Lelaki warga emas hilang lebih dua minggu, kereta ditemui terbakar, ada pindahan wang ke akaun pihak ketiga. Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.
Lelaki Warga Emas Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Ditemui Terbakar, Ada Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.
“Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.
“Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah,” katanya.
Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.
“Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang,” katanya.
Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).
“Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.
“Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja,” katanya.
Ads
Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.
“Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai,” katanya.
“Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin),” katanya.
Terdahulu, berita kehilangan Sabari itu dikongsikan sendiri oleh anaknya @syilla_syilla menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram.
Dalam perkembangan terbaharu, @syilla_syilla turut memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan ‘total lost’ dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah.
Ads
“Kereta ayah dah ditemui. Kereta dibakar. Area Pulau Belatik. Tapi ayah tak ada dalam kereta,” katanya.
Setelah lama bersendirian, keputusan penyanyi popular Indonesia untuk melangsungkan pernikahan pada awal Disember ini mendapat restu keluarga allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
Menurut petikan Hops. Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair serta keluarga dikatakan sudah pun memberi keizinan buat Bunga malah menyokong hasrat baik ibu cantik manis itu untuk berumahtangga.
Malah ibu mentua yang cukup disayangi itu turut menitipkan pesanan buat Bunga agar segalanya berjalan lancar malah lebih baik buat dirinya.
“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Alah, agar tetap kuat, sihat, bahagia dan bersyukur,” tulisnya.
Ada juga khabar angin yang menyatakan Bunga telah pun membawa bakal suaminya, Tiko Wardhana untuk berkenalan bersama keluarga Ashraf pada hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Sebelum ini kecoh mengatakan Bunga bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Tiko Wardhana yang merupakan seorang duda anak tiga pada Disember ini di Bali.
Terdahulu, Bunga dan arwah suaminya, Ashraf Sinclar mendirikan rumah tangga pada 2008. Pasangan ini dikurniakan dengan cahaya mata lelaki, Noah Aidan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Jika sebelum ini Pelakon Siti Elizad kembali ada membuat rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata, namun kemudiannya mengambil keputusan berhenti buat seketika.
Terbaru menerusi laman instagramnya, Elizad berkongsi beberapa keping gambar dia menyambung kembali rawatan tersebut.
Menurut Elizad selepas menjalani rawatan, doktor menasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti lasak.
“Kembali untuk jalani rawatan IVF saya, ini baru sesi yang pertama. Selepas dua minggu tidak ada lagi aktiviti lasak doktor cakap.
“Doakan kami ya. (Jadi dua minggu dari sekarang boleh jalan-jalan, vroom-vroomcuti sana sini lagi, lepas tu kena simpan vroom- vroom buat perhiasan,” tulisnya.
Selain wajib mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor ketika sakit, tak salah jika anda mencuba cara tradisional pula untuk lebih mempercepatkan dan meredakan masalah yang anda hadapi.
Limau kasturi antara salah satu bahan utama yang sangat membantu dalam beberapa masalah. Antaranya seperti masalah batuk, demam serta beberapa masalah sampingan lain yang berjaya dipulihkan dengan bahan yang satu ini. Jom cuba.
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.