Usahawan kosmetik terkenal, Eryica Baiduri atau popular dengan panggilan Madammu teruja dengan hadiah sebuah kereta mewah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh.
Menurut Madammu, suaminya yang lebih mesra dikenali sebagai Tuan Penasihat (TP), memberikan hadiah tersebut bersempena dengan kelahiran bayi sulung mereka baru – baru ini.
“Hadiah bersalin dan berpantang katanya!” tulis beliau di keterangan postingnya di Instagram baru – baru ini.
“TP tahu Madammu tak drive jadi dia beli ini untuk siapa sebenarnya?
“Video penuh di next episode Diari Madammu pada Sabtu ini iaitu 24 Jun, jam 10 malam,” kongsinya juga.
Madammu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya berserta foto kereta mewah yang berwarna putih.
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan dia wanita bertuah dan meminta untuk menimang cahaya mata lagi.
“Ini kalau pregnant lagi boleh dapat rumah lagi sebuah ni Madam,” komen seorang warganet.
“Madam beranak lah lagi sorang,” usul netizen lain.
Bagaimapun, Madammu tidak berdiam diri dan membalas rata – rata komen pengikutnya itu.
“Cukup, cukup sudah… cukup sampai sini sahaja. Cukuplah 4 orang (termasuk anak tiri). Alhamdulillah dah,” jawab beliau.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Tuan Penasihat duda anak tiga di usia 25 tahun selepas menamatkan pengajian universiti. Tiga orang anak tirinya, Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Sumber: Instagram Madammu
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club