Kerak Kuali Sekelip Mata Hilang. Wanita Ni Kongsi Cara Kilatkan Macam Baru!

Share

Kuali berkerak kalau digantung memang sakit mata melihatnya,  hitam legam.

Berkali-kali juga cuba untuk disental, namun hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan. ​​Bahkan tidak dinafikan ketika menyental banyak tenaga dikeluarkan.

Pun begitu, ibu-ibu kini boleh menarik nafas lega bila mana membaca perkongsian daripada Dayang D NaielleChen.

Rupanya ada teknik atau petua yang boleh jadikan kuali berkilat nampak macam baru beli.

Dan menurutnya, usaha untuk lakukan tugas menyental kerak kuali lebih mudah dilakukan, semudah ABC.

Nak tahu lanjut, ini triknya.


Hari ni bff saya ajar macam mana nak kilatkan kuali yang berkerak dengan cara semudah ABC….

Step 1 : Sediakan asam keping, lemon dan mauripan soda ( Soda bikarbonat)

Step 2 :Rebus kuali bersama bahan-bahan tadi dan rendam seketika.

Step 3 :  Gosok dan sental.  Gunakan sabun mandi.

Dan ini hasilnya. Kuali kembali berkilat seperti baharu.

Jadi bolehlah dicuba ya. Tidaklah mata kita sakit melihat kuali yang selama ini berkerak malah kini berbunga-bunga pula, makin seronok hendak memasak rasanya.

Selamat mencuba.

 

Sumber : Dayang D NaielleChen via MAHN