Keringkan Daun Inai Cara Ni, Makin Elok & Cantik Warna Inainya!

Share

Berinai bukan sahaja untuk pengantin, bahkan kita kaun wanita ini tidak dinafikan suka sangat berinai kuku untuk nampak cantik.

Selain itu penggunaan inai daun dikatakan bukan sahaja warnanya lebih menarik, malah kekal lama bahkan bagus untuk merawat masalah kuku.

Oleh itu, untuk yang ada menanam pokok daun inai, rupa-rupanya ada proses yang kita boleh buat untuk  membuat stok daun inai agar dapat disimpan lama.

Cara ini juga dalam masa yang sama dapat memudahkan untuk dipakai pada bila-bila masa dengan terjamin warna inai tersebut lebih cantik dan elok warnanyanya.

Nak tahu lanjut, begini cara yang dikongsikan oleh Dell Desi. Jom semak untuk kita tambah ilmu.


Alhamdulillah.. Di buat sewaktu pkp bermula.. Siapa yang ada daun inai terlalu lebat daunnya, boleh lah di buat begini.. Proses mengambil masa anggaran 3 minggu ikut cuaca. Caranya mudah saja..

Petik daunnya dan keringkan di tempat redup dan kering.. Jgn sekali terkena matahari.. Keringkan sehingga daun betul2 kering..

Dh kering , ayak kan. Cari mata pengayak yg kasar. Agar daun yg halus2 gugur dan buang.

Ambil daun yg besar2 je utk kualiti warna yg cantik pada kuku.. Setelah ayak , kisar kan dgn pengisar kering.

Selepas di kisar , ayak lagi. Ambil serbuk yg halus dan buang yg kasar2 dan tulang daun.. Dah siap.. Simpan di suhu bilik utk tempoh yg lama. Boleh juga di jual jika suka..

Cara utk mendapatkan inai yg cantik dan menarik warnanya , satukan serbuk inai bersama air teh pekat.

Teh timbang kilo sgt sesuai atau mana2 serbuk teh. Kalau jenis uncang , beli yg jenis kaw2.. Di gaul bersama sedikit nasi yg di lenyek dan sedikit limau kasturi..

Guna semalaman atau sehingga mendapat warna yg di inginkan.. (Inai ini adalah cara2 org dulu2 guna inai) yg x sanggup buat , beli je yg segera.

 

sumber : Dell Desi via Kebunku Duniaku