“Kereta, Rumah & Duit Pun Tiada Ketika Itu.” Throwback Zaman Susah, Shuib Sepahtu Kongsi Rahsia Bahagia Rumah Tangga!

Share

Bukan semua artis hidup mewah seperti yang disangkakan oleh sesetengah masyarakat. Ada antara mereka terpaksa melalui pelbagai kesusahan sebelum hidup senang lenang seperti sekarang.

Itu antara yang dikongsikan oleh Shuib Sepahtu dan isteri Siti Sarah Raisuddin dalam satu sesi bersama DJ Nas.

Jom ikuti perkongsian tersebut.


“Saya tiada kereta, saya tiada rumah, duit pun tiada ketika itu,”. 

Itu antara cerita awal Shuib tatkala mengimbas kembali perjalanan dia mengenali Isteri tercinta, Siti Sarah hingga membawa mereka ke jinjang pelamin dan berjaya seperti sekarang.

“Saya kenal sarah melalui majalah, tv dan pernah ambil gamabr dia dengan mak saya. Kemudian apbila saya masuk raja lawak, saya bertemu dengan Sarah untuk satu sitcom dan dari situ kenal dia.

“Proses perkenalan terlalu singkat dan cepat. Tiba-tiba saya ambil keputusan untuk akhiri zaman bujang padahal waktu itu saya tiada apa-apa. Saya baru nak bangunkan kerjaya dan show pun tak ada. Saya tiada kereta, rumah dan duit,”ujar Shuib.

Pernah bekerja di bazar ramadan dengan membakar ayam, Shuib juga pernah tangkap ayam dan hantar ke rumah pelakon terkenal Rosyam Nor.

“Kesusahan paling saya ingati ketika masuk rumah yang kecil dengan hanya satu sofa, katil dari rumah lama. Waktu berbuka puasa, makan atas tikar kecil sebab tiada meja makan.

“Apabila dapat anak pertama, saya nak memenuhi maksudnya nak anak pertama senang. Saya ingat waktu nak bayar untuk isteri bersalin, anak sulung paling struggle memandangkan bersalin melalui pembedahan.

“Waktu beranak saya happy tetapi lepas beranak saya pening kerana tak cukup duit. Bila cucuk duit banyak yang tak cukup. Tapi alhamdulillah kawan-kawan banyak tolong,” cerita Shuib lagi.

Tambah Siti Sarah pula, selepas bernikah baru dia jatuh cinta dengan suaminya. Pernah sebelum ini menerusi perkongsian di laman instagramnya, Sarah mendedahkan kepada dia memilih Shuib sebagai suami.

“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.

“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??.

“Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.

” Dia ada sifat dan keperibadian dia yang mana tak malas. Dia malu kalau tak ada apa yang disediakan di atas meja untuk keluarganya. 

“Untuk kekalkan kebahagian adalah apapun keputusan serahkan pada Shuib kerana saya sedar saya seorang isteri. Jangan pernah persoal tanggung jawab masing-masing.

“Kena tahu dan jalankan tanggung jawab sendiri. Kena luang masa dengan suami tanpa anak-anak,” ujar Sarah lagi tatkala ditanya mengenai prinsip yang diamalkan dalam rumah tangga,” ujar Sarah lagi.

Pada zaman media sosial, lumrah orang berkongsi apa sahaja di laman tersebut lebih-lebih lagi mereka yang bergelar selebriti. Termasuklah pasangan ini, namun Shuib menggunakan platform tersebut untuk berkongsi benda-benda positif.

“Saya suka guna media sosial untuk perkara positif kerana ia adalah satu power yang boleh mempengaruhi banyak orang.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber: Gegar & IG sitisarahraissuddin