Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saat orang lain disapa bahagia dan hidup dalam dunia penuh kemewahan, masih ada insan yang menderita dek kemiskinan.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi kisah perjalanan anak-beranak yang menaiki motorsikal dari Institusi Jantung Negara (IJN) menuju ke rumah mereka di Kuala Terengganu. Kisah ini cukup memilukan, bagaimana perjalanan jauh dengan keadaan si anak yang tidak sihat, namun kerana masalah kewangan mereka terpaksa berbuat demikian.
Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai Iigt, dia dan keluarga telah melalui Lebuhraya Pantai Timur dan terserempak dengan seorang bapa yang membawa remaja perempuan di RnR Maran dalam keadaan tidak sihat.
Rupanya mereka dari IJN menuju ke Kuala Terengganu selepas mendapatkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang dan jantung berlubang.
Tambah pemuda itu lagi, lelaki tersebut berhenti di RnR kerana anaknya hampir terkena sawan disebabkan keadaan yang agak lemah. Mereka cuba untuk membantu, namun ditolak lembut oleh lelaki itu.
Lebih memilukan, pemuda tersebut turut memberitahu bahawa pada hari tersebut cuaca di Kuala Terengganu kurang baik dan berasa khuatir dengan keadaan anak-beranak itu memandangkan mereka menunggang mtosikal tanpa helmet yang mempunyai pelindung.
Rata-rata netizen menghulurkan rasa simpati dan mendoakan yang terbaik buat dua beranak ini.
Sumber : Iigt