Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini memasuki trimester akhir kehamilan.
Dijangka bersalin awal Mei ini, bekas pengacara Nona ini berkongsi keadaannya yang kini sering mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.
“Sekarang pun dah sarat kalau ikutkan, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa kerap sakit belakang, kaki pun selalu bengkak.
Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergantung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti.
“Sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Mengulas persiapan dalam menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Mira berkata tiada persiapan khusus dilakukan dan masih belum selesai lagi.
“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja macam baju anak.
“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang, malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan dari segi masa sahaja.
“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif.
Ads
Semua barangan dibeli saya hantar ke rumah emak. Saya akan berpantang di rumah emak.
“Bagaimanapun, saya tidak merancang tempoh rehat selepas bersalin. Semuanya bergantung kepada keadaan diri dan anak. Kalau semua terkawal, saya boleh kembali bekerja.
“Lagipun, saya tiada komitmen kerja yang dipersetujui selepas bersalin dan berpantang. Kebanyakan syarikat produksi nyatakan andai saya sudah boleh bekerja, jangan lupa beritahu mereka,” katanya lagi.
Mengenai nama untuk si comel, Mira berkata, beberapa nama sudah dibincangkan dengan suami.
Ads
“Cuma belum diputuskan nama yang akan dipilih. Insya-Allah, nama dan jantina anak akan dimaklumkan selepas saya bersalin.
“Majlis mengalu-alukan kehadirannya seperti ‘baby shower’ pun tidak dibuat secara khusus. Lebih kepada sesi makan dan santai bersama kawan-kawan dan keluarga,” katanya
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.
Aduh, berat badan naik lagi, tak boleh jadi ni. Asyik makan je, bila nak kurus kan? Kena cuba berdiet malam ni, tak payah ambil makanan berat.
Jom ibu-ibu yang nak mula berdiet, apa kata cuba buat jus sihat ini bagi memastikan anda tetap fit dan bertenaga di siang hari.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Bahannya Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu. Sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi.
Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berbasikal menjadi antara aktiviti yang cukup digemari oleh anak-anak kita, malah aktiviti riadah ini bukan sahaja menyeronokkan malah menyihatkan. Namun sejak kebelakangan ini anak-anak kecil terlihat begitu ‘kreatif’ hingga melakukan ubah suai yang akhirnya mengundang bahaya apabila terjebak dengan kegiatan basikal lajak. Bukan sahaja itu, aksi mereka berbasikal dengan lagak ‘superman’ juga terlihat begitu bahaya.
Baru-baru ini dilaporkan ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
Beliau berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
“Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan.
“Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar isu ‘Basikal Lajak’ di Bukit Aman di sini, hari ini.
Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang.
“Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munsabah.
“Sementara itu menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng,” katanya.
Beliau berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukan Seksyen 112(1)(a) akta sama.
“Tindakan menangkap penuggang basikal lajak bagaimanapun tidak boleh diambil daripada segi undang-undang terhadap anak-anak yang terbabit merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10 tahun,” katanya.
Pada 1 Nov lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini.
Dalam pada itu, ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu sebelum sebarang tindakan diambil.
Ada pelbagai cara untuk kita mencipta kenangan manis bersama pasangan. Lagi-lagi bagi mengenang momen indah terutama untuk hari-hari istinewa seperti hari lahir, anniversary perkahwinan dan sebagainya.
Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata dan bakal menimang yang keempat tidak lama lagi, namun Puan Zafirah dan suaminya Mus memilih untuk bersanding sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11.
Menurut Zafirah, itu adalah impian mereka berdua memandangkan ketika awal perkahwinan dahulu, merek atidak berkesempatan untuk bersanding akibat kekangan kewangan. BERSANDING LEPAS ANAK 4 Wedding Anniversary ke-11 tahun ALLAH ALLAH ALLAH !!
Alhamdulillah syukur, segala apa yg dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lg sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan Rezeki Allah kan? 11 tahun lalu,
Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada hp canggih nk rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit.
Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini. Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI”
Allahuakhbar, sy xpernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke sy raikan anniversary sy dgn cara ni? Bukan berdua dengan suami tp dengan anak2 kami. Sy buat majlis 1 sen pun sy x meminta2 dgn org. Kalau lah awk kt tempat sy, apa lah perasaan awk masa tu ye? Sy juga manusia biasa, xmampu nk puaskan hati semua org. Dan niat sy bukan utk menunjuk, sy malu sy segan nk buat majlis ni. Yela dengan anak berderet, yg dalam perut lg. Tp sy tetap teruskan impian sy nak bersanding dgn anak2 walaupun sy tau ada mulut2 yg akan mengata. Ada yg kata “bagus utk eratkan silaturrahim kasih syg antara suami”
Alhamdulillah, Allah je yg tahu betapa kuatnya kasih syg kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor. Syukur dh masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami xbuat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lg. Masa tu hidup dgn tangisan,kemurungan sbb rasa susahnya nk hidup mcm ni. Kami sgt susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan org. Baju anak2 semua dari org sedekah. Nk makan pun bercatu. Tp kami xpernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar xtinggi xmenghalang utk kami cari rezeki. Allah adalah sebaik-baik perancang,
Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau xde ribut taufan yg melanda, hanya Allah je yg tahu. Masa tu darah muda kan? Tp sy tabik dekat suami, dia seorang yg sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, xdapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yg suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yg baik. Utk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yg sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti. Mus Zafirah lll 30 NOV 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.