Kerap Diserang Asma. Cuba Patuh Petua Ni Untuk Redakannya!

Share

Kebiasaannya bila musim hujan ini, pengidap asma akan lebih kerap berasa semput. Bila ini yang terjadi, tentunya kita sebagai ibu bapa berasa runsing dengan tahap kesihatan anak yang semakin menurun.

Gambar hiasan

Umumnya, anak-anak yang mengidap penyakit asma ini akan bergantung dengan ‘inhaler’ bagi memberi kelegaan pada saluran pernafasan bila mendapat serangan asma. Atau jika serius, pesakit akan di bawa ke hospital atau klinik untuk mengambil ‘nebuliser’

.  Melihat keadaan berterusan begini, tentu naluri seorang  ibu ingin usahakan pelbagai cara dengan harapan agar anak bebas daripada penyakit yang ditanggung.

Di sini melalui perkongsian Rohana Edi disenaraikan 5 tip atau petua yang boleh diamalkan yang mungkin serasi dengan anak-anak anda. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.

Pn Rohana Edi

5 Tip Ratawan Alternatif Asma

1. Bawa anak berenang tiap-tiap minggu

Gambar hiasan

Berenang membantu melatih paru-paru anak kita. Paru-paru akan lebih kuat dan mengurangkan asma beransur-ansur.

2.Rebus bawang merah kecil
Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.

3.Menggunakan madu dan getah betik


Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik. Berikan anak kita minum sambil baca selawat.

4. Amalkan sirih


Ambil tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebus dengan 1 liter air hingga mendidih sepenuhnya. Biarkan sejuk dan campurkan setengah gelas air rebusan ini dengan sesudu besar madu dan sesudu kecil air limau nipis. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

5.Menggunakan Minyak Herba
Sapu minyak herba ke bahagian dada, leher dan belakang badan.

Jika tak mampu nak buat semua petua di atas pun tak apa. Sekurang-kurangnya, cubalah 2 atau 3 cara untuk kurang kesakitan yang ditanggung oleh anak-anak yang mengidap asma ini. Pun begitu dapatkan juga nasihat dan rawatan doktor demi kebaikan kesihatan anak-anak.

 

Sumber : Rohana Edi