‘Kerja’ Asyik Mengutip Mainan Anak Tak Akan Berulang, Bila Praktis Tip Daripada Cikgu Ni!

Share

Rasanya sudah berbuih mulut menegur anak-anak malah banyak kali juga terpaksa menjerit bila kita terlihat mainan yang bersepah-sepah di lantai selepas mereka bermain. Namun seakan anak-anak ini tidak ambil pusing amarah kita dan akhirnya kita jugalah yang terpaksa ‘bekerja’ kutip dan susun kembali agar terlihat kemas. Kalau dibiarkan sakit mata pula kita melihatnya.

Tapi sampai bila kita harus buat perkara yang sama? Apa agaknya tip yang berkesan untuk pastikan masalah ini tidak berulang lagi.

Jom praktis apa yang Cikgu Safra ini lakukan untuk anak-anaknya dirumah. Ternyata usahanya itu berjaya! Jom semak.


Kemas  Sepah  Kemas  Sepah. Mesti ramai ibu-ibu lalui pengalaman ‘Menarik’ macam ni kan… Pagi ni Ticer Safra nak kongsi:

7 CARA BUAT ANAK KEMAS SEMULA MAINAN SELEPAS MAIN

1) Pamerkan mainannya

Susun cara penyimpanan mainan dengan mempamerkan mainan-mainan tersebut. Anak pasti akan rasa teruja melihat susunan mainannya seperti di kedai mainan.

2) Label

Anda boleh memudahkan tugasan anak-anak menyimpan mainan dengan melabelkan mainan mereka dengan warna, nama atau nombor. Ini memudahkan mereka meletakkan mainan mereka di tempat yang disediakan.

3) Mudah capai

Pastikan tempat simpan mainan anak-anak disusun mengikut ketinggian anak. Ini memudahkan anak mengambil dan menyimpannya semula.

4) Kotak/bekas jernih

Anda juga boleh menyimpan mainan anak-anak di dalam kotak atau bekas yang jernih. Ini memudahkan anak melihat apa yang ada di dalam kotak mainan.

(Ticer Safra belasah je storage jernih ataupun tidak tepi setiap storage pastikan ada label .)

5) Ruang mesti ada

Apabila anda menambah mainan anak, pastikan mainan tersebut ada ruang penyimpanannya.

6) Simpan bersama-sama

Sebagai permulaan, anda boleh membantu anak menyimpan mainan mereka di tempatnya secara bersama-sama. Teknik ini membantu anak untuk faham arahan yang diberi.

(Ticer memang apply tips ni dan alhamdulillah it’s work . Bagus anda mulakan dari awal daripada hari-hari meroyan anak dah besar tapi masih tinggalkan tuala basah di katil selepas mandi)

7) Motivasi
Anak-anak memerlukan motivasi supaya sentiasa fokus terutama pada aktiviti atau peraturan baru yang diperkenalkan. Berikan mereka pujian apabila mereka mengemas permainan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Monalisa Harun Chong