Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang baru memasuki 8 tahun, adik Muhammad ammar fitri bin mohd zaki sudah diduga dengan masalah saraf tunjang dan paru-paru kronik.

“Kerap Keluar Masuk Wad, Mahu Jadi Doktor.” Masalah Saraf Tunjang & Paru-Paru Kronik, Adik Muhammad Ammar Perlu Katil & Tilam Khas.

Menerusi perkongsian oleh Natipah Abu, adik Muhammad Ammar memerlukan katil auto dan tilam khas  kira-kira RM3600.

Ayahnya, Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hanya menjual  menjual jeli kelapa yang dibuat sendiri oleh isterinya, Idawati Binti Ahmad, 36 tahun. Selain jeli kelapa,  Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan.

Ads

“Kerap Keluar Masuk Wad, Mahu Jadi Doktor.” Masalah Saraf Tunjang & Paru-Paru Kronik, Adik Muhammad Ammar Perlu Katil & Tilam Khas.


Kisah anak syurga ini dirujuk oleh JKM yang memaklumkan beliau putus bekalan susu khas kerana wang bantuan JKM untuknya sedang di dalam proses semula setelah dia dan keluarganya berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah.
Pertama kali melewat dia … hati menyangka dia tentulah anak yang terlantar dan tidak boleh berkomunikasi seperti yang lazim disantuni. 
Sebaik menatap wajahnya .. ternyata dia seorang anak yang sangat pintar dan petah berbicara. Sedih sekali kerana dia juga punya naluri seperti rakan sebaya yang lain.
Dia ingin sekali ke sekolah seperti rakan sebaya. Biarpun cuma dalam keadaan berbaring … di dinding tepi katilnya ditampal dengan berbagai poster untuk dia mengenali huruf dan abjad. Hanya itu saja yang mampu dilakukan ibunya bagi memujuk hati sedih anak yang selalu saja sesak nafas dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.
Mungkin kerana sudah terlalu kerap keluar masuk hospital .. anak syurga ini memberitahu dia ingin menjadi seorang doktor. Begitulah normalnya jiwa anak kecil ini walaupun pembentukan tulang belakangnya bengkok dan lain-lain anggota tubuh yang tidak seperti insan normal.
Sama seperti rakan sebaya .. dia ingin sekali keluar melihat dunia luar . Bermain dengan rakan sebaya . Tetapi apa daya … rumah inilah saja dunianya. 

Ads

“Kerap Keluar Masuk Wad, Mahu Jadi Doktor.” Masalah Saraf Tunjang & Paru-Paru Kronik, Adik Muhammad Ammar Perlu Katil & Tilam Khas.
Ayahnya Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun ) dan ibu, Idawati Binti Ahmad ( 36 tahun ) tidak bepekerjaan tetap. Pasangan ini memang berjuang untuk membesarkan anak-anak seramai empat orang.
Setiap awal pagi .. ibu akan memasak jeli kelapa untuk dijaja di pekan hari atau dihantar kepada yang menempah. Satu cawan jeli kelapa .. hanya RM1. Itupun ada kalau ada yang meminta tawar – menawar … ayahnya akan menjual dengan harga 90 sen saja walhal modal menyediakannya sangat tinggi. Apadaya .. dari tidak laku , biarlah walau untung 10 sen pun. 
Selain menjual jeli kelapa .. Puan Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan. 
Apa pun .. keadaan Puan Ida sendiri juga membimbangkan kerana beliau mengidap hytperthyroidsm di dalam darah dan menjalani rawatan bulanan di hospital. Beliau selalu saja diserang keletihan yang amat sangat hinggakan tidak berdaya untuk bangun pun.
Atas sebab itulah .. En Zaki tidak bekerja makan gaji. Kerja makan gaji sentiasa terikat sedangkan ada harinya beliau terpaksa menjaga anak dan isteri di rumah. Bila Puan Ida sakit … Encik Zaki akan mengambil alih semua urusan rumah tangga.
Mujurlah … pasangan ini mendapat bantuan JKM dan LZNK untuk menampung kos lampin dan susu khas Ammar yang sangat mahal. Kos rumah pula .. adik-beradik berpakat membuat kutipan bulanan .
Sebelum ini .. bekalan letrik ke rumah mereka nyaris dipotong setelah tertunggak lebih RM600. Walhal .. bekalan letrik itulah sumber nyawa Ammar .. mesin oksigen.
Ammar sangat memerlukan katil khas kerana apabila ibunya memasak untuk jualan … dia disendal dengan bantal. Ammar agak agresif .. kalaulah lalai sedikitpun … dia boleh tergolek jatuh dari katil.

“Kerap Keluar Masuk Wad, Mahu Jadi Doktor.” Masalah Saraf Tunjang & Paru-Paru Kronik, Adik Muhammad Ammar Perlu Katil & Tilam Khas.

Ads

Jumaat ini .. sekali lagi acc di atas telah dikosongkan dan diniatkan segala transaksi adalah untuk Muhammad Ammar Fitri Bin Mohd Zaki. Sekiranya ada lebihan kos katil, baki akan diserahkan kepada waris untuk tujuan keperluan anak ini.
Kepada semua yang menyumbang untuk Ammar hari ini .. Jazakumullahu khairan katsiraSemoga segala amal jariah ini menjadi saksi kita di akhirat kelak . Wassalam …

Bagi yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun maybank Natipah Abu 552107617521.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI