Biasanya Terung dimasak bersama bahan lain di dalam kari mahupun digoreng sambal. Tetapi apa kata ibu-ibu buat kerepek sebagai kudapan untuk si anak. Caranya cukup mudah tetapi sedap. Bukan anak-anak je layan, ibu bapa pun pasti suka ni.
Kerepek Terung Perkongsian Wan Muhammad Hafiz Satar
“Bila tengok bekal anak pepagi.. ramai gak yang tanya baba camna baba ajar anak makan sayur.. Sebenarnya bebudak ni dari kecik lagi baba ajar makan sayur dan salah satunya buat kudap-kudapan diorang dengan bahan berasaskan sayur macam untuk makan petang hari ni baba buatkan KEREPEK TERUNG. Memang sedap rangup-rangup.
Sekejap je abis. Bahan-Bahan:
Terung (Pastikan terung yang keras.. Yang lembek tak jadi ya).
Garam
Kunyit
Tepung Jagung
Serbuk Cili Cara Nak buat senang je..
Ads
1. Potong terung nipis-nipis.
2. Tabur garam, serbuk kunyit gaul-gaul.
3. Pastu tabur tepung jagung bagi dia bersalut dengan terung tadi.
4. Nak pedas saya tabur serbuk Cili.
5. Pastu boleh lah goreng.
Kalau Ada tepung bestari Lagi sedap.. tak yah dah garam, serbuk kunyit dan tepung jagung tu.
Ads
Ads
**Tepung tak perlu bancuh air.. Tabur je sebab nanti air yang Ada pada terung akan lekatkan tepung tadi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat minum petang untuk anak-anak sesuai resipi ni. Bukan je mudah nak buat malah sedap pula tu. Kalau dulu nak buat bahulu kena sediakan tempat bakar, sabut dan sebagainya tapi dengan resipi ini tak perlu susah-susah.
Hanya guna sandwich maker semua kerja ibu-ibu menjadi senang, gebu dan sedap pula tu. Selamat mencuba!
Belek2 dlm album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker 😁 senang x pyh nak kluar sabut bakar 😂 saya edit kat sini jelah ye Saya guna blender je
Umumnya di dalam keluarga, kita sering menghantar mesej antara satu sama lain untuk berkomunikasi, bertanya khabar mahu pun beri pesanan dan sebagainya. Tidak dinafikan juga, melalui hantaran mesej itu boleh membuatkan kita terasa dekat dan diingati selalu. Apatah lagi andai mesej daripada ibu ayah dan anak-anak yang disayangi.
Namun lain pula kisahnya terjadi pada keluarga ini, apabila di suatu pagi seorang anak yang dikenali sebagai Munirah Ezuddin menerima mesej daripada ibunya dengan ayat yang buat mereka adik beradik tergamam.
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21, ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin, hari ini.
Difahamkan menurut laporan myMetro, Munirah adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, di sini.
Tak Sempat Merasa Tinggal Di Rumah Baharu
Munira berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, di sini, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.
Munirah berkata, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bila ada sejarah dalam keluarga mengidap penyakit kencing manis, ada baiknya sesiapa pun lebih berwaspada dalam penjagaan kesihatan. Jangan tunggu hingga kaki terlihat bertompok-tompok hitam. Itu semua petanda serius!
Memahami maksud disebalik timbulnya kesan tompokok tersebut, Doktor ini jelaskan dengan detail.
Pengidap Kulit Klaros, Tolong Baca Pesanan ini!
Jika anda pesakit Kencing Manis, janganlah tunggu kaki jadi klaros seperti ni. Tompok-tompok hitam seumpama kulit ubi stelo (keledek) yang rosak adalah akibat dari Kencing Manis yang tidak terkawal. Klaros adalah dialek Kelantan yang paling tepat diberikan terhadap perubahan warna kulit itu.
Apa yang berlaku adalah, sel-sel melanin yang membina kecerahan kulit mereput dek kerana tindakbalas gula yang tinggi.
Selain dari sel-sel melanin, sel-sel saraf kulit juga terlibat. Dalam masa yang sama, akibat dari komplikasi kerosakan buah pinggang, hemosiderin yang sepatutnya dikumuhkan dari badan akan turut berkumpul di lapisan kulit. Warna Klaros akan semakin jelas kelihatan.
Pesakit Kencing Manis manis akan kelihatan tidak cantik akibat fenomena ini. Mereka akan cuba pelbagai cara untuk melindungi kulit kaki dari dipandang awek. Namun tidak akan berhasil kecuali mencegahnya sedari awal.
Kajian mendapati, kulit Klaros (Diabetic Dermopathy) adalah manifestasi kepada komplikasi Kencing Manis yang teruk.
Jika kulit sudah jadi klaros, menunjukkan bahawa pesakit tersebut sudah pun mempunyai komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf dan kerosakan urat mata. Lebih menyedihkan kajian mendapati separuh dari mereka (53%) boleh dikesan mempunyai sakit jantung! Menggerunkan..
Semua komplikasi ini berlaku secara senyap. Mengambil masa bertahun tanpa disedari akibat dari kedegilan pesakit.
Justeru, bertindaklah dengan segera sebelum terlambat. Dengarlah nasihat dari doktor yang ahli apabila anda menghidap penyakit kencing manis. Ambil ubat, jaga pemakanan dan kekal gaya hidup sihat adalah kunci utama.
Jangan mudah cair bila penjual produk sampah mula memujuk anda walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pejuang kesihatan sekalipun.
Kami yang berada dibidang perubatan ini tidaklah terlalu ego menggelarkan diri sebagai ahli pun. Tetapi setidak-tidaknya boleh memberi pilihan konsultasi kepada anda untuk menuju taraf kesihatan yang lebih baik bersandarkan kepada bukti-bukti kajian seluruh dunia. Bukannya testimoni sendiri yang syok sendiri melalui testimoni para agen yang ingin meningkatkan jualan!
Kesihatan ni anugerah paling berharga dalam hidup, tapi kadang-kadang kita lupa nak jaga sampai datang rasa tak selesa atau jatuh sakit. Sebenarnya, makanan yang simple pun boleh bantu tingkatkan kesihatan kalau kita tahu manfaatnya. Salah satu bahan yang underrated tapi penuh khasiat adalah kaki ayam.