“’Kerja Boleh Cari, Tapi Mak Tiada Ganti.” Demi Jaga Ibu Sakit, Lelaki Kerja “Offshore” Nekad Berhenti Kerja!

Share

Pengorbanan kedua ibu bapa membesar dan mendidik anak-anak dari kecil sehingga besar tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Kerana itu, anak-anak harus membalas segala jasa dan pengorbanan biarpun bukan itu yang diminta oleh ibu bapa.

Justeru, selagi ibu bapa masih hidup, berbuat baiklah kepada mereka. jangan sesekali lupakan pengorbanan mereka selama ini. Jika sebelum ini mereka bersengkang mata mencari rezeki dan sanggup berjaga apabila anak-anak sakit, kini apabila mereka sudah tua dan sakit giliran anak-anak pula berbuat demikian.

Demikian juga perkongsian seorang lelaki ini menerusi laman facebooknya. menurut saudara Faisal Rahimi,dia sanggup berhenti kerja demi menjaga ibunya yang mempunyai masalah kesihatan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Faisal mengambil keputusan untuk menjaga ibunya kerana memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan menjalani amanah yang telah diberikan oleh arwah ayahnya.

Walaupun dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, Faisal tetap bertekad untuk berhenti kerja offshore dan pulang ke kampung bagi berbakti kepada syurganya.

Pengorbanan berhenti keja..ambik keputusan jaga mak..bukan semua orang boleh buat..aku taw dalam kalangan kawan2 aku ada jaa yg lebih dari aku..orang gila tak buat keja gila..tambh2 musim keja susah sekarang nie..tak pa..

keja boleh cari..mak sorang tiada ganti..walaupon kena beletiaq..itu normal..adik mintak maaf mak..walaupon tak seperti orang lain..kereta sendiri xdak..rumah sendiri xdak..apatah pasangan dan simpanan byk..tak apa mak..cukup untuk kita makan..aku redha..tanggungjawab..amanah arwah ayah bagi..aku jalankan.

 

Semoga dipermudahkan urusan Saudara Faisal untuk menjaga syurganya sehingga sebuh seperti sedia kala. Inilah yang patut dicontohi oleh anak muda zaman sekarang. Harta dan wang ringgi boleh dicari tetapi kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu tiada galang gantinya.