Daun parsley ini antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti serta sebagai hiasan sajian yang istimewa.
Manakala aromanya yang segar memberikan rasa hidangan menjadi lebih berempah dan enak untuk dinikmati.
Salmon Grill
Spagetti aglio olio yang cukup menyelerakan.
Jadi tidak hairanlah, bagi penggemar masakan Barat pasti akan sentiasa ada stok daun parsley di rumah.
Namun bagi kita yang sekali sekala menyediakan masakan Barat sepertinya itu, apa perlu dibuat jika terdapat lebihan daun parsley ini?
Ketahui cara terbaik untuk menyimpannya sebagaimana yang dilakukan oleh Mamak Haji di dalam facebooknya yang sudi berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan parsley kering. Jom semak!
Ads
Langkah Demi Langkah
1. Leraikan daun parsley daripada tangkainya.
Ads
2. Cuci dan keringkan seketika.
Ads
3. Masukkan di dalam oven dan keringkan. Jangan sampai terlalu garing.
4. Hancur-hancurkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kuih Bom antara menu yang boleh disediakan buat sarapan mahupun minum petang. Cukup simple dan tak banyak bahan. Tapi adakalanya tersalah bancuhan menyebabkan kuih ini menjadi keras dan liat.
Untuk ibu-ibu cuba nanti, bolehlah tengok resipi dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha . Selamat mencuba!
Moh la kita main bom petang ni🤭😂…jemput minum geng, kuih bom 💣💣je petang ni..yang pasti lembut gebu,bukannya keras boleh meletop baling ke dinding🤣🤣resepi nanti saya edit,nak minam dulu 😆😆
Alangkah sedapnya jika menikmati Lasagna yang mempunyai rasa pedas, pekat, creamy dan penuh cheese. Apatah lagi jika dimasak sendiri untuk dimakan bersama seisi keluarga, pasti puas hati.
Ditambah pula dengan ragam anak-anak kita yang begitu mudah terasa lapar tidak kira waktu. Kadang-kadang buntu juga kita untuk sediakan menu yang cepat disediakan, mudah dan dalam masa yang sama nampak istimewa di mata anak-anak.
Jadi inilah dia pilihan menu yang sangat-sangat praktikal untuk disediakan. Andai masih tercari-cari resipi yang dijamin sedap rasanya, apa kata kita mencuba menu yang dikongsikan ini.
“Saja nak share resipi bergambar cara-cara buat Lasagna tapi ni cara sayalah, I’m not Italian so ini bukan la cara yang original macam depa buat, but who cares? Janji sedap dan boleh makan banyak-banyak sebab buat sendiri kan! Heheheheh….”
Bahan-bahan
500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (saya pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je, jimat)
3 sudu tepung gandum
1.Tumis bawang yang di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dengan garam dan spices yang anda ada.
4. Untuk masak white sauce, cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul-ketul.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jangan lama sangat kalau tak nanti hancur. Saya celup dalam air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sebab nanti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7.Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yang sama hingga habis. Akhir sekali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.
Kuih tradisional Melayu sememangnya antara makanan harian yang sangat popular terutamanya karipap. Karipap yang berasaskan tepung dan berintikan kentang, ayam, daging atau sardin itu sangat diminati oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia. Tak kira tua atau muda, karipap juga antara menu wajib ada di bulan puasa.
Salah satu jenis karipap yang menjadi kegilaan orang ramai adalah karipap pusing kerana tekstur kulitnya yang rangup dan seperti pastri. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan kulit karipap pusing yang cantik dan rapuh kan?
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini. Katanya resipi ini resipi turun temurun daripada ibunya. Jadi, kepada anda yang sudah lama berhasrat nak buat karipap pusing yang mudah dan sedap bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Karipap Pusing Rangup
Bahan-bahan:
Bahagian karipap:
Adunan Pertama :
1kg tepung gandum
2 sudu besar gula
450 gram air
1 setengah sudu kecil garam
1 biji telur gred B
2 sudu besar tepung jagung
Adunan Kedua:
500 gram tepung gandum
300 gram marjerin
1 sudu besar lemak sayur
Inti:
3 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
Segengam daging atau ayam dipotong dadu (lagi banyak lagi sedap)
Satu paket rempah kari
3 sudu besar lada kering kisar
Setangkai daun kari atau daun bawang
1 kilogram ubi kentang dipotong dadu
Cara Penyediaan:
Bahagian Karipap:
– Campurkan bahan-bahan adunan pertama. Uli sampai jadi doh.
– Campurkan semua bahan – bahan adunan kedua . Uli sampai doh.
– Bahagikan dan bulatkan kedua2 doh ni menjadi 12 biji. Means adunan pertama – 12 biji. Adunan kedua – 12 biji.
– Leperkan doh adunan pertama.
– Masukkan doh adunan kedua. Adunan kedua ni tak perlu dileperkan.
– Bulatkan dan canaikan. Gulung. Gelekkan sekali lagi & gulung sekali lagi.
– Potong ikut dalam gambar.
– Leperkan, masukkan isi inti, kelimkan bahagian tepi.
– Kalau nak buat frozen bakar sekejap dalam 10 minit dalam oven.
Inti: ( buat awal sebelum buat bahagian karipap)
– Masakkan kesemua bahan inti dan masak sampai empuk ( dalam 30+ minit). Satu adunan dapat dalam 50 biji atau lebih.