Ada orang suka makan hot dog sebagai menu sarapan hatta sebagai menu utama untuk makan tengah hari atau malam dek kerana berpendapat mudah disediakan, enak dan mengenyangkan.
Pun begitu tahukah anda, amalan membiasakan seisi keluarga makan lebih kerap hotdog dalam menu harian adalah sesuatu yang tidak sihat. Malah lebih membahayakan boleh menjadi salah satu punca bahaya kepada kanser.
Ini dijelaskan sendiri oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad di dalam perkongsian di fbnya.
HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER?
Hot dog adalah makanan segera yang diminati di Amerika Syarikat, malah di Malaysia.
Asalnya hotdog adalah makanan berkhasiat menggunakan daging terbaik oleh pendatang Jerman untuk menjamu keluarga pada hari perayaan di New York sekitar tahun 1860.
Apabila ia menjadi industri pemakanan, pengeluaran tidak lagi mementingkan aspek kesihatan, malah mungkin menyebabkan kemudaratan.
Ia tidak lagi memberikan nutrisi terbaik (terutamanya mikronutrien) pada individu yang memakannya. Apatah lagi ia bukan lagi dijadikan makanan istimewa (pada hari perayaan) tetapi dijadikan makan ruji setiap hari.
Ads
Jika ia diambil sesekali atau sebagai sampingan pada menu makanan yg lebih sihat, ia mungkin tidak mengapa. Tetapi jika diambil sebagai menu utama dalam pemakanan setiap hari, sudah tentu ia mendatangkan masalah.
Hot dog pada asasnya diperbuat dari daging haiwan seperti lembu, ayam, kambing malah khinzir yg telah dihancurkan dan kemudian dimasukkan ke dalam usus haiwan bagi mendapatkan bentuk yang memanjang.
Kebanyakan pengeluar menggunakan semua kategori daging seperti daging, kepala, kaki, kulit malah tisu-tisu lemak.
Daging yang hancur dan digumpalkan. Kemudian dicampurkan dengan bahan perasa, pewarna, pengawet untuk meningkatkan rasa daging dan agar ia tahan lebih lama.
Ads
Walaupun bahan perasa, pewarna dan pengawet adalah bahan yang dibenarkan dalam makanan, pengambilan yg terlalu banyak dan waktu yang lama boleh mendatangkan kemudaratan.
Penggunaan bahan yg dicampurkan seperti gula (corn syrup), garam berlebihan, nitrates, monosodium glutamate (MSG), dan banyak sebatian yang secara berlebihan pasti berbahaya.
Banyak kajian mendapati bahawa hot dog boleh mendatangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Hawaii, Amerika Syarikat mendapat makanan yg terdiri dari daging berproses menyebabkan risiko mendapat kanser pankreas sebanyak 67%.
Sementara American Institute for Cancer Research mengatakan bahawa pengambilan satu hot dog setiap hari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus (colorectal cancer) sebanyak 21%.
Ads
Ini kerana hot dogs mengandungi bahan nitrates dan nitrites, yang sangat berbahaya.
Bila dipanaskan dalam suhu yang tinggi, bergabung dengan bahan sebatian amines, menghasilkan sebatian nitrosamines, yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser perut, kanser pankreas, kanser kolon, dan kanser pundi kencing.
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan. Elakkan makanan yang tidak bermanfaat dan memudaratkan. Elakkan ambil terlalu banyak atau untuk jangkamasa yang panjang.
Cuba kita elakkan risiko mendapat penyakit kronik termasuk kanser. Pengambilan sesekali mungkin tidak mengapa, tetapi untuk yg berisiko, elok elakkan.
Alhamdulillah saya amalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih bertenaga dan lebih sihat. Ia juga mencegah kanser kolon.
Berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Apa lagi jika dapat hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.
Gambar sekadar hiasan.
Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).
Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga dan boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.
Resipi:
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Cara membuat:
Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nk buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.
Nk cepat sikit, tambah pati PSB(jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dh boleh guna.
Nnti dh jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun. Selamat mencoba dan moga berjaya.
Berita duka dikongsikan Datin Almy Nadia menerusi laman instagramnya yang memakumkan dirinya disahkan positif Covid-19. Perkongsian itu dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
Bulan lalu, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin djangkiti virus itu selepas enam hari menjadi kontak rapat mangsa Covid-19. Dia kemudiannya menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga disahkan bebas virus berkenaan.
Menurut Almy, dia mula rasa sakit sejak jumaat yang lalu, lalu dia membuat ujian sebanyak tiga kali namun negatif.
Maafkan mama wahai anak2 mama.. 2 tahun mama jaga .. mama jaga sop sgt la ketat.. tp akhirnya tumbang.
Mama dah start sakit dr hari jumaat lagi tp buat test saliva 3 kali negetif,pagi ni buat test saliva terus positif 😭😭😭😭 tak ada kata2 selagi mama 😭😭😭😭😭😭😭 maafkan mama sbb mama anak2 mama tak dpt join pergi school,mlm td nana tiba2 batuk n selsema,pagi ni buat test positif jugak..
“Jadi kul 630am papa dah buat test saliva dekat yeye,yayang,baby aisyah semua negetif.. syukur alhamdulillah .. just nak double cfrm terus call @kai_kaklong utk urusakan team @kumpulan_megaklinik_zahran dtg rumah buat rtk n pcr utk kami semua..terima kasih kak long @kai_kaklong abg long @nafidzrazak
Dia turut memberitahu kini giliran suaminya pula menjaga mereka anak beranak yang positif.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3 dan Nur Afrina Aisyah, berusia dua bulan. Mereka juga mempunyai anak angkat, Afrina Darwisyah,11.
Pertama kali beraya di rumah mentua, rasa teruja dan gementar silih berganti kan. Nak nak lagi kalau keluarga pasangan ramai. Macam mana situasi nak bermesra nanti kan.
Nah, untuk menantu-menantu perempuan, ini tips yang anda perlu ‘alert’ dan ambil tahu. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan keluarga suami pula selepas ini.
1. JANGAN LUPA BUAH TANGAN
Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.
2. HANYA MEMBANTU DI DAPUR
Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya., lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.
3. SABAR DALAM APA JUA SITUASI TERUTAMANYA PANAS
Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.
4. ILMU FESYEN KENA ADA
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.
5. CARI TUGAS MUDAH
Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.
6. BANGUN AWAL
Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.
7. MENANGKAN IBU MERTUA
Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.
8. ELAKKAN MERUNGUT
Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.
9. BERBUAL DAN BERI PERHATIAN
Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?
Sumber: Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.