Keranah Anak Macam-Macam, Ibu Buat 5 Perkara Ini Elak Rasa Tertekan Supaya Hati Lebih Tenang.

Share

Seorang ibu tugasnya sangat berat. Apatah lagi mempunyai anak yang ramai dan pelbagai cabaran untuk membesarkan anak.

Karenah anak kadang kala menguji kesabaran. Namun ibu tetap tabah demi memastikan anak membesar dengan penuh kasih sayang.

Namun, ibu tetap manusia biasa. Punya emosi yang kadang kala mula rasa tertekan.

Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang menyentuh hal isteri yang sukar mengawal emosi.

Ikuti selanjutnya pesanan beliau.

Ibu kena kawal emosi

Kadang ibu-ibu ni tak sengaja termarah anak. Bukan suka-suka tapi tak mampu nak kawal emosi bila kerap di henyak-henyak emosinya.

Sebab tu la untuk bebas dari belenggu emosi ni kita kena belajar untuk “Let it go” segala emosi jahat ni.

– rasa marah
– rasa geram
– rasa sakit hati
– rasa tawar hati
– rasa susah hati
– rasa stress
– rasa sedih
– rasa kecewa
– rasa annoying
– rasa putus asa

Ini semua kena di Let it go baru la fizikal, minda dan emosi kita boleh kembali segar seperti biasa.
Kalau tak di Let it go, sampai bila-bila diri akan sentiasa rasa tegang dan susah nak jadi optimis.

Itu la yang nampak anak lasak sikit pun dah boleh trigger rasa annoying. Aduh..
Nak Let it go emosi jahat :

1 – Jangan nafi
Jangan sesekali nafi ada emosi tersebut. Kalau marah ngaku, kalau geram ngaku, kalau stress, sedih, kecil hati, sakit hati sekalipun ngaku. Ngaku dengan diri sendiri.
Selagi kita tak ngaku dan terima emosi tersebut selagi itu la kita susah nak lepas ia pergi ( Let it go )

2 – Buat self-care berkala
Badan kita ni ada limit. Tenaga ada limit, cukup masa mesti rasa penat dan mengantuk. Sama juga dengan emosi, ada limit. Kita sedar atau tak je.
Self-care ni sama macam tidur. Kalau tidur buat badan kita segar dan bertenaga, self-care ni buat emosi kita segar dan bertenaga.

3 – Tulis diari atau journal
Menulis ni adalah satu kaedah terapi emosi yang berkesan sejak zaman nenek moyang kita lagi tau. Ada masalah apa pun tulis, luah semuanya dalam penulisan.
Kadang-kadang apa yang kita rasa dan fikir di kepala ni akan jadi makin kurang nonsenses lepas kita tulis. Serius!

4 – Praktis duduk diam
Ambil masa sehari 5-10 minit duduk jangan buat apa-apa. Lepas solat boleh, atau nak duduk luar rumah tengak langit pun boleh.
Kaedahnya adalah kita berhenti dari buat apa-apa, fikir apa-apa dan rasa apa-apa. Totally empty, kosong. Masa tu pasti kita akan lebih kenal dan faham kondisi diri kita.

5 – Meluah
Ini paling mudah buat tapi paling susah nak dapat peluang. Nak meluah kena cari orang yang sudi mendengar dan merasa luahan hati kita. Kalau yang tukang dengar tu pun tak sabar dan cepat melenting susah lahai..

Trik kat sini ialah apa sahaja yang berada di hati, kita keluarkan ( check out ) dengan kata-kata.
Cuba la 5 cara ni dulu mana tahu dapat membantu.
Kongsikan dengan orang lain juga tips ini agar dapat membantu mereka juga.

Sumber: Mohd Fhais Salim

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club