Kaki kebas selalunya merupakan keadaan yang normal bagi mereka yang duduk dalam keadaan yang tidak selesa. Ini kerana jika kaki berada pada posisi yang salah, ia akan menyebabkan saraf di bahagian kaki terhimpit dan menyebabkan kebas tersebut berlaku.
Akan tetapi jika ia berterusan sehingga menyebabkan kaki sentiasa merasa kebas, ia mungkin disebabkan beberapa jenis penyakit
Bagi mereka yang mengalami masalah ini secara berterusan, individu tersebut perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut.
PUNCA KAKI KEBAS
1. Kencing manis
Kencing manis memang merupakan salah satu punca yang selalu menyebabkan kaki kebas. Ini kerana gula yang tinggi ini akan merosakkan sedikit demi sedikit saraf terutamanya dibahagian hujung kaki. Bahkan ia juga boleh merosakkan saluran darah kecil dibahagian hujung kaki.
Bila saraf itu rosak, pesakit tidak akan rasa bila dia terpijak paku atau tersepak sesuatu yang keras. Maka pesakit ini akan selalu mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Salur darah yang bermasalah pula akan menyebabkan kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut.
Oleh itu, jika ada jangkitan kuman pada bahagian kaki, amat sukar ia untuk baik malah boleh ada jangkitan kuman hingga menyebabkan kaki terpaksa dipotong.
2. Slipped Disc
Ads
Slipped disc berlaku apabila cakera di bahagian tulang belakang mengalami masalah dan terkeluar hingga menghimpit saraf tunjang di dalam tulang belakang.
Perlu diketahui saraf tunjang ini berfungsi seolah-olah seperti wayar yang menyambungkan otak dengan kaki dan seluruh bahagian badan yang lain. Jika ia terhimpit maka maklumat rangsang daripada kaki tidak akan sampai ke otak. Oleh sebab itu, pesakit akan merasa kebas pada bahagian kaki jika mengalami masalah ini.
3. Kecederaan pada saraf tunjang
Kemalangan yang menyebabkan patah tulang belakang boleh menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang.
Keadaan saraf tunjang ini berfungsi sebagai wayar. Jika ia putus atau terhimpit maka, pesakit akan merasa kebas pada bahagian yang terlibat.
4. Multiple sclerosis
Ads
Penyakit ini merupakan salah satu penyakit autoimun di mana sel imun badan kita akan menyerang sel badan sendiri dan dalam masalah ini ia akan menyerang tisu saraf itu sendiri.
Apabila tisu saraf itu tidak boleh berfungsi seperti biasa, maka bahagian badan yang terlibat dengan saraf tersebut boleh mengalami kebas. Bahkan ia boleh menyebabkan kelumpuhan pada pesakit.
Anda juga mungkin akan merasakan kebas pada bahagian kaki ketika lama duduk terutamanya mereka yang duduk bersila. Ia akan bermula dengan rasa kebas pada kaki kemudian anda akan bangun ataupun mengubah kedudukan untuk memberi keselesaan kepada kaki tersebut
Setelah darah berjalan semula ke kaki tersebut dan saraf tidak terhimpit lagi, ia akan menjadi kebas pada mulanya dan diikuti dengan rasa seperti dicucuk-cucuk. Setelah beberapa minit, kaki anda akan menjadi seperti biasa.
5. Penyakit Arteri Periferal
Penyakit arteri periferal (PAD) adalah suatu keadaan di mana plak terbina di arteri. Lama kelamaan, plak ini boleh mengeras, menyempitkan arteri dan mengehadkan bekalan darah dan oksigen ke bahagian tubuh badan. PAD boleh menjejaskan kaki, yang mengakibatkan kebas pada kedua-dua belah kaki dan tapak kaki. Ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan di kawasan tersebut. Sekiranya PAD cukup teruk, ia boleh menyebabkan ‘gangrene’ dan amputasi kaki.
Jika anda merokok atau mempunyai penyakit jantung, kolesterol tinggi, atau tekanan darah tinggi, risiko PAD anda akan lebih tinggi.
Ads
6. Tarsal Tunnel Syndrome
Sindrom terowong Tarsal adalah mampatan saraf tibialis posterior, yang terletak di sepanjang bahagian dalam tumit. Ini dapat menghasilkan gejala yang meluas dari pergelangan kaki ke kaki, termasuklah kesemutan dan kebas di mana saja di tapak kaki.
Gejala biasanya dirasai di bahagian dalam pergelangan kaki dan di sepanjang bahagian bawah kaki. Gejala ini mungkin datang secara tiba-tiba. Sindrom Terowong Tarsal boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal jika tidak dirawat untuk jangka masa yang lama.
PENCEGAHAN AWAL
Sekiranya anda mengalami rasa kebas atau kesemutan yang berlanjutan dan ia kerap kali terjadi dan tidak sembuh di bahagian kaki anda, anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa dengan doktor anda.
Walaupun kebas sekali-sekala boleh berlaku, rasa kebas dan kesemutan yang berterusan boleh menjadi tanda bagi masalah perubatan yang serius.
Lagi cepat diagnosis diketahui, lagi awal rawatan boleh bermula. Dan rawatan awal sering membawa kepada hasil yang positif. Doktor mungkin akan menjalankan beberapa ujian selepas bertanya tentang gejala, keadaan dan sejarah penyakit keluarga anda.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang tua dulu selalu berpesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.
Salah satu caranya adalah dengan amalan minum air herba selepas waktu haid. Ini khusus bertujuan untuk menjaga bahagian dalaman wanita teruramanya miss V agar kekal bersih, sihat dan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya ada bau yang kurang menyenangkan jika tidak dijaga dengan sebaik mungkin.
Ini sebagaimana juga yang diamalkan oleh Puan Suzy Honey dan turut dikongsi untuk manfaat bersama. Ayuh kita pelajari cara penyediaannya dan selepas ini bolehlah diamalkan.
Saya kongsikan cara mudah menjaga kewanitaan anda selepas kedatangan haid . Menjadi wanita harus peka dengan penjagaan dalaman. Barulah bahagia sentiasa dan bertambah keyakinan. Inilah dikatakan cantik sebenarnya dari dalam !
Selepas haid sila amalkan resepi minuman :
Bahan-bahan:
*1 batang serai diketuk
*2cm kunyit hidup di ketuk
* setiap 1 bunga lawang/cengkih/pelaga/ kayumanis
*sehelai daun pandan
* 3-5 ketul gula batu saiz kecil.
Cara Penyediaan:
Rebus semua bahan-bahan di atas dengan 5 gelas air sehingga mendidih menjadi 2 gelas
Sila minum 1 gelas siang / 1 gelas malam sebelum tidur.
Amalkan sehingga 3 ke 4 hari selepas habis haid.
Insha allah jika rajin amalkan, tidak perlu bimbang miss V berbau selepas haid. Amalan ini menyegarkan.
Siapa yang boleh amalkan ini ya :
*Anak dara
*Wanita sudah berkawin
Wanita mengandung dilarang ya. Tunggu dalam pantang boleh amalkan ini.
Bila hidung anak berdarah, bukan hanya anak sahaja yang cemas bahkan mak ayah sekali pun turut cemas bila melihatkan keadaan anak. Jangan begini, sebaliknya tenangkan diri.
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M. Sallih, tenangkan diri dahulu dan kemudian barulah menguruskan hidung anak yang berdarah. Paling penting jangan cemas.
“Doktor, anak saya selalu berdarah hidungnya. Macam mana nak buat ni?”
Rintihan seperti ini amat selalu saya peroleh daripada ibu bapa. Mereka sudah tentu bimbang jika masalah ini terlalu kerap berlaku kepada anak-anak.
Apabila berlaku tiba-tiba sahaja di rumah atau di mana-mana sekali pun, apakah langkah pantas yang perlu ibu bapa tahu bagi menghentikan pendarahan ini?
Ikut 3 langkah penting ini. Ulang sehingga pendarahan berhenti.
✅ Bertenang
Bertenang dan lakukan langkah seterusnya satu persatu. Gelabah hanya akan membuatkan anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
✅ Duduk dan tundukkan kepala
Dudukkan anak dan tundukkan kepalanya ke bawah untuk mengelakkan darah daripada masuk ke saluran pernafasan. Baringkan anak dan dongakkan kepalanya.
✅ Picit dan ‘compress’ hidung
Kemudian picit dan ‘compress’ hidung daripada luar selama 10 minit. Ulangi langkah ini. Jika pendarahan masih lagi berlaku, bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut.
Jika tiada tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Dr Ezairy M. Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Sekali tengok orang akan cakp ia tumbuhan liar, tetapi banyak manfaatnya pada haiwan terutama kucing. Bagi anda yang membela kucing dan menghadapi masalah kesihatan seperti demam, tak lalu makan dan sebagainya, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Boby Cat Shop.
Nak tahu caranya jom baca ni:
Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula.
Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.
Kalau ada kucing yang sakit Parvo, Selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut. Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.
Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.
CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:
1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.
2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.
3️⃣ Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.
4️⃣ Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
5️⃣ Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.
✔️ Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.