masa. Berkorban demi satu – satunya anugerah dari Allah ini. Moga Allah permudahkan semuanya,” ungkap isteri kesayangan Silahuddin Jamaluddin ini lagi.
Jujur mengakui masanya dihabiskan dengan mengaji namun kerana pandemik Covid-19, Kelas terpaksa ditangguh dan pengajian di Masjid tiada. Justeru, masanya banyak untuk melayari sosial media di instagram.
“Kak Eja memang duduk di rumah sahaja tetapi mengikuti perkembangan terkini. Jadi semua pun sakan dengan media sosial ni, Kak Eja pun join juga la. Tahu juga apa yang berlaku dengan pantas.
Ads
‘Waktu PKP pada kak Eja tiada masalah kerana sudah biasa di rumah. Cuma sedih tidak boleh meneruskan pengajian dan pergi majlis ilmu. Pergi masjid.
“Satu perkara besar yang Kak Eja belajar masa bermula nya PKP dan seterusnya dekat satu tahun setengah ni ialah MEMASAK. Macam – macam cuba. Layan YouTube. Lebih banyak masa di dapur. Kak Eja suka mengemas dari memasak sebenarnya.
“Semua perkara buat sendiri sekarang. Memasak, mencuci, mengemas, membasuh,menyidai, mengosok, mengemop, siram pokok. Semuanya. Tiada satu pun yang tertinggal. Itu semua exercise dan terapi. Penat tapi puas hati. Kumpul pahala katanya. Mudah – mudahan,’ ujarnya lagi.
Ditanya mengenai pembabitan anak tunggalnya Eishal dalam satu program televisyen sebelum ini, jelas Eja itu adalah satu program menagji untuk TV Al – Khadeem, khas untuk bulan Ramadhan.
“Al Furqan yang memilih Nur Eishal untuk kategori bawah 12 tahun bagi menyertai program khas Ramadhan untuk TV Al Khadeem. Itu merupakan program pertama dan juga sebuah program amal.
Ads
“Buat masa sekarang kami belum terfikir pun Eishal untuk ke arah itu (bidang seni). Biar lah belajar dulu, habiskan yang utama dulu.
“Kemudian baru lihat, di mana rezeki Eishal dalam pekerjaan. Moga Allah beri yang terbaik. Dunia dan Akhirat,” ulas Eja lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Sebagai ibu yang telah pun mengalami proses kehamilan beberapa kali, tentu sudah maklum akan kesan atau masalah kecantikan yang akan dialami setelah melahirkan anak.
Antara yang biasa terjadi kepada ibu selepas beranak atau dalam tempoh berpantang adalah seperti lingkaran gelap bawah mata, wajah berjerawat, kulit kusam dan tidak kurang juga ada yang mengalami keguguran rambut.
Semua ini terjadi kesan daripada perubahan hormon dan tidak dinafikan juga kerana biasanya ibu di dalam pantang kurang tidur dek kerana menjaga anak kecil siang dan malam.
Jika dibiarkan tanpa usaha untuk menjaga kecantikan diri, bimbang juga wajah tidak berseri selepas beranak.
Untuk itu, usah bimbang ada petua dan amalan yang boleh dijadikan rutin harian untuk mengembalikan semula kulit wajah yang berseri dan sekali gus menjadikan tubuh badan sihat.
Melalui perkongsian dari Mardziah Abdul Rahman via MAHN diharapkan dapat membangtu ibu-ibu untuk kembali cantik. Malah menurut Mardziah, minuman yang diamalkan itu juga berperanan sebagai menambah susu badan.
Ikuti perkongsiannya
“Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik n nak sihat…”-Mardziah
Bahan-bahan:
1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya
Cara penyediaan :
Rebus semuanya sampai kembang. Saya x letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.
Katanya lagi,
“Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, x dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga”.
sumber : Mardziah Abdul rahman Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak cantik dalam masa yang pantas memang bukannya senang. Selain harus menjaga disiplin diri, hati kena kuat. Lebih-lebih bagi seorang wanita bergelar ibu. Tapi dalam masa masa 2 minggu menjelang raya, masih sempat lagi kalau nak amalkan cara ni untuk cantik.
Walaupun sukar untuk berdiet, menjaga pemakanan yang sihat adalah yang perlu wanita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan sekaligus tampil cantik. Soalnya bagaimana?
Amal Detoks
Seharian makan bermacam-macam jenis makanan, ada baiknya anda lakukan detoks pada keesokkan paginya. Lemon dan buah-buahan sitrus lain antara yang patut anda amalkan.
Hiris kesemua buah di malam hari dan simpan di dalam peti sejuk. Minum keesokan harinya dan ulang setiap pagi. Mudah bukan?
Air Serai Kunyit
Air campuran herba memang baik untuk kita amalkan setiap hari. Bagi wanita, amalan air rebusan kunyit dan serai yang direnehkan bersama sedikit madu atau gula perang adalah minuman terbaik untuk dalaman wanita. Kena amalkan!
Campuran Air Timun
Kalau tak mampu berdiet sekurang-kurangnya wanita kena elakkan makan snek ringan. Apabila rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun.
Kisar sendiri dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini bukan hanya hilangkan rasa lapar tetapi baik untuk kesihatan.
Tolak Tepi Makanan Proses
Selain snek, elakkan sama sekali mengambil makanan berproses dengan kerap. Mungkin sesekali makan burger dari kedai makanan segera memadai.
Janganlah setiap minggu. Kalau di rumah pula jangan dibeli stok makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya. Elakkan!
Kapur vs Limau Nipis
Sesekali kalau anda rajin, sapukanlah adunan limau nipis dan kapur sirih yang diadunkan hingga sebati. Sapukan pada perut dan amalkan petua ini. Kalau rajin usaha insyaallah perut akan rata dan cantik seperti yang kita mahu. Jadi kenalah rajin.
Teh Halba
Petua amalan menggunakan air teh halba ini cukup baik untuk kesihatan. Jadi cubalah amalkan air rebusan ini bersama sedikit limau nipis. Tambahkan sedikit madu jika suka. Sihat luar dalam. Confirm cantik!
Selain amalan petua moden dan tradisional ini, menjaga penampilan adalah perkara yang wajib dilakukan oleh semua wanita. Biar baju tidak sentiasa berganti baru asalkan penampilan nampak kemas setiap masa. Bijak mengenakan suai padan pakaian serta kenakanlah sedikit solekan nipis ke wajah.
Tampil cantik bukan hanya untuk kita rasa lebih yakin tetapi juga untuk kerukunan rumah tangga. Cantik luar dan dalam pastinya buat suami suka!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...