“KERANA aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.

Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.

“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan,” coretnya.

Ads

Antara ciapan lain arwah juga adalah ucapan takziah buat pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha, 90, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.

“Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah. Moga roh Pak Hamid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Ads

Sementara itu, media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa daripada peminat dan kenalan selebriti.

Terdahulu, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Adibah Noor.

Ads

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada lewat petang Sabtu di Hospital Gleneagles.

Arwah juga tidak memaklumkan tentang keadaannya yang menderita kanser Ovari tahap empat kepada umum.

Sumber : Twitter Adibah Noor,

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI