Lumrah bagi segelintir orang yang memiliki kenderaan kecil dikatakan tidak berharta atau tidak berjaya.
Namun hakikatnya kini, ramai yang lebih suka memilih kenderaan kecil berbanding besar akibat beberapa faktor antaranya parking kereta yang terhad dan kesesakan jalan raya.
Sebagaimana yang dinyatakan dengan perkongsian ini. Dengan ini penjelasan ini, usah kita perlekehkan mereka yang memilik kereta kecil.
KERETA UKURAN KEJAYAAN
1. Ramai melihat kereta ukuran kejayaan, tak kurang juga yang kata itu lambang kekayaan.
2. Tak salah mahu membeli kereta, jika itu memang keperluan kita.
3. Alangkah bagus memiliki kereta, jika turut memiliki rumah dan juga harta.
Info gambar:
Ini adalah suasana rumah jiran kami. Pasangan tua suami isteri di rumah ini selalu menegur anak-anak di waktu pagi sewaktu berjalan kaki ke sekolah.
Barangkali di kala usia tua ini, mereka memerlukan teman untuk berbual. Ditambah pula anak bongsu saya yang sangat peramah sehinggakan jiran ini sanggup membelikan ‘jajan’ buat anak-anak.
Di rumah ini terdapat 2 buah kereta kecil atau lebih dikenali sebagai keijidousha (軽自動車). Ada juga mengkelaskan kereta kecil ini sebagai K-cars (compact cars).
Keijidousha sangat mudah kelihatan dan sering menjadi pilihan warga di sini. Bahkan jika pergi membeli-belah, terdapat beberapa premis perniagaan menyediakan tempat letak kereta khas bagi kereta-kereta dalam kategori keijidousha ini.
Sebelum terlupa, perkataan keijidousha merujuk kepada ‘kei’ (compact/light), manakala ‘jidousha’ (kenderaan). Kebiasaannya, keijidousha berukuran 3.4 m x 1.24 m (11.2 x 4.9 kaki) untuk muatan 4 orang dewasa dan dibawah 660 cc.
Di sekitar kawasan kejiranan, ramai jiran-jiran Jepun saya memilih keijidousha ini. Pemilihan kereta kecil ini bukan disebabkan mereka tidak kaya atau kurang kemampuan. Tetapi, disebabkan faktor ruangan ‘parking’ yang terhad.
Atas sebab itu, ia merupakan satu kesilapan besar jika kita masih melihat kereta kecil atau besar sebagai ukuran kejayaan ataupun itu lambang kekayaan.
Bagi mereka yang berkereta kecil, percayalah apa sahaja pilihan jenis kereta kita nanti akan ada orang yang mengata. Usah didengari atau fikirkan apa yang ‘orang kata’. Usah juga berterusan menjalani kehidupan berdasarkan apa yang orang akan kata.
Pedulilah apa yang orang hendak katakan! Paling penting jika kita memilih keijidousha pun kita tidak susah! Boleh juga katakan pada mereka, “Keijidousha: Ada Aku Kisah!”
Sekadar perkongsian dari kejauhan.
Sayonara! Sampai jumpa lagi.
Sumber: Isma Addi Jumbri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club