Kereta Tenggelam Akibat Banjir, Buat Begini Untuk Pastikan Kos Repair Dapat Dikurangkan!

Share

Kejadian banjir yang melanda di beberapa buah negeri ketika ini pastinya mengundang rasa simpati buat kita semua.

Selain rumah dan barang-barang berharga  ditenggelami air, terlihat juga banyak kenderaan tersadai akibat ditenggelami air malah ada yang dibawa arus yang deras. Pastinya jika dihitung kerugian yang ditanggung, nilainya bukan sedikit.

Pun begitu sebagai info bersama, ada beberapa langkah boleh kita lakukan diperingkat awal bagi mengurangkan kerosakan kenderaan akibat ditenggelami banjir dan sekali gus mengurangkan kos baik pulih. Ini sebagaimana perkongsian daripada Team Automotif GIATMARA Bentong.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

Kami Team Automotif GiatMara Bentong Pahang, mencadangkan SOP kenderaan semasa musim banjir :

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta – supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada sistem elektronik.

2. Kenal lokasi ECU (Electronic Control Unit) untuk Engin Management control – Tanggalkan dan simpan ditempat selamat.

3. Tutup Exzos pipe supaya tidak dimasuki lumpur.

* Dengan SOP ini kos repair dapat di kurangkan sekiranya kereta tenggelam 100%.

* Sekiranya air banjir dah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat.

* Jika perlu nasihat teknikal, hubungi kami di GiatMara Bentong.

Sumber : En Aizat