
Kerepek pisang, mungkin ada yang merasakan tiada istimewanya. Hanya dilumur garam serta kunyit dan digoreng hingga rangup.
Pun begitu, PUAN SHAKILA RAHIM telah berkongsi satu resipi kerepek pisang berempah yang cukup istimewa rasanya.
Malah dengan sebab rasanya yang special, membuatkan anak-anaknya cukup suka dengan kudap-kudapan yang satu ini.
Buat anda yang juga teringin untuk memcuba rasa, elok dicuba resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
“Sejak dua menjak ni rajin wat kerepek.
Sebab bebudak 2 orang ni request nak.
Kali ni mama buat kerepek pisang rempah.” – Shakila Rahim
Bahan-bahan:
Pisang
Gula
2 peket nestum / oat
3/4 peket rempah ( sangai dulu )
Garam
Cara Buat :
1. Kisar kering gula, nestum, rempah dan garam hingga halus. Ketepikan.
2. Kupas pisang dan kemudian di rendam di dalam air garam.
3. Panaskan minyak dan kemudian terus sagat pisang ke dalam kuali.
4. Goreng hingga garing dan pastikan dikacau selalu agar tidak melekat. Angkat dan toskan.
5. Masukkan dalam bekas. Kemudian masukkan ramuan rempah yang telah dikisar.
6. Goncang-goncangkan dan gaul rata.
7. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Shakila Rahim
Stok Makanan Keluarga Nak Tahan Lama & Segar, Ikut Cara Ni. Paling Mudah & Ringkas!

Pantang ada perkongsian petua berkaitan untuk memastikan bahan-bahan dapur kekal segar dan tahan lama, pastinya kita rasa teruja untuk mencubanya. Maklumlah, taklah kita bimbang jika stok makanan tersebut tidak dapat dihabiskan dalam jangka masa pendik.
Ternyata, memang banyak petua-petua sepertinya itu dikongsikan di media sosial. Ini sebagai mana yang turut dilakukan oleh Noor Hafiza Muhamad, turut terpanggil untuk berkongsi beberapa petua yang diamalkannya dan telah di share di dua postingnya yang berbeza. Jom semak.
PETUA UDANG, SOTONG DAN IKAN KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA DALAM FREEZER
1. UDANG – cuci bersih dan tabur 1 sudu gula
2. SOTONG – buang perut, cuci bersih dan tabur 1 sudu gula
3. IKAN – siang buang perut, jangan cuci dn simpan dalam freezer
5 PETUA SAYUR TAHAN LAMA DAN KEKAL SEGAR DALAM PETI SEJUK
#1 – Simpan dalam plastik bertutup / bekas kedap udara
#2 – Lapik dengan tisu dapur (menyerap lebihan air)
#3 – Letak seulas bawang putih (sebagai anti kulat)
#4 – Rendam halia/lengkuas/kunyit dalam air dan tutup bekas
#5 – Buang tangkai cili padi
sumber : Noor Hafiza Muhamad
Famili Suka Makan Asparagus? Wanita Ni Kongsi Tip & Cara Nak Tanamnya. Boleh Cuba!

Biasanya orang yang suka berkebun atau bercucuk tanam ni kalau boleh semua jenis pokok ingin ditanam.
Pun begitu bercakap tentang tanam asparagus, mungkin kedengaran asing berbanding tanam cili,kangkung,daun sup dan sebagainya.
Mungkin juga yang beranggapan tanam asparagus ini sukar dan memerlukan teknik-teknik tertentu.
Namun, melalui perkongsian daripada Cik Mae ini dapatlah kita tambah ilmu dan terasa ingin pula mencuba untuk menanamnya sebab nampak mudah sahaja.
Andai berjaya tanam sepokok dua, bolehlah tiap kali hendak makan sayur ini, dituai segar dari laman. Jadi tunggu apa lagi, jom semak perkongsian Cik Mae ini.
Ada beberapa orang yang tanya cara saya tanam dan jaga asparagus.
Disini saya kongsikan caranya.
Asparagus boleh tanam melalui biji benih atau beli “crown” atau pun pokok.
Dibawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih. Dan sesiapa yang beli crown atau pokok boleh ikut dari step 5 dan seterusnya.
Cara semai asparagus :
1. Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan.
Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sdb air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
2. Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
3. Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh.
Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu.
Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
4. Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil.
Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.
Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
5. Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar.Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus.
Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
6. Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
7. Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam.
Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
8. Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar.
Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
9. Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
10. Asparagus ada pokok jantan dan betina.
Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina.
Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih.
Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
( Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
11. Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 20 tahun.
Berbaloi sekali tanam, 20 tahun boleh tuai.
Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain.
12. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik.
Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ?
Jom tanam asparagus.
Sumber : Euis Mae Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Patutlah Ramai Kongsi Resipi Shell Out Ni. Cara Nak Buat Sangat Mudah Dan Cepat. Rasa Masam Manis Gerenti Disukai Keluarga.

Ramai yang suka makana makanan laut. Salah satu resipi yang mudah nak buat adalah sajian Shell Out.
Sajian ini bukan sahaja enak dimakan dengan nasi panas, malah sedap diratah begitu sahaja. Tak cukup sekali makan, asyik nak mengulang aje.
Kepada yang belum pernah mencuba memasak resipi ni, jom cuba buat sajian ini.
Mudah dan ringkas bahan-bahannya
Bahan2 A
Untuk masak shell out kena guna seafood yang fresh2 tau baru sedap!
Tak kisah la nak tambah apa ya ini yang ada semalam umie buat je
1.kepah retak seribu
2.ketam
3.udang
4.sotong
(Semua ni basuh dan rebus sekejap.semasa rebus letakkn garam dlm air kulit dah merah angkat,toskan)
bahagian B
Sayur_sayuran
1.jagung takda kalau ada lagi cantik.umi ganti badek jagung(anak jagung)
2.lobak merak
3.brokoli
Semua ni rebus jugak.kemudian toskan..brokoli lps dh rebus angkat letak dlm air sejuk supaya WARNA DIA ASLI..tak layu.
bahan C
Untuk tumisan:
1.cili kering ikut sukatan sendiri kalau masak sikit 5biji sudahlah
2.bawang merah 5biji
3.bawang putih 5biji
4.halia sikit
5.serbuk kari ikan sukatan yg umie sebungkus..
Bland semua sekali..
Tumis bahan tu jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi..letak garam gula sesedap rasa..
Tumis sampai garing..masukkan air didihan udang,sotong,ketam tadi sikit..tunggu sampai garing..masuk lagi air didihan tu..
Air didihan tadi digunakan utk dijadikan kuah kalau nk.bukan guna semua sekadar berkuah guna air tu semula utk lebih umph!!
Gaul semua sekali dalam kuali..
Taburkan brokoli atas nya..daun sup daun bawang sikit naik harumannya..Sedia untuk di makan!
Sumber: Rahayu Abdul Rasib
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.