Kereta Meletup: “Saya Bersama Dua Anak Berlari Sejauh 50 Meter Untuk Menyelamatkan Diri.”

Share

Insiden kereta meletup dan terputus dua sehingga mengorbankan pemandunya dan melibatkan 5 buah kereta lain yang berada berhampiran dengannya.

Malang tidak berbau, tiada sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku. Kejadian letupan yang kuat berlaku di Kampung Sireh, Kota Bharu kira-kira pukul 7 petang pada 21/5/2021 turut memberi kesan kepada kenderaan lain.

Noor Aslinda (tengah) bersama Nur Anis (kanan) Muhammad Aiman menunjukkan SUV Honda CRV mereka yang rosak akibat letupan. Foto: Sumber Harian Metro

Menceritakan detik cemas puan Noor Asninda Zakaria, 39 antara mangsa dalam kejadian letupan itu melahirkan rasa syukur dapat menyelamatkan diri bersama dua anaknya.

“Saya bersama dua anak berlari sejauh 50 meter untuk menyelamatkan diri apabila salah sebuah kereta yang berada di belakang kami terbakar sebelum meletup.”

BERGEGAS KELUAR 

Menurutnya lagi, ketika kejadian beliau memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV, ketika berhenti di lampu isyarat, dan terlihat di cermin sisi terdapat kereta di belakang mereka terbakar dan terus meletup.

“Ketika letupan itu, kami masih berada di dalam kereta dan bergegar keluar dalam keadaan kelam kabut serta berkabus disebabkan kepulan asap kerana bimbang kereta lain pula akan meletup.”

LAUNG ALLAHUAKBAR

Dalam keadaan kelam kabut menyelamatkan diri, mereka melaungkan Allahuakbar akibat terkejut dengan apa yang dilihat di depan mata.

“Ketika berlari itu Muhammad Aiman tidak berhenti menyebut Allahuakbar kerana terkejut dengan insiden secara tiba-tiba itu,”

TRAUMA 

Tidak dinafikan kejadian itu telah memberi impak kepada dirinya sehingga mengalami gangguan kesukaran untuk tidur ekoran masih trauma dengan insiden letupan itu.

Sumber: Harian Metro