
Bila ditanya pengalaman membeli kerepek pisang, mungkin ada yang pernah terbeli kerepek yang keras rasanya dan tidak enak dimakan.
Ada juga rasa kerepek yang kita beli, tawar dan tidak kurang pula termasin rasanya bila dimakan namun rangup pula bila dikunyah.
Tidak puas hati dengan kekurangan rasa tersebut, jom buat sendiri dan ini rahsianya untuk mendapatkan rasa rangup sempurna dan keenakan rasa yang tersendiri.
Jom semak perkongsian Rosmelato Nazri via MAHN
Kerepek pisang gerenti RAPUH & RANGUP, inshaAllah. Nak petua macam mana nak buat kerepek pisang jadi rapuh & rangup ?
Sebalang makan sorang pun tak perasan dah habis..
cuba petua ni..
Masa menggoreng, campakkan sekali sesudu MARJERIN & AIR GARAM
Ini hasilnya
Air garam tu letak sikit pewarna kuning utk cantikkan sikit warnanya.
Selamat mencuba
Temui Karnival Pendidikan Sinar Bestari September Ini! Kenali Dunia Pendidikan Berasas Digital

Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor bakal berlangsung bermula 8 hingga 10 September 2023 bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Karnival yang mengetengahkan konsep memacu pendidikan generasi digital itu memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dan guru mengenai pembelajaran luar bilik darjah.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan. Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar Bestari; dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan
dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga Masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Dalam pada itu, Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba; Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat, crossword puzzle dan banyak lagi. Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bakal merasmikan Karnival Pendidikan
Sinar Bestari pada Jumaat, 8 September 2023, pukul 3 petang.
“Selain guru dan pelajar, karnival ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk membawa anak mereka sekali gus menyaksikan pelbagai pameran menarik secara percuma,” katanya.
Maklumat lanjut, orang ramai boleh layari sinarbestari.sinarharian.com.my
“You So Fake On Camera.” Reaksi Aleesya ‘Kantoikan’ Rutin Harian Erra Fazira Buat ramai Terhibur. Lucu!

Perkongsian video oleh dramatis terkenal Erra Fazira mengundang perhatian ramai. Erra Fazira menyahut cabaran yang trending di laman TikTok iaitu #dayinmylifechallenge.
Di dalam video tersebut, Erra berkongsi rutin hariannya sambil di dengari anaknya, Engku Aleesya. Apa yang melucukan adalah reaksi Aleesya yang akhirnya membuat rahsia Erra Fazira terbongkar.
Video pendek berdurasi 2:05 minit itu dimuat naik menerusi Instagram Erra Fazira , menyaksikan gelagat comel dua beranak ini.
Untuk memenuhi cabaran #dayinmylifechallenge ini, Erra Fazira menceritakan rutin harian yang dilakukannya setiap hari di hadapan Engku Aleesya sehingga membuatkan anaknya itu ketawa kelucuan.
Saya bangun pukul 6 pagi. Kita solat Subuh dulu, lepas solat Subuh saya akan pergi ke pasar untuk beli barang sarapan. Lepas tu terus siapkan sarapan sebab nak siapkan makanan untuk Aleesya. Dah buat sarapan, I pergi jogging.
Aleesya dilihat cuba menahan tawa mendengar cerita tersebut. Malah, dia turut menafikan rutin harian yang dikongsikan mommynya.
Don’t do that Mom. You wake up Subuh then you sleep like 10 more minutes then go back to sleep. At 10 am, you wake up, you shower then go downstairs, you wait for me to finish class. Don’t do that mom, you so fake on camera.
Sumber: errafazira

Bawang Putih Rupanya Boleh Redakan Macam-Macam Penyakit, Rugi Kalau Tak Tahu!

Bawang putih semenangnya banyak kegunaannya dalam pelbagai rutin harian kita. Malah dalam kebanyakkan petua nenek-nenek kita turut sama menggunakan bawang putih.
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumor kerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.