Kegembiraan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha dua beradik bersama ayah, ibu tiri dan ibu saudara di Kampung Brisu, Alor Gajah bertukar tragedi apabila kelima-lima mereka maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Jelatang, Alor Gajah semalam.
Ibu kepada dua remaja itu, Rosziati Muktar berkata dua anaknya, Alia Azahar, 17, dan Alissa Azahar, 15, seakan memberi petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya apabila mula menunjukkan kelakuan luar biasa sejak kebelakangan itu.
Antaranya, mereka kerap ingin mencium tangan ibu mereka serta sering kali memuat naik status di aplikasi WhatsApp berhubung keinginan untuk bermandi-manda.
Ujar perunding kecantikan berusia 36 tahun itu, dia sudah merancang untuk membawa dua anak kesayangannya itu ke taman tema air di Batu Pahat, namun terpaksa membatalkan hasrat itu selepas bapa mereka yang menetap di Perak ingin mengambil dua remaja berkenaan.
“Dia cakap sentiasa update status dekat WhatsApp yang dia teringin nak mandi kat Wet World Batu Pahat, sebab itulah saya adjust cuti untuk bawa mereka pergi Selasa ini,” ujar Rosziati yang menerima panggilan daripada polis sekitar 10.30 malam tadi sejurus pulang dari tempat kerja.
Katanya lagi, pada awalnya dia menyangka anak-anaknya hanya mengalami kecederaan sebelum dihubungi semula polis yang memaklumkan anak-anak serta bekas suaminya maut.
Ujar Rosziati, kali terakhir mereka berhubung dengannya ialah sekitar 6.30 petang Jumaat yang memaklumkan mereka singgah makan di Muar selepas diambil oleh bekas suaminya sekitar 3.30 petang.
Katanya, dia difahamkan, dua anaknya bersama bekas suami dan isteri yang baharu dikahwini serta kakaknya yang tinggal sebatang kara akan menyambut Aidil Adha di kampung halaman suaminya di Alor Gajah.
Terdahulu dalam kejadian sekitar 9.40 malam itu, dua beradik berkenaan disahkan maut selepas kenderaan dipandu bapa mereka, Azahar Ahmad, 57, dirempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.
Turut terkorban ibu tiri Halimahtun Aris Padzil, 24, dan ibu saudara Habibah Ahmad, 62, yang menaiki kenderaan sama.
Sumber: Astro Awani
“Jo, Jangan Tinggal Solat. Kita Muslim.” Ingat Pesanan Arwah Ibu, Jojo One Nation Emcees Kongsi Kisah Dapat Hidayah & Dakwah
Hidayah itu milik Allah. Tidak kira umur mahupun pangkat serta darjat, andai Allah mahu membuka hati, tiada apa yang dapat menghalangNya.
Demikian juga dengan selebriti ini. Dia yang cukup dikenal bersama kumpulan One Nation Emcee rupa-rupanya menyimpan satu kisah yang cukup menyentuh hati.
Aku tak sangka pulak dapat jumpa Rapper Jojo One Nation Emcees dalam jemaah ni.
Ini semua kuasa Allah Bhai…
Sebelum berangkat ke Langkawi sebagai Moderator Jemputan aku cuma di maklumkan yang hanya beberapa artis Rock dan Band Boys yang akan bersama sama di dalam Program Sembang Santai Hijrah Selebriti.
Semasa di dalam Musyuarah aku perhatikan seorang anak muda yang berbadan sasa memakai kurta serba putih dan serban putih dengan muka jernih yang berseri seri…memandang aku dan senyum…
Aku bertanya kepada Ali Xpdc…
“Bro…Bhai tu macam aku pernah nampak jeeer…. ! “
Ali Xpdc jawab…
“Itu kan Rapper Jojo One Nation Emcees”
Aku….Subhanallah… !!!
Rapper Jojo One Nation dah keluar Dakwah…
Cerita
Malam tadi aku bersembang panjang dengan Rapper Jojo One Nation…
Aku tanya Jojo….”Jo, macamana lu boleh dapat hidayah ni…keluar Tabligh ni…?
Jawab Jojo…” Bang…lebih 10 tahun aku tak solat dan semalam………..” Jojo tunduk seperti mau menanggis…….
Barakallah Bhai…akhirnya aku tangguh dari Langkawi, maka tinggal lah jemaah induk Artis yang akan menghabiskan baki masa Tasykilnya yang masih ada 10 hari lagi…lebih kurang..
Bhai…semalam aku ada postkan video clip pendek tentang Jojo One Nation Emcees yang keluar Dakwah Tabligh bersama jemaah artis…
Hari ni aku sambung part 2…ok,
Satu badan aku berpeluh…setiap masa…dengan kerja dakwah yang tak boleh nak rehat…di tambah pula dengan badan aku yang lemak makin bertambah berkilo kilo maka makin basah kuyup baju…takper, semuga setiap titisan peluh mereka yang keluar jalan Allah ni nanti akan di kira juga oleh Allah Taala untuk padamkan api Neraka….amiin.
Cerita
Aku tak punya banyak masa…semasa aku ke Langkawi untuk menjadi Moderator Jemputan Program Sembang Santai Hijrah Selebriri dan nusrah jemaah Artis @ GRGB ni…aku terpaksa meninggalkan anak perempuan kecil aku yang tengah demam panas…semuga Allah memberikan afiat yang baik ke atas bayi perempuan ku Amni Jameela…amin
Sekarang aku berada di TBS Bandar Tasik Selatan…naik Bas untuk balik ke Dungun..
Sebelum tangguh dari Langkawi aku sempat bersembang dengan Penyanyi Rap One Nation Emcees…
Sesi temubual aku hanya adakan di kedai kopi Pakcik depan masjid sahaja…real punya warung…atas bukit tepi pantai depan masjid…bestkan..!
Masa suntuk sangat…aku terpaksa bergegas balik ke Dungun untuk buat persiapan untuk ke Tanah Suci menunaikan Umrah…bermakna aku hanya balik satu hari dan keesokan aku mesti datang lagi ke Seri Petaling kerana lusa adalah hari penerbangan aku ke Madinah…
Allahu…masa terasa sangat sangat tak cukup…bussy giler dengan kerja agama ni…!!!
Keaadaan kesuntukan masa ini menyebabkan aku teringat akan pesanan dan kata kata elderst Nizamuddin…kata mereka…
“Sekiranya kita betul betul buat usaha agama dan sambut takaza maka sibuk kita akan mengalahkan kesibukan seorang Perdana Menteri..”
Fuuuuh…!!! Sekarang baru aku faham Bhai…!!!
Berbalik kepada sesi temubual aku bersama Jojo One Nation Emcees…soalan pertama yang aku tanya ialah bagaimana dia boleh dapat hidayah keluar Tabligh ni…
Cerita si Jojo kat aku….
Macamni bang…aku ni orang Sabah bhaa…walaupun aku tak kuat agama tetapi arwah Mama aku selalu pesan sama aku tentang solat….
Mama aku selalu bilang….Jo solat jo…jangan kamu tidak solat…
Semasa Mama aku hidup…hari hari dia pesankan aku supaya solat…jadi aku dulu sewaktu kecil dan tika sekolah rendah rajin aku ke Masjid bhaa…
Lama lama bila sudah membesar aku minat musik dan sudah jarang jarang pergi masjid…sehinggalah aku jadi serius tentang musik maka bila sudah terlibat dengan musik aku terus tidak solat lagi…
Aku tanya si Jojo…
“Kenapa tak solat…? Semua orang Islam kena solat…pènyanyi pun kena solat…”
Jawab si Jojo…
“Tidak tau bang kenapa aku tidak mau solat…”
Sedar tidak sedar lebih 10 tahun bang aku abaikan solat…kadang Solat Jumaat pun tidak…kerana aku tidur lewat pagi bangun selepas tengahari…malam bikin Show dan kalau takada show aku enjoy bang….”
Hidup aku berubah bang bermula pada tahun 2008 bila aku hijrah dari Sabah ke Kuala Lumpur…
Cerita Jojo lagi…”Kami One Nation Emcees telah menang dan jadi juara di dalam Rancangan Pertandingan Nyanyian dan persembahan Hiphop Tv3 Gangstaz Season 2 yang mana 5 negara negara Asian telah menghantar wakil masing masing di dalam program tersebut..”
Jojo memberitahu aku yang dia bukan sekadar menyanyi malah beliau juga Rapper yang menjadi Kreographer mencipta rentak tarian bagi kumpulannya.
Aliran Hiphop begitu mempengaruhi hidupnya sehingga seluruh gaya hidupnya berbudayakan Hiphop…dari pakaian sehinggalah kepada kehidupqn hariannya.
Kehidupan menjadi artis dengan segala kesenangan dan kemasyhuran telah menyebakan aku hidup bersosial…tidak fikir lagi pasal agama apa lagi solat tetapi setiap kali aku melintasi masjid hati aku selalu menjadi gelisah dan terdetik bila aku mau solat kembali…
Kegidupan aku berterusan begitu bang…hidup dalam glamour…berfesyen dan sebagainya….sehinggalah aku pada suatu hari di tegur oleh seorang sahabat…
“Jo…bila lagi mau solat…jangan tinggalkan solat…kita muslim…”
Allahuakhbar…!!! Kata kata sahabat tadi menyebabkan aku teringatkan kata kata serta pesanan ibu ku…
Satu hari…sekumpulan anak anak muda telah datang mengetuk pintu rumah aku dan perkara yang sama mereka cakapkan…mereka mengajak aku ke masjid dan ingatkan aku pada solat…
Allahu…aku makin merindui ibu ku dan kata kata ibu ku tentang solat makin kuat menikam hati ku….
Aku merasa sangat sangat sedih bila teringat kan pesanan arwah ibu ku…ibu ku selalu menyuruh aku solat…ingatkan aku tentang solat dan kadang kala solat bersama aku…
Keinginan aku menjadi semakin kuat untuk solat…lalu aku membuat keputusan untuk mula solat kembali…mulai dengan Solat Subuh.
Esoknya aku bertekad untuk bangun solat subuh dan aku berjaya bangun pada jam. 4.30 pagi, aku bersiap siap untuk pergi Surau..jam 5 pagi aku telah turun ke Surau di kawasan Apartment yang aku tinggal.
Alhamdulillah….aku berjaya solat Subuh…lepas solat Subuh aku tidur dan bangun lewat petang….makanya aku solat 1 waktu aja…iaitu solat Subuh.
Sambung Jo…”Hati aku merasa tidak senang dan tenang bang bila aku cuma solat 1 waktu sahaja sedangkan aku tahu yang kita wajib solat 5 waktu, aku doa dengan Allah semuga Allah memberikan aku kekuatan untuk solat 5 waktu penuh dengan sempurna, dan selang tak berapa lama selalunya aku tidur selepas Subuh tetapi pada hari itu aku menjadi tidak mengantuk dan kalau tidur pun pukul 10 pagi aku sudah bangun dan rasanya tidur aku sudah puas dan cukup…
Masyallah…sebenarnya Allah Taala nak anugerahkan aku solat Zohor…jadi selepas hari itu aku mulai solat Zohor…dan mulai hari itu aku cuba menjaga solat subuh dan zohor danseterusnya Allah telah bukak jalan NYA untuk aku mudah solat Asar…Magrib serta Isyak…
Alhamdulillah….sekarang aku sudah solat penuh 5 waktu bang….kata Jojo dengan penuh perasaan gembira..!!!
Barakallah Bhai…korang tengok…bila ada niat nak jaga satu solat maka Allah bukak jalan untuk jaga 2 solat dan begitu lah Allah Taala bukak jalan dan beri kekuatan kepad Jojo untuk menjaga solat 5 waktunya…
Bhai…aku sambung lagi sesi temubual bersama si Jojo ni sambil menghirup teh tarik…
Tanya aku kepada si Jojo…
“Ok Jo…settle bab solat…ni plak macamana lu boleh keluar Dakwah Tabligh plak ni…?
Balas si Jojo…
“Bang aku ada seorang kawan…dia ni pun masa dulu remaja pun Rappers jugak…minat Rap tapi dia pergi sambung belajar di Madrasah….dia belajar agama sampai ke South Africa….sekarang jadi Ustaz….isteri dia Doktor…dia laa yang selalu ikram aku bhaa..
Dan beberapa hari lepas dia ada ajak aku datang ke Langkawi sambil join jemaah artis ini…dia bilang dalam jemaah ini ada ramai penyanyi Rock dan Bandboys…jadi aku fikir fikir boleh juga aku ikut 3 hari belajar agama…Rockers pun belajar agama sambil buatt dakwah…ajak orang kepada Masjid maka aku Rapper ni pun kenapa tidak boleh…
Nah…sekarang aku sudah keluar 3 hari….Masyallah…!!! Aku tidak tau mau explain bagaimana….Allah…Allah…
Apa yang aku tau….aku mahu sambung keluar Dakwah Tabligh menjadi 10 hari dan kalau boleh aku mau keluar 40 hari…!!!”
Kata Jojo…penyanyi Rap One Nation Emcees..
Aku…Allahuakhbar….Bhai…lu pikir la sendiri….!!!
Aku pun dah tak reti nak explain dan tasykil…!!!
Psst : Bhai….mana yang dah lama tak keluar tuh keluar laa Bhai…dan mana yang belum keluar 3 hari tuu…cuba cuba try test laa keluar 3 hari…
Dah keluar 3 hari baru tau…!!! Insyallah..
Sumber : Media Hiburan , Street Dakwah Writer – Ali Russia
“Habiskan Belajar Dulu” Raih Trofi Creator Of The Year, Pesan Khairul Aming Untuk Anak Muda Dapat Pujian!
Seperti yang diduga apabila pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mengungguli kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam tadi.
Khairul yang popular dengan kandungan masakan sepanjang Ramadan menyifatkan kejayaannya itu hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.
“Terima kasih kepada emak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini, mesti beliau bangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.
Paling mendapat perhatian ramai dalam ucapannya malam tadi apabila anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini menasihati pencipta kandungan muda agar tidak mengabaikan pelajaran.
“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya apabila tamat, boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.
“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.
Jeragat Yang Baru Muncul Boleh Dipudarkan Seawal 7 Hari Bila Buat Begini!
Jeragat hilang selepas menggunakan lidah buaya selama 7 hari. Biar betul? Mungkin ada yang tidak percaya keupayaan menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam mengatasi masalah kulit terutamanya masalah jeragat yang baru terkesan di wajah.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Nurul Aini Muhammad bila dirinya ternampak adanya tanda-tanda awal jeragat di wajahnya dan cara ini telah dikongsikan melalui akaun fbnya.
Tips hilangkan jeragat sepantas 7 hari!
Hanya menggunakan daun lidah buaya sahaja, betul-betul mummy teruja nak share petua ni.
Sebulan dua ni mummy perasan pipi sebelah kanan macam agak kusam dan makin hari makin nampak jelas dan terang jeragat dah mula berani nak munculkan diri.
Risau jugak tapi buat tak tahu saja sambil-sambil tu cari juga produk untuk hilangkan jeragat cuma disebabkan banyak sangat pilihan produk di pasaran sehingga ke hari ni pun pening nak pilih yang mana satu dan tak terbeli pun lagi.
Cuma dalam minggu lepas, anak bujang mummy ada ambil sebatang daun lidah buaya yang memang ada tanam atas tanah kat luar rumah. Niat dia nak letak kat rambut konon nak kasi lebat, tapi bila dia dah letak kat sinki tu mummy pun ambik la sikit (potong dalam setengah inci je) dan sapu lendir dia yang jernih tu kat muka.
Daun lidah buaya yang ada lebih tadi tu mummy letak dalam peti sejuk. Malamnya, masa ke dapur mummy potong lagi sikit sapu lagi kat muka. Kiranya sehari tu ada la 2 3 kali sapu kat muka, best tau sebab rasa sejuk dan lendir dia tu bila kering langsung tak melekit dan muka memang smooth serta lembut je.
Sebatang daun lidah buaya tu tahan la dalam 4 -5 hari. Minggu lepas, sebelum mula start sapu lidah buaya ni mummy ada ambik gambar pipi yang nampak jelas sangat tu kan jeragat. Gambar sebelah kanan tu, mummy ambik hari ni selepas habis 1 batang daun lidah buaya mummy sapu.
2 3 kali juga mummy snap pic kot-kot sebab lighting ke jadi tak nampak jeragat, tapi bila perhati betul-betul kat cermin memang tak ada dah. Ada la sikit-sikit lagi tapi perhati dekat-dekat baru nampak. Gambar hari ni tu pun, mummy ambik betul-betul dekat tau. No filter, no 360, no edit!!!
Nasib baik tak sempat beli produk jeragat! Jimat dan pantas hanya dengan menggunakan daun lidah buaya sahaja!!
Mummy syorkan kalau ada yang jeragat baru nampak cam mula nak menapak kat muka tu, cepat-cepat pegi nursery bunga dan cari 2 atau 3 pasu pokok lidah buaya letak dan bela kat rumah.
Selain boleh hilangkan jeragat, muka kita jugak akan jadi lebih peloles, lembut bak baby giteww dan sangat berkesan juga melembapkan kulit muka yang kering. Pori-pori pun dah tak nampak.
Cuba lah ye, petua ni mungkin sesuai dan mungkin tidak sesuai dengan semua jenis kulit. Jadi, kalau ada yang cuba tapi lambat berkesan atau tak berkesan jangan la kata petua ni tak betul ye
Mummy cuma share sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan secara alami dan menjimatkan tanpa sebarang kesan sampingan!
sumber :Nurul Aini Muhammad