Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahaya atau tanda-tanda awal penyakit tonsil.
Melalui perkongsian daripada seorang ibu berkenaan pengalamannya berdepan dengan penyakit yang dialami oleh anak lelakinya ini, harap boleh dijadikan panduan.
TONSIL..BAHAYA ATAU TIDAK
Kelmarin, anak saya Alexander Akil (5 tahun) menjalani satu prosedur membuang tonsilnya. Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.
Akil dah lama ada tonsil.. Dari kecil. Dalam umur 2-3 tahun dulu dah direfer ke pakar ent, tapi dr pakar kata tunggu dia besar sikit.
Semenjak dua menjak ni, hampir setiap bulan dia demam. Dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39°C. Dan kebanyakan masa memang disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.
Nasib baik selalu dapatkan rawatan di klinik yang sama, jadi doktor bertugas perasan rekod akil yang sentiasa demam dan masalah tonsil. Jadi, beliau memberi surat refer ke pakar ent.
Saya pun bawa Akil ke Hospital Pakar An Nur, Bangi. Memang perlu dibuang. Tapi dr minta tunggu lagi dua minggu sebab nak betul2 clear dari demam dan sakit.
Sampai tarikhnya, seawal 7 pagi admit ke wad, akil menunggu masa untuk masuk dibedah.
Pkl 1045 mula, tamat dalam 1130 pagi. Alhamdulillah semua selamat.
Oh ya, dr juga buang adenoid di belakang hidung akil. Masa pembedahan tu dr dapati ada adenoid, dr pun buang sekali.
Lepas bedah, akil tidur je,tapi akil tidur lama sangat. Dari lepas bedah sampai pukul 4. Tu pun puas kejutkan. Kejap2 je dia bangun merengek, pegang tekak, kata batuk2.. Maknanya dia tak selesa di tekak
Saya ingatkan perkara biasa lepas operate.
Rupanya tak. Dia asyik menelan darah rupanya.
Bila dia bangun, kejap tu, dia muntah darah. Penuh sekatil. Memang banyak. Bukan darah sikit2. Seperti dicurahkan darahnya.
Saya masih ingat, ini kesan bius. Dan darah tu yang dia telan masa operate tadi.
Bagi dia kumur dengan air ais, minum air sejuk. Lepas tu bagi makan jelly sikit.. Dia tak nak aiskrim lagi. Kejap tu dia muntah lagi. Lagi banyak. Dan semuanya darah. Kebetulan nurse ada masa tu. Ok takpe.. Mungkin kesan bius lagi.
Kali ketiga, akil muntah darah lagi. Bukan sikit, tetap juga banyak. Saya tahu ada tak kena. Sebab akil dah mula sangat lemah, buka mata pun tak larat, bibirnya pucat lesi…
Tak lama tu kebetulan dr datang, nurse pun maklumkan perkara ni. Dr check. Memang sangat pucat dah masa tu akil. Dr terus kata, ok siap, kita masuk bilik bedah semula. Sekarang juga.
Saya berdebar dah. Ni kan prosedur buang tonsil je. Kenapa jadi macam ni.
Sementara mereka siapkan bilik bedah, dr menerangkan, jarang sangat komplikasi selepas surgery ni berlaku. Sejak dia di sini, akil ni kes kedua yang ada komplikasi macam ni.
Dr perlu siasat punca pendarahan dan hentikan sebelum keadaan lagi teruk. Kebetulan, di luar bilik bedah, akil muntah darah lagi sekali. Depan dr sendiri. Jadi dr dapat tengok darahnya macam mana. Next time kena ambil gambar darah muntah akil tu supaya senang nak explain dr. Sebab dr nak tahu warna darah fresh atau kehitaman.
Sebabkan akil asyik muntah darah, dr pakar bius tak boleh bagi bius melalui gas, kena melalui iv kali ni.. Katanya sakit sikit
Tapi akil memang tak larat sungguh. Kena panggil berkali kali untuk dia buka mata.. Saya dah risau sangat
Alhamdulillah tak lama lepas tu, dr dah jumpa punca pendarahan di mana.. Dan berjaya hentikan.
Sampai sekarang akil dah ok. Bangun keesokannya, terus mintak makan minum sebab sangat lapar. Saya risau nak bagi makan terus, tapi akil kata tak sakit. Alhamdulillah
Kumur dengan air ais, dengan ubat kumur (difflam) , antara cara terbaik untuk cepat sembuhkan luka pembedahan.
Sekarang dia makin sembuh, tapi agak lemah sebab banyak hilang darah. Masih di wad untuk pantauan.. Insyaallah harini discaj
Jangan takut pula untuk bedah buang tonsil, selalunya takde masalah. Nasib akil je kurang baik.komplikasi bleeding. Tapi sangat cepat sembuh lukanya tu..so sepatutnya memang ok
Ok nak cerita sikit tentang tonsil
Tonsil ni sebenarnya bagus untuk badan kita. Dialah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kdg2 dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.
Antara tanda2nya ialah
-demam panas (melebihi 39°C selalunya)
-tonsil membengkak, merah dan kadang2 ada putih2 atau nanah
-sakit telinga
-sakit tekak
-susah menelan
-sukar tidur sebab tonsil menghalang laluan pernafasan
-nafas berbau
Kalau selalu sangat dapat tonsilitis, tonsil tersebut berkemungkinan tidak akan mengecil.. Akan statik besarnya walaupun dalam keadaan normal. Bila sakit, bertambah besar dan merah.
Dan rupanya penyakit ni boleh berjangkit. Ramai tak tahu. Dan saya pun baru tahu. Selama ni saya fikir, maybe ada kena mengena dengan keturunan. Sebab kalau kita ada tonsil, biasanya anak, adik beradik, mak ayah ada jugak tonsil.
Rupanya sebab kita dekat, tak elak diri dari terjangkit dan menjangkiti, sebab tu kena.
Sepatutnya, siapa yang tengah kena jangkitan dan tonsilnya sedang sakit, kena mc. Kalau tak pun , kena tutup mulut bila bersin atau batuk. Jangan berkongsi makanan atau minuman. Cuci tangan. Jangan cium anak. Semua ni punca jangkitan. Sekarang dah tahu, siapa tengah sakit tonsil, elakkan jumpa orang lain. Sampai tonsil tu sembuh. Sekarang saya rasa, sayalah punca akil dapat tonsil dari kecil sebab sampai sekarang saya masih ada masalah ni. Saya pun patut remove nanti
Ini serius. Orang pandang remeh je penyakit tonsil ni, tapi sebenarnya senang sangat berjangkit kalau tak jaga diri. Dan sakit kalau kena. Lagi2 kalau kes berulang, hampir setiap bulan kena. Seksa sangat
Ok, kalau siapa yang selalu ada masalah tonsil tu, anak ada tonsil, boleh pantau. Kalau kerap sangat, maklumkan dr. Jika perlu, jumpa pakar. Jangan sampai melarat.
Ps: saya sertakan gambar tonsil akil yang dibuang. Besar ya.. Lebih besar dari guli. Kesian dia..
Terima kasih kepada Doktor Halim (pakar ent hosp An Nur), dr pakar bius (lupa nak tanya nama),staff nurse dan semua yang mendoakan akil
Sumber : Nurul Shazalina Zainudin