Setelah tertangguh akibat penularan wabak pandemik Covid-19, akhirnya terjawab segala teka teki apabila Nadhir Nasar dinobatkan menjadi juara bagi program pencarian Hero Remaja 2020 yang telah dilangsungkan pada Khamis.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar mengenepikan saingan sengit empat finalis akhir lain, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, kedudukan di tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh finalis akhir Umar dan Meerqeen, , masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000
beserta trofi dan selempang.
Manakala Jabir dan Haziq yang berada di tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Penilaian Finale Hero Remaja 2020 adalah berdasarkan 70 peratus markah juri, dan 30 peratus hasil dari komitmen peserta sepanjang terlibat dalam program tersebut.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria dan Astro Ria HD, Emarina Mohd Kamal berkata pemilihan juara dilihat dari cabaran yang dilalui oleh 12 finalis Hero remaja yang kebanyakan cabaran itu diungguli oleh Nadhir.
‘Apa yang Nadhir dah persembahkan masa final dan episod sebelumnya menjadi penentu untuk Nadhir menjadi juara untuk musim ini,’ katanya ketika sidang media.
Tambah Ema, mereka dalam mempunyai perancangan untuk menentukan hala tuju finalis Hero Remaja dalam industri tetapi masih proses dan perlu dibincangkan lagi mengikut kesesuaian para finalis.
Untuk malam kemuncak Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh juri.
Kesemua finalis telah diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.
Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.
Apabila menghantar permohonan kerja tentu kita tertunggu jawapan daripada majikan. Kita mesti tertanya-tanya bila akan mendapat respon untuk menghadiri sebarang temuduga.
Tapi tahukah anda, bahawa untuk satu jawatan dalam syarikat itu anda perlu bersaing dengan ramai calon yang berkelayakan.
Jadi kena pastikan langkah pertama menghantar permohonan anda kepada syarikat adalah memberikan’first impression’ yang sangat sempurna. Bukan sekadar ‘send’ email sahaja.
Sebenarnya banyak kesalahan yang menyebabkan permohonan anda di ‘reject’ terlebih awal oleh syarikat.
Menarik tentang kesalahan yang kerap dilakukan oleh pemohon, pengguna Twitter, Azlan Sulaiman berkongsi tip dan panduan agar pemohonan dihantar dengan sempurna.
Aku baru habis baca 100+ email org mintak kerja. Yg lepas for next phase less than 10. Now, aku tak pelik kenapa ramai freshies menganggur
— Azlan Sulaiman (@azlanalanlan) April 16, 2018
Aku baru habis baca 100+ email org mintak kerja. Yg lepas for next phase less than 10. Now, aku tak pelik kenapa ramai freshies menganggur
Aku akan share common mistakes + tips; job application, pre-interview, interview & post-interview. So, PLEASE BACA & HADAM. Esp student social science, mass comm, arts/design & yg sama waktu dengannya.
Ini kesalahan yang tak patut buat
Mistake 1: Email
Apa cb ko guna email zaman myspace? Send la guna proper email. Nak je aku ss tapi aib pulak kang kawan ko kenal haha. Jgn guna nama email pelik2 macam emokid77, gadiskudalamkoma or nama panggilan korg spt amirpendekjb!
Mistake 2: Surat Cinta
Dik, masa abang sangat berharga. Awak tulis permohonan kerja panjang2 macam nak mintak pengampunan kat YDPA. Tulis 2-line short intro da cukup. Let your CV & portfolio speak 🙂
Mistake 3: Takda Effort
Kosong! Takda intro, takda apa dia, dia just bagi 1 attachment; CV. Then, ada pulak sorang tu dia just “Here’s my resume”. Hurm, patutlah korang susah nak dpt kerja elok. Intro la sikit dik. Like “ASL?” then aku reply “21, Boy, Tawau” gitu…
Mistake 4: Spamming
Please jangan attach files or link satu2 kalau benda ko send tu lebih dari 5 file/link. Rimas aku tengok. Masukkan kat dalam PDF kemas sikit. Tak pun buat masukkan semua in 1 website link. Klu ko kat depan aku dah lama aku laga muka ko kat tetek sajat
Mistake 5: File berat/Xboleh access/corrupted
Pls jgn send pdf size 40mb. Kan ada pdf compressor. Klu share GDrive, tkar la setting ke ‘All With Link Can View’. Klu file kat cloud, always check if file still okay, kadang2 dia corrupt. Senang cerita aku malas nak bazir data donlot
Mistake 6: Takda portfolio
Klu awak tak share portfolio macam mana org nak tau awak boleh buat kerja ke tak? Takda exp kerja? No prob! Buat la portfolio mockup. MAKE SOME EFFORT. Klu ada exp kerja sambilan mcm design & event masukkan je. Paling best buat in showreel or pdf
Mistake 7: Keluar tajuk
Contoh, ko study mass comm tapi nak jadi lawyer. Tak kena kan? Make sure you know the job scope & requirement. Klu ko dari aliran lain, please tunjuk portfolio yg ko pernah or boleh buat kerja tu. Jangan main send je. Maybe ni bukan rezeki ko. Takpe :’)
Mistake 8: Takda reference
Ko gebang ko hebat, boleh terbang, cepat belajar, itu ini, tapi tak lampirkan reference; lecturer & majikan ko sebelum ni. Then, macam mana aku nak tau ko blh terbang ke tak? And please bagitau kat dorang ko letak dorg as reference kat CV ko okay 🙂
Mistake 9: Grammar
If grammar ko so-so but understandable then we’re cool. Tapi kalau ko sendiri tak faham apa yg ko baca, please mintak tlg kat kawan yg terer BI check grammar kat ‘job application template’ korang and cover letter (klu ada). Jgn lupa belanja kawan makan okay!
Mistake 10: Kurang kelayakan
Know your skills & exp. Jgn apply position yg jauh dari kemampuan korg. Klu tak pasti, buat research dulu, position tu kat industri tu buat apa je. Apa skill and work exp yg ko perlu ada. Mampu? Apply. Non mampu? Cuba position lain
Ok that’s all for tonight. Banyak lagi mistake tapi ni antara yang aku jumpa masa check over 100+ job application semalam. Esok, aku akan share tips macam mana nak land a job. Trust me, it’s going to add % of you to land a job. Stay tuned.
Ok guys. Malam ni kita sambung pre-interview pulak; resume, cover letter, portfolio. Mungkin cara sesetengah org lain. Tapi ni cara aku 🙂
Resume microsoft office is so 1990. Steal the spotlight with your creative resume. Ni antara contoh yg ada. Buat simple je not too flashy. Tak reti design? Upah orang or beli template. Nak free pun ada tapi kena rajin cari. Google ‘Free creative resume template’
Contoh resume
1. Your name & contact + the employer’s
2. Short intro about you & your current job
3. Jawatan yang kau nak apply
4. Why they should hire you? Apa kelayakan kau?
1. Make is simple, 3/4 page to full page.
2. Speak their language. Investigate the company. Klu swasta mostly English tau
3. Check typo
4. Double check! Ramai yg copy paste dari previous application siap lupa update info. OMG aku yg baca rasa awkward wei!
1. PDF
2. Video showreel
Jangan attach JPEG banyak2 🙁
1. Short intro about yourself
2. Contact
3. Case studies
Tak mampu nak buat lawa macam ni? Buka Microsoft PPT, buat kat situ je. Case study boleh letak assignment masa study, freelance exp, etc.
1. Buat2 tak dengar
2. Suruh employer ulang soalan
3. Fikir jawapan. Perlukan masa lagi?
4. Ulang soalan yg dia tanya tu as the opening of your answer
1. When can you start?
2. How much is your exp salary
Kalau korang mmg perlukan kerja & boleh start asap, please inform. Because timing is everything. Manatau ada kerja urgent kena siapkan ke
1. Benefits; annual leaves, insurance, parking, bonus, etc
2. Work environment
3. Time masuk & balik kerja
Soalan lain boleh Google ok
Lain Cara Guna, Lain Pula Khasiatnya. Itu Keunikan Halia, Mungkin Ramai Tak Tahu!
Menggunakan halia dalam bahan masakan adalah perkara biasa kita lakukan. Jika tidak dihiris halus, halia akan dikisar lumat untuk dijadikan pelengkap ramuan masakan kari, rendang dan sebagainya.
Malah ada juga halia diproses menjadi serbuk untuk memudahkan kita menyediakan air minuman berherba.
Namun tahukah anda, perbezaan cara pengambilan halia ini sebenarnya juga mempengaruhi kandungan khasiatnya. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari Dr Suri Roowi ini.
KHASIAT HALIA BERBEZA-BEZA MENGIKUT JENIS DAN CARA PENYEDIAANNYA
Kajian saintifik menunjukkan HALIA SEGAR boleh kurangkan demam. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan zingiberene yang boleh menghalang jangkitan virus selain bersifat antibakteria dan antitumor. Kajian oleh Amerika Pain Society pada tahun 2010 menunjukkan halia boleh mengurangkan sakit otot akibat ‘exercise’ yang berlebihan.
Selain itu, HALIA SEGAR membantu masalah rheumatoid athritis, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah ‘gastric’.
Jika HALIA segar di MASAK, bahan berkhasiat dalam halia segar (yang dikenali sebagai gingerol) akan membentuk bahan berkhasiat lain yang dikenali sebagai zingeron. Zingeron boleh bantu kawal berat badan.
Kandungan gingerol paling tinggi dalam HALIA BARA diikuti HALIA BENTONG dan HALIA MAKAN. Kajian oleh Saintis UPM mendapati halia bentong dan halia bara yang di simpan dalam ‘chliller’ pada suhu 5C masih menunjukkan kuantiti khasiat yang tinggi walaupun telah disimpan selama 4-8 bulan
Apabila dikeringkan dan dikisar jadi HALIA SERBUK, bahan gingerol akan bertukar kepada shogaol.
Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).
Bahan shogaol boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh bertindak sebagai ubat batuk.
Shogaol juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan kanser ovari dan kanser usus besar.
Kajian oleh Saintis India, HALIA SERBUK juga membantu penyerapan zat besi dan bagus untuk masalah anemia
Ambillah halia ikut teknik penyediaan yang betul
Rujukan
a. Ubat Dari Dapur b. The Journal of Pain, Vol 11, No 9 (September), 2010: pp 894-903
c. International Food Research Journal 17: 335-347 (2010)
d. Indian Journal of Traditional Knowledge (2012) 11:78-82
Sumber : Dr Suri Roowi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ini Punca Baju Dibasuh Berbau Busuk, Lelaki Ni Kongsi Tip Buka & Cuci ‘Tahi’ Yang Melekat Dalam Mesin Basuh!
Pernah tak anda alami masalah pakaian yang dicuci berbau walaupun diletak softner di dalam mesin basuh.
Rupa-rupanya ini disebabkan oleh ‘tahi. Jangan terkejut bukan najis tetapi kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.
Jika perhatikan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci. Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Kalau ini berlaku, ibu-ibu boleh cuba tip menerusi video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT bagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.
Melalui video dikongsikan ini, bagaimana lelaki ini bercerita cara untuk menghilangkan bau busuk pada pakaian.
Sumber: Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT