Bagi seorang kanak-kanak lelaki, pastinya berkhatan atau bersunat adalah yang paling ditakuti.
Mendengarnya sahaja boleh meremangkan bulu roma kerana pelbagai cerita didengarinya. Itu belum lagi cerita usikan dari keluarga dan rakan-rakan sekeliling mengenai kesakitan yang akan dialami sewaktu bersunat.
Inilah yang terjadi pada seorang kanak-kanak lelaki, 25 tahun yang lalu. Dia telah melarikan diri dari rumahnya selepas diberitahu akan dikhatankan.
Dia yang kini berusia 38 tahun, telah pulang selepas 25 tahun menghilangkan diri dan dianggap sudah meninggal oleh ahli keluarganya kerana langsung tiada berita diperolehi.
Difahamkan, lelaki berkenaan menghilangkan diri gara-gara takut untuk berkhatan semasa berusia tujuh tahun. Kepulangannya secara tiba-tiba itu telah mengejutkan ahli keluarganya.
Ini kerana, ahli keluarganya telah mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kehilangan lelaki tersebut namun gagal ditemui.
Ads
Pun begitu, hasil kerjasama serta bantuan daripada pihak berkuasa dan sekumpulan YouTuber, akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di wilayah Bantul, Jogjakarta.
Kepulangannya tetap disambut gembira oleh ahli keluarga yang berkumpul di hadapan rumah.
Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.
Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih Glass House @Klang.
Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002. Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.
Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu, Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.
“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.
“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.
Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.
“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.
“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.
Konsep Dan Idea
Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun outdoor.
“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.
“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.
“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.
“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.
Tawaran Pakej Istimewa
Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.
“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.
“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.
“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semenjak dua menjak ini, isu curang semakan menjadi-jadi di laporkan. Bukan sahaja dikalangan artis atau selebriti namun orang awan juga turut terlibat. Malah di laman sosial ramai yang ‘kantoi’ curang apabila pasangan mereka sendiri menangkap perlakuan pasangan mereka itu.
Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tampil membuat satu kenyataan berkaitan isu curang dalam rumah tangga meraih tumpuan warganet yang sememangnya ‘panas’ dengan isu ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fadzilah menulis bahawa sesuatu hubungan yang retak gara-gara dicurangi takkan pernah kembali normal walaupun kita berusaha untuk menjernihkannya semula.
Menurut Fadzilah, biarpun hubungan pasangan itu reda dengan pujukan namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan.
“Hubungan takkan pernah kembali normal apabila pasangan berlaku curang.
“Benar, kita boleh memaafkan. la boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ‘move on’ dan begitu juga dengan kamu.
“Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, “takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya.’
“Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu,” kongsinya di Instagram.
Sehubungan dengan itu, Fadzilah yang sudah lama mengendali ribuan kes curang rumahtangga masyarakat turut memberi pesan terhadap mana-mana pasangan yang berlaku curang agar bersedia dengan kehilangan pasangan kelak.
“Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat.
“Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca. “Once broken, considered sold.” Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’.
“Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta,” pesannya.
Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok sebuah video yang memaparkan seorang bapa tunggal bekerja sebagai tukang kasut telah membawa 4 orang anaknya yang masih kecil bekerja.
Video ini mendapat perhatian para netizen yang benar-benar bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini lebih-lebih lagi melihat anak-anaknya yang masih kecil sabar menunggu sehingga ayahnya habis kerja.
Apa yang lebih menyedihkan bila melihat anak-anak itu ada yang tidur di lantai kaki lima dan kakak menjaga adiknya yang masih kecil.
Dalam video tersebut turut diberitahu lokasinya iaitu di Cimb Bank, Johor Jaya 6.
“Diminta sesiapa yang nak memperbaiki kasut anda, pergi depan CIMB sapot Abang ni. dia adalah ayah yang bagus, gigih mencari duit susu untuk anak-anaknya.” tulis pemilik akaun TikTok tersebut.
Dalam temuramah di sebuah akhbar, pemuda yang bernama Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis atau lebih mesra dengan panggilan Mad, berusia 24 tahun ini mengatakan bahawa ia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat orang cahaya mata.
“Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa bawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan.”
Menurutnya, dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja.
Bagaimanapun dia berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
“Kami tidak serasi dan mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini saya menjaga dua orang anak berusia tiga dan enam tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia lapan tahun dan bayi berusia setahun.
“Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya,” katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.